Review Drama | Ganjil VIU Original (2021)


Drama : Ganjil (Wonderers)
Produksi : Razor's Edge Pictures
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Penulis Skrip : Yasmin Yaacob, Azhar Amirulhisyam, Evelyn Afnilia
Siaran : VIU
Tayangan : 30 September 2021
Episod : 10
Durasi : 45 minutes
Pelakon : Fattah Amin, Diana Danielle, Izzue Islam, Fatin Afeefa, Eizlan Yusof, Aida Aris, Alyssa Dezek, Syed Muhammad Irfan, Danish Hazriq, Rosnah Johari


Ganjil mengisahkan Amry (Fattah Amin) yang bekerja sebagai jurutera IT di sebuah syarikat dan Nabila (Diana Danielle) pula seorang influencer terkenal, dua personaliti unik yang mempunyai kehidupan berlainan dan realiti yang berbeza bertemu dalam dunia mimpi yang sama.


sebenarnya mimpi Amry dan Nabila adalah reflect dari masa lalu yang mereka tak dapat lepaskan. Nabila membesar dengan melihat ibu bapanya bergaduh so dia rasa bertanggjungjawab untuk menjaga keluarganya daripada berpisah.

Amry pula masih rasa bersalah atas apa yang berlaku kepada bapanya sebab itu dia tinggalkan impiannya sebagai pelukis untuk mencari kerja yang lebih stabil bagi membayar perubatan ibunya dan menyara keluarganya.

dunia mimpi mereka jadi semakin ganjil bila boleh bertemu di mimpi yang sama dan boleh melihat insecure dan masalah mereka. Amry dan Nabila semakin rapat sehingga saling memberi nasihat kepada masalah masing-masing.


dari awal korang boleh teka apa masalah keluarga Nabila ini dan benda itu juga yang buat dia trauma untuk dia bercinta. Nabila dan Ihsan (Izzue Islam) dah berkawan baik selama 5 tahun. walaupun Ihsan ni playboy tapi sebenarnya dah lama simpan perasaan pada Nabila. kesian juga bila asyik kena friendzone.


Amri dan Sally (Fatin Afeefa) bekerja di syarikat yang sama, Sally sudah lama suka pada Amri tapi Amri jenis yang slow sampai kena tegur dengan Nabila baru dia ada effort nak bawa Sally keluar dating.

Sally dan Ihsan antara watak favourite aku juga sebab masing-masing bukan kemain baik tapi kesian bila orang yang mereka suka layan acuh tak acuh saja.


Amri dan Nabila pernah buat rancangan untuk bertemu di dunia realiti tapi mereka tak bertemu ditempat tersebut padahal mereka pergi pada waktu yang dijanjikan. ganjil kan? yang pelik kenapa dari awal mereka tak pernah confirmkan balik tarikh yang mereka pergi tu atau mention pasal tahun to each other.

pada awalnya aku teka yang realitinya mereka berada di timeline yang berbeza atau parallel universe. tapi aku pun tak sure sebab bila masuk episod 6 ke atas jalan dia cerita makin mengelirukan. kadang aku rasa macam mereka ni ada dalam mimpi dan dalam mimpi. macam mimpi bertemu mimpi. sis pun keliru nak explain, korang kena tengok sendirilah..haha

actually ada dua episod lagi belum tayang dan aku pun tak tahu ending Ganjil ni macam mana so marilah kita sama-sama teka sama ada Amri akan bertemu Nabila atau tidak di dunia nyata.


waktu trailer Ganjil keluar memang excited sangat nak tengok bila visual dan cinematography nampak gempak sangat. plot dan jalan cerita agak menarik dan lakonan masing-masing bagi aku agak bagus. cuma aku lebih suka kalau dialog lebih banyak guna bahasa melayu dari rojak. siapa lagi nak martabatkan bahasa melayu kalau bukan orang kita.

mesej yang cuba disampaikan dalam Ganjil adalah belajar untuk terima takdir dan beri peluang pada diri sendiri untuk bahagia, buat apa nak pura-pura bahagia kalau realitinya tak bahagia dan hati terseksa.

Post a Comment

10 Comments

  1. Excited jugak nak layan drama Ganjil ni masa tengok trailer dia. Sinematografi dia cantik pastu Fattah dengan Diana Danielle first time digandingkan bersama kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. visual dia memang lawa giler. rasanya ini drama first diorang..

      Delete
  2. tengok jg drama ni..lg 2 episod...

    tak rasa yg mereka dlm timeline berbeza sbb lepas Sally jumpa Nabila, kemudian dia jumpa Amry...

    ReplyDelete
    Replies
    1. part tu yg buat i makin confius tapi Nabila tetap juga tak dapat jumpa atau contact Amri. latest episod ni diorang dah rasa semua tu dejavu pastu lagu abang amri yg diorang dgr tu abang dia baru tulis. so i rasa semua tu mimpi mimpi diorang..

      makin penin tengok drama ni, kita tengok last episod je la.haha

      Delete
  3. ramai cakap best tapi tu la tak jugak tengok

    ReplyDelete
  4. Gandingan yang agak janggal. Ada dengar promote kat radio juga. Kalau best boleh tengok kat viu nanti.

    ReplyDelete
  5. Cerita ni dah ada dalam list. Tapi tunggu drama lagi satu habis dulu, then baru boleh tengok cerita ni. LH pun suka cerita yang guna bahasa melayu, sebab macam yang tiara cakap tulah

    ReplyDelete
  6. nampak jalan cerita dia mmg menarik, terasa nak tgk pula lepas baca review

    ReplyDelete
  7. Baru tengok sebab terlanggan view tanpa sengaja.. best cerita ni.. endingnya mereka dapat bertemu bilamana semua telah sempurna seperti mimpi yg sempurna..

    ReplyDelete