Debunk (Astro Citra) | Review Telefilem

Debunk (Astro Citra) | Review Telefilem

Telefilem : Debunk
Produksi : KL Motion Pictures
Pengarah : Reen Imran
Tayangan : 1 Oktober 2022
Masa : Sabtu | 10.00 Malam
Sharifah Sakinah, An Chai, Faha Azhar, Airil Hafiz, Shukri, Wan Adila Noor

Saksikan telefilem seram komedi Debunk lakonan Wan Chai dan Sharifah Sakinah pada hari sabtu ini pukul 10.00 malam di Astro Citra.

SINOPSIS: 
Sebuah filem horror komedi berkonsepkan mockumentary, menyaksikan pertemuan dua makhluk dari alam yang berbeza di mana Sofi si penyangkal hantu (DeBunker) mula mempercayai kewujudan hantu apabila dia bertemu dengan Edna si hantu. Edna merupakan seorang cheerleader yang tidak sedar dirinya telah mati dan menjadi hantu.

Debunk (Astro Citra) | Review Telefilem

Debunk sebuah filem seram komedi berkonsepkan mockumentary mengisahkan Sofi (An Chai) dan kawannya Amir (Faha Azhar) yang mempunyai sebuah channel membongkar kisah-kisah mistik dan hantu yang diberi nama Debunk.

sebenarnya Sofi ni tak percaya sangat kewujudan hantu, setiap tempat yang mereka pergi tu tak pernah dia jumpa hantu so dia bagi teori tersendiri bila viewers dia kata ada benda-benda pelik yang mereka dengar dan lihat di tempat tersebut.

ada fans dia yang suggest suruh bongkar pasal kisah Edna si Penunggu Hospital tapi Sofi beritahu yang dia nak stop buat content pasal hantu sebab bosan dan mahu beralih kepada niche lain.

Debunk (Astro Citra) | Review Telefilem

Suatu hari, Sofi dapat mesej dari Edna (Sharifah Sakinah) yang menjemputnya datang ke sebuah hospital terbiar. Sofi percaya yang itu semua hanyalah prank dan malas nak layan lagipun dia nak stop buat cerita hantu kan.

Tapi Amir mendesak Sofi menerima jemputan Edna dan akhirnya Sofi setuju dan jadikan Edna sebagai content hantu terakhir mereka. Apa yang mereka temui di hospital tersebut?

Debunk (Astro Citra) | Review Telefilem

plot dan jalan cerita Debunk sangat simple, lakonan Wan Chai not bad la tapi banyak lagi kena improve sebab kadang mimik muka dan intonasi dia sepesen, agak membosankan. lakonan Faha Azhar lagi better.

yang best sebenarnya lakonan Sharifah Sakinah sebagai hantu Edna. scene yang dia kena interview seriusly kelakar. berdekah aku bila scene ni sebab memang tak boleh blah bila Edna buat luahan perasaan tak puas hati cakap Sofi tak dengar dia panggil pastu siap cakap pelik kenapa diorang menjerit bila nampak dia. adoi susah juga bila hantu tak sedar diri dia hantu.😂

Adakah Edna akan sedar dirinya siapa? hah yang tu korang kena tengok sampai habis. overall sebuah telefilem yang menghiburkan untuk ditonton secara santai dengan keluarga.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. Haritu ada nampak tapi takde mood lagi nak tengok. Kalau tahu hantu tu Sharifah Sakinah dah layan awal dah haha thanks review cerita ni

    ReplyDelete