Telefilem : Penunggu Sol-Dorm
Produksi : Arie Zaharie Production, Knack Knack Studio
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Ainul Farihah
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 6 Mac 2021
Durasi : 1 jam 30 minit
Pelakon : Wafiy Ilhan, Ayie Elham, Eric Fuzi, Danish Daniel, Fizz Fairuz, Sara Ali

Penunggu Soldorm mengisahkan Danial (Wafiy Ilhan) yang baru berpindah sekolah dan tinggal di asrama dan duduk satu dorm dengan Anas (Danish Daniel). dari awal lagi ketua asrama mereka, Muaz (Eric Fuzi) telah mengingatkan Daniel untuk solat berjemaah lima waktu di surau asrama namun Danial selalu curi-curi untuk soldorm (solat dalam dorm).

Suatu hari, semua penghuni asrama diarahkan pulang ke kampung kerana terputus bekalan air. Danial, Anas, Muaz dan Ammar (Ayie) membuat keputusan untuk tidak pulang ke kampung dan mereka bersembunyi supaya tidak ditangkap oleh warden asrama mereka iaitu Cikgu Azizi (Fizz Fairuz).

Anas membuka cerita tentang kisah seram yang menyebabkan penghuni asrama tersebut tidak berani untuk soldorm namun Danial tidak percaya kerana tidak berlaku kejadi aneh ketika dia cuba soldorm. 

Mereka bertiga akhirnya menyahut cabaran Danial untuk solat berjemaah di dorm tapi keadaan menjadi kelam kabut apabila mereka ternampak kelibat Cikgu Azizi padahal mereka sendiri nampak yang Cikgu Azizi telah berkemas pulang ke kampung. Siapa lagi yang ada di asrama tersebut selain mereka berempat?


tak tahu siapa yang tag seram kat telemovie ni sebab Penunggu Soldorm lebih kepada komedi dan misteri. dah lah yang berlakon semua stok muka kelakar, tengok muka Fizz Fairuz pun sis dah nak tergelak. dari awal lagi langsung tak rasa seram melayan cerita ni.

yang menjadi misteri kepada pelajar adalah perangai Cikgu Azizi yang senang diajak bersembang dan bergurau tapi bila malam terus berubah watak sampai budak-budak ni takut nak tegur. yang cikgu tu pun bukan nak memperkenal diri elok-elok tak pasal pelajar confius dengan identitinya. so kena tengok sampai ke penghujung untuk tahu siapa sebenarnya Cikgu Azizi dan siapa sebenarnya Penunggu Soldorm.

Penunggu Soldorm sebuah kisah kehidupan pelajar asrama. overall jalan cerita telemovie ni menarik juga untuk ditonton secara santai dengan keluarga.