Review Chinese Drama | Out With A Bang (2022)

Review Chinese Drama | Out With A Bang (2022)

Title : Out With A Bang
Director : Liu Da Nian
Screenwriter : Huo Bei Bei
Network : iQiyi
Aired : 21 July 2022
Episodes : 24
Duration : 42 minutes
Genre : Romance, Sport
Cast : Zhang Jiong Min,  Xu Ruo Han,  Hao Fu Shen,  Jeremy Wang,  Song Pei Ze,  Li Pei En, Wang Xing Wei, Poppy Mai Tong

SINOPSIS : 
Professional e-sports player Xiao Yi Chuan is about to face retirement. In order to stand on the highest stage of the podium he gave up treatment of injuries, and the moment he returned home, he met a hot-blooded girl Xiong Qiu Qiu who is going around to recruit players for her grass-roots e-sports team.

Review Chinese Drama | Out With A Bang (2022)

Sebuah lagi drama mengenai e-sport, Out With A Bang mengisahkan Xiao Yi Chuan (Zhang Jiong Min), pemain professional e-sport terbaik yang bakal bersara. Walaupun pada zaman kegemilangannya, dia banyak meraih banyak kemenangan untuk pasukannya tapi bila berdepan dengan zaman kejatuhan teruk dia kena kecam.

Xiao Yi Chuan berehat dalam tempoh masa yang panjang sebelum kembali semula ke China, banyak pasukan yang berminat nak sain kontrak dengannya tapi semuanya Yi Chuan reject sebab tak penuhi kehendaknya.

sebenarnya Yi Chuan mempunyai kecederaan di tangan so dia cari pasukan yang tak strict dengan dia yang akhirnya setuju untuk join team baru iaitu JR Team selepas direkrut oleh Xiong Ju Ju (Xu Ruo Han).

Review Chinese Drama | Out With A Bang (2022)

Yi Chuan join JR Team ni sebab Jiu Jiu juga sebab mereka pernah jadi teman chatting 3 tahun lepas sebelum mereka terputus hubungan. Mereka tak pernah jumpa tapi Yi Chuan boleh cam sebab Jiu Jiu still bawa keychain patung bear yang dia beri dulu.

Xiong Jiu Jiu pula langsung tak tahu mengenai dunia e-sport, waktu minta intern, dia minta bahagian lain tapi boss dia nak juga dia jadi intern manager untuk team mereka. banyaklah bendalah yang Jiu Jiu belajar untuk uruskan pasukan ni terutama sekali Yi Chuan yang banyak kerenah.

seriusly comel je tengok Yi Chuan ni, depan Jiu Jiu kemain keras hati, dalam hati ada taman gitu tapi kesianlah bila Jiu Jiu selalu tak layan dia. itulah sombong sangat kalau dari awal Yi Chuan berterus terang pasal teman chatting dulu mesti dari awal lagi Jiu Jiu dah terbuka hati untuk dia.

Review Chinese Drama | Out With A Bang (2022)

Dong Shi (Jeremy Wang) yang juga anak bos besar create pasukan  ni sebab minat dia yang mendalam dalam e-sport. Selain Dong Shi dan Xiao Yi Chuan, JR Team mempunyai dua ahli lagi iaitu Chu Tian (Hao Fu Shen) dan Ho Yang (Wang Xi Wei) serta jurulatih mereka, Qin Zheng (Li PeiEn) yang juga senior Yi Chuan.

sebagai pasukan baru banyak juga konflik yang ditempuhi mereka apabila dana mereka dipotong oleh syarikat sampai mereka terpaksa cari dan keluar duit sendiri untuk beli barang elektronik dan bayar yuran pertandingan.

Selain itu, ada juga konflik Yi Chuan dengan pasukannya terutama sekali Chu Tian. Jiu Jiu pun siap perli lagi Yi Chuan malas nak berlatih padahal diorang tak tahu yang tangan dia cedera. seiring dengan waktu hubungan Yi Chuan dengan teammates dia semakin baik, Yi Chuan nampak potensi Chu Tian untuk jadi player terbaik so dia banyak juga latih Chu Tian untuk improve skill Chu Tian.

Review Chinese Drama | Out With A Bang (2022)

ada satu lagi team baru yang bersaing hebat dengan JR Team cuma bezanya founder dia join e-sport sebab duit sampai main kotor sebab nak menang. walaupun begitu, aku suka positive vibe dalam drama ni sebab Yi Chuan mempunyai ramai pesaing dalam bidang ni tapi batch dia boleh berkawan baik dan bersaing secara sihat.

dalam Out With A Bang, sis suka dengan watak Wang Bo Yu lakonan Song Pei Zhe sebab dia selalu menceriakan keadaan, seorang kawan dan pesaing terbaik. scene Wang Bo Yu tak pernah la tak best, selalu support member dan jaga Yi Chuan sebab dia seorang sahaja yang tahu pasal kecederaan Yi Chuan. Wang Bo Yu juga antara orang penting yang rapatkan hubungan Yi Chuan dan Jiu Jiu.

Review Chinese Drama | Out With A Bang (2022)

walaupun cakap nak stop tengok drama e-sport tapi sis boleh lagi sangkut dengan drama macam ni..haha. actually plot dan jalan cerita lebih kurang je tapi idea setup dan konsep game dia tu menarik. sis juga suka dengan gandingan dan chemistry antara watak utama. selain itu banyak side character yang best 

kalau korang suka drama bertemakan e-sport maybe boleh try layan drama Out With A Bang pula. so overall, nice story.

Baca juga : 

Post a Comment

3 Comments