Telefilem Syurga Noah (TV9)

Telefilem Syurga Noah (TV9)

Telefilem : Syurga Noah
Produksi : Million Work Media Sdn Bhd
Pengarah : Aizad Rosli
Penulis Skrip : Razman Mahayuddin
Siaran : TV9
Tayangan : 11 Julai 2022
Masa : Isnin | 8.30 Malam
Pelakon : Redza Rosli, Elvina Mohamad, Shahiratul Nazira, Hafidzuddin Fazil, Razman Mahayuddin, Rosnah Johari, Nur Azifah 

Telefilem Syurga Noah ditayangkan istimewa sempena Hari Raya Aidiladha dengan barisan pelakon popular seperti Redza Rosli, Elvina Mohamad dan pelakon cilik Shahiratul Nazira di bawah arahaan Aizad Rosli 

Redza Rosli dan Elvina Mohamad pernah bekerjasama dalam drama Seadanya Aku dan bergandingan sebagai watak utama menerusi drama Isteri Untuk Diiktiraf.


Telefilem Syurga Noah (TV9)

Telefilem Syurga Noah mengisahkan Noah (Redza Rosli) yang menggalas tanggungjawab menjaga adiknya, Iman (Shahiratul Nazira) yang dilahirkan istimewa selepas ibu bapa mereka meninggal dunia.

Noah kemudiannya berkahwin dengan Ashikin (Elvina Mohamad). Ashikin sanggup berkorban berhenti kerja untuk menjaga Iman dan menguruskan kerja rumah sementara Noah keluar mencari nafkah.

Namun, rumah tangga mereka mula bergolak apabila Noah sering menyalahkan Ashikin sekiranya Iman melakukan sesuatu yang buruk. Adakah Noah akan menyedari pengorbanan isterinya?

Apakah kesudahannya kisah mereka? Saksikan kesemuanya dalam Telefilem Syurga Noah pada hari isnin, pukul 8.30 malam di TV9.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments