Review Telefilem | Calon Bini Pak Bilal (TV9)


Telefilem : Calon Bini Pak Bilal
Produksi : Switch On Entertainment
Pengarah : Azmi Hatta
Penulis Skrip : Zyza Backy
Siaran : TV9
Tayangan : 8 April 2022
Durasi : 1 jam 35 minit
Pelakon : Tiz Zaqyah, Malek Mccrone, Hamidah Wahab, Anne Abdullah, Eleen Arisha, Fatin Qistina

jarang follow cerita kat tv sekarang tapi kebetulan pula ternampak telefilem Calon Bini Pak Bilal, best pula tengok Tiz Zaqyah jadi tomboy selekeh gitu tapi tengok pun dekat nak habis. nasiblah juga astro kat rumah dah upgrade ke ultra box, bolehlah record dan tonton balik dari awal.


Calon Bini Pak Bilal mengisahkan Rauf (Malek Mccrone) yang membuat keputusan untuk berhenti kerja di bandar dan pulang ke kampung untuk menjaga ibunya di samping mengusahakan kebun milik arwah datuknya. kebetulan pula bilal di kampung tersebut sudah uzur, orang kampung berpakat untuk melantik Rauf menjadi bilal yang baru kerana dia mempunyai kelulusan dari mesir.

sejak itu, ramai anak gadis yang terpikat mendengar suara Rauf, ada yang sebelum ini muka jarang ke masjid pun dah jadi orang masjid. bila tahu Bilal Rauf duda lagilah ramai anak dara di kampung tersebut menawarkan diri untuk menjadi calon bini Pak Bilal.

pening Mak Cik Bedah (Hamidah Wahab) nak memilih calon menantu untuk anaknya. ada yang dia berkenan tapi si Rauf pula beri alasan belum bersedia untuk berkahwin lagi.


Zahra (Tiz Zaqyah) pula anak yatim yang bekerja di kedai runcit milik ibu saudaranya. perwatakannya agak kasar dan tidak kisah dengan penampilan diri. Zahra rimas apabila semua gadis tersebut tak habis bercerita tentang Bilal Rauf termasuk sepupunya, Dahlia (Fatin Qistina).

ada juga gadis di kampung tersebut menggunakan khimat dukun scammer, Mak Esah (Anne Abdulla) semata-mata untuk mendapatkan lelaki idaman mereka.


Suatu hari, Rauf terjumpa surat cinta dalam plastik barang runcit lalu menyangka Zahra yang menulis surat itu kepadanya kerana Zahra yang menghantar barang tersebut ke rumahnya. Susah juga untuk Rauf percaya sebab selama ini, Zahra tidak pernah menunjukkan sikap suka kepadanya seperti gadis lain yang secara terang-terangan mengejar dirinya.

Dari surat tersebut juga, Rauf jatuh cinta dengan Zahra tapi bila berjumpa berdepan, Zahra langsung tak dapat tangkap hint yang Rauf bagi. betul ke Zahra yang menulis surat cinta tersebut atau Rauf telah salah faham? Siapakah calon isteri pilihan Bilal Rauf?


aku suka tengok telemovie ni sebab watak Zahra yang dilakonkan Tiz Zaqyah memang kelakar, terhibur sangat dengan watak dia yang selamba dan hati kayu. kalau orang lain depan Mak Cik Bedah kemain control ayu tapi dia pula boleh sambil hantar barang selamba badak singgah minum kopi, tak pasal awal-awal Mak Cik Bedah dah pangkah dari buat calon menantu.

so overall, Calon Bini Pak Bilal sebuah telefilem romantik komedi, jalan ceritanya sangat ringan dan menghiburkan, dan terselit juga pengajaran yang cuba disampaikan kepada penonton. sesuailah untuk hiburan dan tontonan santai bersama keluarga.

Baca juga:

Post a Comment

2 Comments

  1. untungla jadi pak bilal rebutan

    😅😅

    ReplyDelete
  2. Best tengok cerita genre komedi ni. Kalau best cerita dan watak tu, memang layan tengok sampai habis.

    ReplyDelete