Review Movie Thailand | Cracked (2022)


Title : Cracked
Country : Thailand
Director : Surapong Ploensang
Screenwriter : Eakasit Thairaat, Pun Homchuen, Onusa Donsawai
Release Date : 24 February 2022
Duration : 1 hour 33 minutes
Genre : Thriller, Horror
Cast : Pat Chayanit, Nickhun, Nina Nutthatcha, Byron Bishop, Pu Sahajak, Dream Passalak, Jim Kunkanich, Maki Machida

SINOPSIS :
The horror-thriller movie unfolds bizarre stories taking place after a prominent painter commits suicide. Ruja inherited a collection of mysterious paintings from her father who was a painter. She needed to repair the paintings in order to sell them. Tim, a young art restorer, accepted the restoration work and got trapped in this journey with her.

Review Movie Thailand | Cracked (2022)

Selepas bercerai dengan suaminya, Ruja (Pat Chayanit) memerlukan duit untuk pembedahan mata anaknya, Rachel (Nina Natthatcha). Suatu hari, Wichai (Pu Sahajak) kawan kepada ayah Ruja datang ke Amerika untuk menjemput Ruja pulang ke Thailand bagi menguruskan harta peninggalan bapanya yang baru meninggal dunia.

Wichai mencadangkan kepada Ruja untuk menjual dua lukisan teragung bapanya, Pakorn (Byron Bishop) tapi lukisan tersebut harus dibaiki dahulu sebelum dijual.  

Dari awal lagi, Ruja nampak tak selesa balik ke rumah bapanya lagi-lagi masuk studio lukisan Pakorn. Ruja minta Wichai menguruskan penjualan rumah dan lukisan secepat mungkin sebab dia mahu pulang ke Amerika.

Review Movie Thailand | Cracked (2022)

Tim (Nickhun) yang diupah oleh Wichai untuk memperbaiki dua lukisan Pakorn perasan ada sesuatu yang menarik di sebalik rekahan cat pada lukisan tersebut. so dia mencadangkan pada Ruja untuk koyak bahagian atas untuk membongkar misteri pada lukisan tersebut.

Ruja langsung tak teruja sebab sejak kecil lagi dia rasa lukisan bapanya menakutkan. Ruja tolak cadangan Tim dan minta Tim buat kerja seperti yang dijanjikan.


Sejak kembali ke rumah pusaka tersebut, Rachel tak habis diganggu dan Ruja juga selalu dapat mimpi seram. Ruja membuat keputusn untuk bawa Rachel keluar dari situ sebab dah tak tahan kena kacau malangnya mereka terperangkap di situ bersama Tim.

Ada apa sebenarnya dengan rumah tersebut dan apa rahsia keluarga Ruja? banyak persoalan menarik dalam filem Cracked ni.

seriusly kalau orang yang jenis lemah semangat tak disarankan tengok  sebab dia punya jumpscare tak boleh bawa bincang, aduyai...nasiblah jantung sis kuat lagi. pace cerita agak laju dan plot twist dia best sebab tak expect ada orang yang mahu membalas dendam kepada Ruja dan keluarganya.

Review Movie Thailand | Cracked (2022)

walaupun plot menarik tapi banyak kelemahan pada jalan ceritanya yang buat aku tak nampak connection cerita dia. macam Ruja cakap kat Rachel, diorang takkan stay situ tapi tiba-tiba pula berhari-hari duduk kat rumah tu. tak faham kenapa tiba-tiba berubah fikiran.

pastu Ruja ada mention pasal operation mata yang sangat penting buat Rachel pada permulaan cerita tapi isu tu terus tenggelam. masa Ruja suruh Winchai jual rumah tak pula diberitahu terdesak nak guna duit.

Paling aku tak faham, filem ni cerita dia pasal hantu pastu at the end bukan pasal hantu tapi pembunuhan. murung kejap rasa macam kena scam sebabnya dari awal dok tunjuk rumah tu berhantu tapi langsung tak terungkai misteri pasal hantu yang kacau Rachel dan Ruja. tak faham hantu yang asyik kacau Rachel tu sebenarnya ada kena mengena dengan ilmu hitam keluarga dia ke? ke macam mana? 

so overall, Cracked ada elemen seram yang bagus tapi jalan ceritanya kurang padu dan watak utama dan beberapa plot tak dikembangkan dengan baik. serius sampai ke sudah murung tengok filem ni sebab tak nampak connection hantu dengan pembunuh.

Baca juga :

Post a Comment

17 Comments

  1. Haha sis ni memang suka genre horror and jumpscare mcm ni, tapi susah tido malam lah cerita dia 🤣 tapi nak jugak tengok cracked ni! Mcm best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan tengok time malam, hantu ni memang suka muncul mengejut. stress kita tengok cite ni..haha

      Delete
  2. Ok nak tengok filem ni weekend nanti. Nampak best. Akak nampak muka pelakon lelaki tu macam Beto plak. Hahahaha. Kembar pun pelakon ye. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nickhun lagi hensem tapi Beto lagi pandai berlakon..haha

      Delete
  3. nice review. citer banyak tanda tanya ni, maybe nanti ada sequel kot. storyline movie ni cam okay juga, cambest nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. bosanlah kalau ada sequel sebab mostly watak dia mati

      Delete
  4. cerita thai... kalau seram.. mmg seram betul.. suka juga dengan genre filem seram esp dari thailand

    ReplyDelete
  5. Alamak seram tak boleh bawak bincang. Suka tengok tapi takut. Dah lama tak tengok cerita seram

    ReplyDelete
  6. hahahaha pelik jugak hantu tu. Bosan sangat kot sampai ambik job tak berbayar nak kacau family ruja ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntahlah dengan hantu ni kemain gigih kacau orang tiba-tiba kat hujung terus senyap. stress sis dengan citer dia..haha

      Delete
  7. Sy jenis penakut nak tengok cerita genre seram. Tapi kadang2 layan juga kalau dah satu family bukak tengok haha! Thanks for sharing review nya, boleh masuk list tengok nanti nih.

    ReplyDelete
  8. Ohh wow...this seems like an interesting Thai movie to enjoy, thanks for sharing your review here, gonna check out for a watch this weekend. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  9. Seram pulak baca. kalau tengok confirm lagi seram. Kene cari masa sesuai nak tengok ni.

    ReplyDelete
  10. Thanks for the review, going to add this into my list so can watch over the weekend.

    ReplyDelete
  11. wah citer seram! saya suka genre seram sebenarnya. tambah2 kalau filem thailand, seramnya memang ditahap tertinggi. :)

    ReplyDelete
  12. Uih, cerita horror Thailand lah. I suka! Nanti nak tengok.

    ReplyDelete
  13. Okay boleh tengok malam ni sambil makan jagung rebus, takut seram, tak jadi makan pulak..

    ReplyDelete