Review Movie Thailand | Cracked (2022)


Title : Cracked
Country : Thailand
Director : Surapong Ploensang
Screenwriter : Eakasit Thairaat, Pun Homchuen, Onusa Donsawai
Release Date : 24 February 2022
Duration : 1 hour 33 minutes
Genre : Thriller, Horror
Cast : Pat Chayanit, Nickhun, Nina Nutthatcha, Byron Bishop, Pu Sahajak, Dream Passalak, Jim Kunkanich, Maki Machida

SINOPSIS :
The horror-thriller movie unfolds bizarre stories taking place after a prominent painter commits suicide. Ruja inherited a collection of mysterious paintings from her father who was a painter. She needed to repair the paintings in order to sell them. Tim, a young art restorer, accepted the restoration work and got trapped in this journey with her.

Review Movie Thailand | Cracked (2022)

Selepas bercerai dengan suaminya, Ruja (Pat Chayanit) memerlukan duit untuk pembedahan mata anaknya, Rachel (Nina Natthatcha). Suatu hari, Wichai (Pu Sahajak) yang merupakan kawan ayah Ruja datang ke Amerika untuk menjemput Ruja pulang ke Thailand bagi menguruskan harta peninggalan bapanya yang baru meninggal dunia.

Wichai mencadangkan kepada Ruja untuk menjual dua lukisan teragung bapanya, Pakorn (Byron Bishop) tapi lukisan tersebut harus dibaiki dahulu sebelum dijual. 

Dari awal balik ke rumah bapanya boleh nampak Ruja tak selesa berada di situ lagi-lagi studio lukisan Pakorn. Ruja meminta Wichai menjual rumah pusaka ayahnya secepat mungkin kerana mahu segera kembali ke Amerika. Hal mengenai lukisan juga diserahkan sepenuhnya kepada Wichai.

Review Movie Thailand | Cracked (2022)

Tim (Nickhun) diupah oleh Wichai untuk memperbaiki dua lukisan Pakorn kemudiannya perasan ada sesuatu yang menarik di sebalik rekahan cat pada lukisan tersebut. dia bagi cadangan kepada Ruja untuk koyak cat bahagian atas untuk tahu rahsia di sebalik lukisan tersebut.

bagi Ruja, sejak dari kecil dia merasakan lukisan Pakorn sangat menakutkan sampai dia halang Rachel untuk masuk ke studio tersebut. so Ruja tak nak ambil tahu apa rahsia itu semua dan suruh Tim buat kerja dia seperti yang dijanjikan.


sejak tinggal di rumah, Rachel tak habis kena ganggu dan Ruja pula tak habis dapat mimpi seram sampai suatu hari tak tahan kena ganggu, Ruja nak bawa Rachel keluar dari situ malangnya mereka terperangkap di situ bersama Tim. Ada apa sebenarnya dengan rumah tersebut dan apa rahsia keluarga Ruja?

seriusly kalau orang yang jenis lemah semangat tak disarankan tengok filem Cracked sebab dia punya jumpscare tak boleh bawa bincang, aduyai...nasiblah jantung sis kuat lagi. pace cerita agak laju dan plot twist dia best sebab tak expect ada orang yang mahu membalas dendam kepada Ruja dan keluarganya.

Review Movie Thailand | Cracked (2022)

tapi ada kelemahan pada jalan cerita Cracked yang buat aku tak nampak connection cerita dia. macam Ruja cakap kat anak dia yang mereka tak akan tinggal kat rumah tu tiba-tiba dah duduk situ berhari-hari. tak tahu kenapa Ruja tiba-tiba berubah fikiran. lepas tu pasal operation mata, dia mention kat bahagian awal lepas tu terus tenggelam isu tersebut. waktu Ruja beritahu Wichai nak jual rumah tersebut tak pula dia beritahu terdesak nak guna duit.

filem ni cerita pasal hantu tapi at the end cerita dia bukan pasal hantu tapi pembunuhan so macam spoilt la juga sebab dari awal tunjuk rumah tu berhantu tapi tak terungkai pun misteri tu. sis pun tak faham juga hantu yang asyik kacau Rachel tu sebenarnya ada kena mengena dengan ilmu hitam keluarga dia ke? 

so overall, Cracked ada elemen seram yang bagus tapi jalan ceritanya kurang padu dan watak utama dan beberapa plot tak dikembangkan dengan baik but still not bad filem untuk ditonton untuk yang suka tonton cerita seram.

Baca juga :

Post a Comment

17 Comments

  1. Haha sis ni memang suka genre horror and jumpscare mcm ni, tapi susah tido malam lah cerita dia 🤣 tapi nak jugak tengok cracked ni! Mcm best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan tengok time malam, hantu ni memang suka muncul mengejut. stress kita tengok cite ni..haha

      Delete
  2. Ok nak tengok filem ni weekend nanti. Nampak best. Akak nampak muka pelakon lelaki tu macam Beto plak. Hahahaha. Kembar pun pelakon ye. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nickhun lagi hensem tapi Beto lagi pandai berlakon..haha

      Delete
  3. nice review. citer banyak tanda tanya ni, maybe nanti ada sequel kot. storyline movie ni cam okay juga, cambest nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. bosanlah kalau ada sequel sebab mostly watak dia mati

      Delete
  4. cerita thai... kalau seram.. mmg seram betul.. suka juga dengan genre filem seram esp dari thailand

    ReplyDelete
  5. Alamak seram tak boleh bawak bincang. Suka tengok tapi takut. Dah lama tak tengok cerita seram

    ReplyDelete
  6. hahahaha pelik jugak hantu tu. Bosan sangat kot sampai ambik job tak berbayar nak kacau family ruja ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntahlah dengan hantu ni kemain gigih kacau orang tiba-tiba kat hujung terus senyap. stress sis dengan citer dia..haha

      Delete
  7. Sy jenis penakut nak tengok cerita genre seram. Tapi kadang2 layan juga kalau dah satu family bukak tengok haha! Thanks for sharing review nya, boleh masuk list tengok nanti nih.

    ReplyDelete
  8. Ohh wow...this seems like an interesting Thai movie to enjoy, thanks for sharing your review here, gonna check out for a watch this weekend. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  9. Seram pulak baca. kalau tengok confirm lagi seram. Kene cari masa sesuai nak tengok ni.

    ReplyDelete
  10. Thanks for the review, going to add this into my list so can watch over the weekend.

    ReplyDelete
  11. wah citer seram! saya suka genre seram sebenarnya. tambah2 kalau filem thailand, seramnya memang ditahap tertinggi. :)

    ReplyDelete
  12. Uih, cerita horror Thailand lah. I suka! Nanti nak tengok.

    ReplyDelete
  13. Okay boleh tengok malam ni sambil makan jagung rebus, takut seram, tak jadi makan pulak..

    ReplyDelete