Manuskrip Cinta (TV1) | Sinopsis Drama

Manuskrip Cinta (TV1) | Sinopsis Drama

Drama : Manuskrip Cinta
Produksi : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
Pengarah : Jamal Khan
Siaran : TV1
Tayangan : 5 Mac 2020
Episod : 20
Pelakon : Siti Saleha, Fadlan Hazim, Hafizh Roshdi, Reen Rahim, Nur Risteena Munim, Syazuwan Hassan, Wan Sharmila, Syaffiq Sahli, Normah Damanhuri, Aleza Shadan, Anne Abdullah, Aida Khalida, Zulkifli Ismail

Manuskrip Cinta (TV1) | Sinopsis Drama

Sinopsis  Drama Manuskrip Cinta

Manuskrip Cinta diadaptasi dari novel karya Syamnuerizmil mengisahkan Dian Aryani seorang seorang penulis sepenuh masa dan suka bereksperimen dengan manuskrip untuk mencari kelainan dalam setiap cerita yang ditulisnya. 

Manuskrip keempat tulisannya tidak diberi pelepasan oleh editor, Kak Adibah yang merasakan kisah cinta yang ditulisnya terlalu kosong tanpa watak antagonis. Kak Adibah mencabar Aryani untuk jatuh cinta jika dia mahu menulis kisah cinta yang menyentuh perasaan dan lebih dramatik.

Watak yang ditulis dalam manuskrip Aryani sebenarnya berdasarkan watak Dr. Rian Akasyah, seorang doktor pakar jantung yang menyewa dirumah sebelahnya. Dian selalu memerhatikan gerak-geri Rian, mengambil tahu pasal kerjaya Rian dan hal-hal berkenaan dengan hidup seorang doktor pakar jantung. Tunang Rian, Helena juga diselitkan dalam manuskripnya.

Gara-gara Kak Adibah menyuruhnya bercinta, Aryani terpaksa mencari boyfriend tikus putih untuk eksperimenkan cinta dalam manuskripnya. Dian meminta kawan baiknya, Gee untuk carikan teman lelaki. 

Tanpa disangka, diperkenalkan dengan lelaki yang bermulut loji yang pernah dijumpai dahulu iaitu Dr Izak Ashaal yang juga kawan baik kekasih Gee, Effan. Masalah mula timbul setelah Aryani mendapat tahu yang Izak ada agendanya tersendiri dengan Effan.

Post a Comment

0 Comments