Ayat-Ayat Halal (TV2) | Sinopsis Drama


Drama : Ayat-Ayat Halal
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : MP Roslin MD Sharif
Penulis Skrip : MF Kenchana
Siaran : RTM TV2
Mula Tayangan : 2 Julai 2021
Episod : 26Lagu Tema/OST: Aizat Amdan - Dup Dup
Pelakon : Amar Baharin, Nadiya, Nisaa, Razak Ahmad, Chiwan Chilok, Mia Nasir, Fikree Bakar, Shah Reza, Fadilah Mansor, Lan Siro, Adam Malek

Ayat-Ayat Halal merupakan drama adaptasi novel karya Syamnuerizmil, pertama kali juga melihat Amar Baharin dan Nadiya Nisaa digandingkan sebagai peneraju utama. banyak juga drama dari novel Syamnuerizmil yg mendapat sambut hangat seperti Tuan Anas Mikael, Suamiku Encik Perfect 10 dan Mr Grey.


Ayat-Ayat Halal sebuah drama komedi romantik mengisahkan Ebrahim Al-Farez (Amar Baharin) yg bertahun bekerja di Qatar pulang ke Malaysia dan mahu memberikan kejutan kepada ibunya tapi dia pula yg mendapat kejutan apabila ibu dan adik-adiknya pergi menunaikan umrah dan akan bercuti di Turki.

Ebrahim sebenarnya pernah bercinta dengan Murni (Mia Nasir) dan hubungan mereka terputus semasa dia bekerja di Qatar, sejak itu Ibrahim dah tawar hati nak balik Malaysia.

drama Ayat-Ayat Halal baru tayang episod 1 di website rtm lambat sikit dari tayangan tv. tak sangka first episode sangat menghiburkan, pertama kali juga dengar Amar Baharin bercakap menggunakan loghat utara. 

Ayat-Ayat Halal (TV2) | Sinopsis Drama

ibunya sempat berpesan yg sepanjang tiga minggu mereka pergi menunaikan umrah, Ulya Ayani (Nadiya Nisaa) anak jiran sebelah yg akan menghantar makanan kepada Ebrahim.

sepanjang perjalanan nak balik ke Sg Petani, Ebrahim siap bermimpi yg Ulya ni orang tua baya mak dia. lepas tu terjatuh hati pula dengan seorang gadis yg naik satu bas dengannya siap terbuka cerita kenangan cinta yg terkubur di tengah jalan.

sebaik Ebrahim sampai di rumah, Ulya datang untuk memberi kunci rumahnya. saat terpandang wajah Ulya terus Ebrahim terjatuh cinta pandang pertama, siap request Ulya buat kek pandan kegemarannya.


Bagaimana Ebrahim hendak meyakinkan Ulya yang hanya Ulya yang layak mengisi tempat kosong dihatinya? Cukupkah ayat-ayat halal Ebrahim tu buat Ulya?

Saksikan kesemuanya dalam Ayat-Ayat Halal setiap isnin hingga sabtu jam 8.00 malam di TV2 dan juga boleh ditonton secara online di laman web rasmi RTM.

Post a Comment

6 Comments

  1. hahaha kenapa dia imagine Ulya tu makcik tua pulakkkkk. Comel lah jalan cerita dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahulah. i tergelak je layan drama ni, comel pula tengok amar cakap utara..hahaha

      Delete
  2. Dua dua pelakon best. Nak tengok lah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time juga tengok diorang berlakon sekali..

      Delete
  3. ada ternampak poster drama ni dekat IG haritu... serious ingtkan PU Azman yg berlakon, sekali baca nama rupanya Amar Bahrin.. aduhai mataa

    ReplyDelete