Drama Turki Anne (Astro Prima)


Drama : Anne (Mother)
Siaran : Astro Prima 105
Mula Tayangan : 2 Mei 2022
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Canse Dere, Vehide Percin, Beren Gökyıldız, Gonca Vuslateri, Berkay AteÅŸ

Anne atau Mother sebuah drama turki terbaru yang akan ditayangkan di Astro Prima selepas tamatnya drama Hayatimin Aski. Drama Anne ditayangkan di Turki pada tahun 2016 dan mempunyai 85 episod untuk siaran luar negara.


Anne diadaptasi dari drama Jepun, Mother mengisahkan Zeynep (Cansu Dere) yang mendapat kerja sebagai guru sementara di sebuah sekolah di bandar Bandirma. Zeynep kemudiannya menyedari salah seorang anak muridnya, Melek (Beren Gökyıldız) menjadi mangsa penderaan oleh ibunya sendiri, Sule (Gonca Vuslateri) dan teman lelaki ibunya, Cengiz (Berkay Ateş).

Apabila menyedari tiada siapa tampil membantu kanak-kanak malang tersebut, Zeynep bertindak memalsukan kematian Melek lalu melarikan Melek ke Istanbul dan cuba menjadi ibu kepada Melek.

Usaha Zeynep tidak berhasil apabila Sule dan Cengiz mendapat tahu Melek masih hidup lalu mendapatkan semula anak mereka. tidak lama kemudian, Sule melahirkan anaknya bersama Cengiz. Melek dipaksa oleh Sule untuk menjaga adiknya yang masih bayi ketika Sule dan Cengiz keluar bekerja.


Zeynep masih lagi tidak berputus asa untuk mendapatkan semula Melek. Sule dan Zeynep sebenarnya menyedari yang mereka perlu bekerjasama untuk memperbetulkan semula keadaan ini.

Drama Anne (Mother) berkisarkan tentang kehidupan Melek, identiti sebenar Zeynep dan juga hubungan yang tidak boleh ditukarganti antara ibu dan anak. Saksikan kesemuanya dalam drama Anne di Astro Prima saluran 105.

Baca juga:

Post a Comment

0 Comments