Review Drama | My Sassy Psychic (2022)


Title : My Sassy Psychic
Director : Kasap Sammabut
Network : Channel 3/ VIU
Aired : 26 February 2022
Episodes : 10
Duration : 1 hour 30 minutes
Genre : Romance, Comedy, Mystery, Supernatural
Cast : Preem Ranida, Punjan Kawin, Ball Jitpanu, Care Chattarika, Big Sarut, Tee Vivid, Palm Supachai, Jaturong Mokjok, Gosin Rachakrom, Patsachon Soopree, Fresh Arisara, Mote Pramote, Tenchin Pinchatree

Saran and his sidekick are on an undercover mission to meet a medium called Sonklin who has the same name as a goddess. 
Sonklin must help Saran as a witness in his investigation while teaming up with Doctor Pran in order to find an amulet which can release spirits and move them along their karma cycle while solving the mystery of the missing Sarum.


My Sassy Psychic mengisahkan Sonklin (Preem Ranida) yang dapat melihat hantu setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama ibunya. Selain itu, dia juga dapat melihat memori orang lain apabila menyentuh tangan mereka.

Sonklin menggunakan kebolehannya itu untuk mencari duit bagi merawat kos hospital ibunya yang sedang koma, selain menolong orang kampung untuk menyelesaikan masalah mereka.

Orang kampung menggelar Sonklin sebagai Goddess Sonklin dan menyanjung kebolehan gadis tersebut. namun kebanyakkan orang kampung yang datang berjumpa Sonklin bukan mahu menyelesaikan masalah mereka sebalik mahu meminta nombor ekor untuk menang loteri kerana ramalan Sonklin sangat tepat.


bisnes kecil Sonklin yang mendapat sambutan dari orang kampung tidak disenangi oleh khun Moo yang memiliki bisnes haram dan tokan dadah terbesar di kawasan tersebut kerana orang kampung semakin kurang berhutang judi di tempatnya. Moo mengarahkan orang-orangnya untuk mengugut Sonklin. 

Namun ugutan tersebut tidak memberi kesan kepada Sonklin malah berasa marah apabila Moo terlalu berkuasa kawasan tersebut sehingga pihak polis menutup mata dengan kegiatan haram khun Moo.

Khun Moo juga orang yang bertanggungjawab melanggar Sonklin dan ibunya, apabila Sonklin membuat laporan, polis tidak mengambil sebarang malah terus menutup kes tersebut. 


Saran (Punjan Kawin) seorang anggota polis yang baru ditukarkan ke kawasan tersebut bersama kawannya, Surasak (Palm Supachai). Mereka sebenarnya dalam misi untuk menangkap tokan dadah terbesar iaitu khun Moo dan terpaksa merahsiakan misi mereka kerana tidak tahu siapa pengawai polis di situ yang menjadi orang khun Moo.

Saran kemudiannya bertemu dengan Goddes Sonklin yang terkenal di kawasan tersebut tapi cuma mengganggap gadis tersebut hanyalah menipu orang kampung kerana dia sendiri tidak mempercayai kewujudan hantu.

Setelah mengetahui ibu Sonklin kemalangan angkara Moo, Saran meminta bantuan Sonklin untuk membantunya menyiasat kegiatan haram Moo dan berjanji untuk menangkap Moo, dan Sonklin setuju untuk bekerjasama dengan Saran.


Di samping itu, muncul Pran (Ball Jitpanu) yang mahu menggunakan kebolehan Sonklin untuk membantunya mencari lima azimat takrut yang disembunyikan datuknya di tempat berbeza kerana sangat berbahaya jika ke tangan orang yang salah.

Pran yang menyiasat latar belakang Sonklin menawarkan juga bantuan untuk membantu ibunya. hal ini kerana walaupun dari segi sains mengatakan ibu Sonklin koma tapi ibunya tidak dapat sedarkan diri kerana roh ibunya terperangkap di satu tempat.

Sonklin sebenarnya ragu-ragu untuk mempercayai Pran kerana dia melihat memori Pran yang bertemu dengan seorang lelaki yang kemudiannya menjadi mangsa bunuh. Sonklin tidak pasti dengan motif sebenar Pran.

walaupun Sonklin dapat melihat hantu tapi dia pernah menemui roh ibunya. Sonklin merasakan tawaran Pran itu satu peluang yang bagus dan mungkin boleh menyelesaikan misteri tentang apa sebenarnya terjadi kepada ibunya.


aku ternampak drama ni di Viu Malaysia, terhibur pula bila tengok klip video Sonklin menari buat grand entrance sebelum start kerja bomoh dia. nampak menarik juga gandingan Preem Ranida dan Punjan Kawin.

My Sassy Psychic sebuah drama romantik komedi tapi penuh dengan misteri. aku baru tengok dua episod pertama, best juga dengan perangai Sonklin yang gila-gila. vibe hero dan heroin drama ni teringat aku dengan drama My Secret Bride, watak yang bikin menghiburkan keadaan. tapi of course la jalan cerita kedua  berbeza.

banyak juga misteri dalam drama ni macam watak Sombun yang minat dekat kawan baik Sonklin, nampak sesuatu sangat so mungkin ada kaitan dengan azimat yang dicari Pran. selain itu, Sonklin juga perlu membantu Saran membongkar kegiatan jahat yang dilakukan Moo. Adakah Saran berjaya dalam misinya dan adakah Sonklin dapat menyelamatkan roh ibunya?

Baca juga: 

Post a Comment

3 Comments

  1. Kenapa sonklin tak beli nombor ekor je supaya menang besar? Ke pantang larang untuk dia haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pun terfikir benda tu juga, kenapa dia susah payah nak cari duit bayar bil hospital kalau boleh beli nombor ekor. tak tahulah kalau pantang larang tapi tak make sense plot ni..hahaha

      Delete
  2. mmg lawak gila cerita ni, tmbah2 watak ayah sonklin,leftenan sak, dan mee dengan pai, pembantu sonklin ada ja lawak diorang, mengekek2 aku ketawa..overall cerita ni mmg best.

    ReplyDelete