Drama Turki Crash Carpisma (TV2)


Drama : Carpisma (Crash)
Pengarah : Uluc Bayraktar
Siaran : TV2
Tayangan : 3 Mei 2022
Masa : Isnin-Jumaat | 5.00 Petang
Pelakon : Kivanc Tatlitug, Elcin Sangu, Onur Saylak, Melisa Asli, Alperen Duymaz,  Mustafa Ugurlu, Erkan Can, Rojda Demirer, Hakan Kurtas

Selepas drama Dolunay (Bittersweet), TV2 membawakan sebuah lagi drama bersiri turki aksi romantik iaitu Carpisma atau Crash yang pernah ditayangkan pada tahun 2018 dengan episod berjumlah 24 berdurasi dua jam untuk tayangan di Turki.

tak pernah tengok lagi drama ni, hero dia pun tak kenal sangat tapi barisan pelakon dia nampak best dan jalan ceritanya pun agak menarik juga. sis minat Elcin Sangu dalam Kiralik Ask dan Alperen Duymaz pula dalam drama Son Yaz. jom baca sikit sinopsis drama Crash Carpisma dan kenal watak dalam drama ni.


Carpisma mengisahkan kehidupan empat individu iaitu Kadir, Zeynep, Cemre dan Kerem yang berubah selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang sama.


Kadir lakonan Kivanc Tatlitug merupakan anggota polis dan mempunyai kehidupan yang bahagia bersama isteri dan anak perempuannya. Kadir sangat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya dan langsung tidak takut berhadapan dengan bahaya dalam masa yang sama menjadi ketua keluarga yang penyayang.

Kehidupannya berubah apabila anak dan isterinya terkorban dalam serangan pengganas, Kadir menyalahkan dirinya dan hilang harapan untuk hidup.

Suatu hari, Kadir terlibat dalam kemalangan kemalangan. tragedi tersebut membuka pintu baru dalam kehidupannya yang kemudiannya bertemu kawan lamanya, Zeynep dari rumah anak yatim yang sama tempat dia membesar.


Zeynep (Elcin Sangu) seorang pengurus bank yang berjaya tapi tidak bahagia dengan perkahwinannya. Zeyney mahu memulakan kehidupan baru bersama anaknya setelah mengetahui suaminya sekali lagi berlaku curang.

Tapi bukan mudah untuk Zeynep menuntut cerai selepas tahu suaminya mempunyai hutang yang banyak kerana terlibat dalam perjudian dan aktiviti penyeludupan haram. Zeynep terpaksa menanggung hutang tersebut apabila suaminya melarikan diri ke luar negara lebih malang anaknya diculik oleh ketua mafia dan tidak akan dibebaskan selagi dia tidak melangsaikan semua hutang tersebut.

Selepas kemalangan tersebut, Zeynep bertemu kembali dengan kawan lamanya, Kadir dan terdesak memerlukan bantuan Kadir untuk mendapatkan semula anaknya.


Manakala Cemre (Melisa Asli) pula merupakan seorang penguam dan bertunang dengan Demir (Hakan Kurtas). Kehidupan Cemre nampak sangat sempurna dengan kerja yang bagus, kehidupan dan bapa yang penyayang serta tunang yang romantis.

Namun Cemre tidak menyedari yang Demir menggunakannya dan mempunyai hubungan sulit dengan ibu tirinya. Kehidupannya yang sempurna berubah apabila Cemre diserang pencuri di dalam rumahnya dan terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke hospital.


last sekali adalah watak Kerem lakonan Alperen Duymaz yang dipenjarakan selama lima tahun kerana mencederakan bapanya sendiri. Kerem tidak mempunyai apa-apa dan mengenali Kadir kerana mempunyai minat pada sukan bola sepak. Kerem menganggap Kadir seperti abangnya.

Selepas keluar penjara, Kerem tidak mahu terlibat dalam sebarang masalah malangnya kerana rekod buruknya sukar untuk dia mencari pekerjaan. Kerem akhirnya terpaksa menerima tawaran kawannya untuk pecah masuk rumah orang. Secara tidak sengaja, Kerem telah menceroboh ke rumah Cemre dan menikam gadis tersebut.

Kerem dan kawannya melarikan diri kerana panik tapi Kerem berpatah balik kerana rasa bersalah dan membuat keputusan untuk menolong Cemre. Dalam perjalanan ke hospital, Kerem dan Cemre terlibat dalam kemalangan.

Kadir dan Zeynep

Cemre dan Kerem

Dalam Crash Carpisma, kita akan menyaksikan bagaimana kemalangan jalan raya tersebut akan mengubah kehidupan empat individu yang berbeza latar belakang dan personaliti. 

Adakah Kadir akan menemui kebahagian selepas tragedi yang berlaku kepada keluarganya? Adakah Zeynep dapat menyelamatkan anaknya? Adakah Cemre akan mengetahui siapakah tunangnya yang sebenar? Bagaimana pula dengan Kerem?

Saksikan Drama Turki Crash Carpisma yang ditayangkan setiap hari isnin hingga jumaat jam 5 petang mulai 3 Mei 2022 di TV2.

Baca juga:

Post a Comment

0 Comments