Drama Turki | Son Yaz - Last Summer (2021)


Drama : Son Yaz (Last Summer)
Tayangan : 1 Januari 2021
Episod : 26
Pelakon : Alperen Duymaz, Ali Atay, Hafsanur Sancaktutan, 
Funda Eryigit, Arif Piskin, Ata Nedim Arman, Halili Barbur


Son Yaz mengisahkan Selim Kara (Ali Atay) seorang pendakwaraya terkenal yang banyak handle kes berkaitan geng mafia. Suatu hari, seorang banduan bernama Selcun Taskin (Arif Piskin) yang merupakan orang berpengaruh dalam organisasi mafia, bersetuju untuk bekerjasama dengan Selim dengan syarat Selim protect anak lelakinya Akgun (Alperen) sebab tak mahu anaknya terlibat dengan dunia ni.

Selim berjaya menangkap Akgun dan meletakkannya di bawah pengawasan pihak polis tapi ada pihak yang cuba melarikan Akgun, Selim tidak boleh percaya pada polis. dalam sibuk menguruskan kes tersebut dan Akgun, Selim dikejutkan pula dengan berita isterinya mahu menuntut cerai.


Canan (Funda Eryigit) memilih untuk tinggal di Izmir bersama anaknya Yagmur (Hafsanur) dan Altay (Ata Nedim) sebab tak mahu keluarganya diancam bahaya kerana tugas Selim. bila dah duduk jauh isteri mana tak frust bila suami langsung tak menjenguk, telefon pun memanjang sibuk sampai langsung tak ambil tahu perkembangan anak.

bila Canan mahu bercerai baru Selim gelabah nak selamatkan rumahtangga mereka. Selim mengambil cuti selama setahun dan menyewa rumah di sebelah rumah Canal dengan harapan dapat memujuk isterinya kembal dan meluangkan masa dengan anak-anaknya. Selim membawa sekali Akgun untuk tinggal bersamanya tapi merahsiakan identiti sebenar Akgun.


Semasa di Izmir, Akgun dapat tahu siapa Selim Kara dan dia langsung tak setuju bila dapat tahu bapa dia nak khianat organisasi mereka. Akgun mahu kembali kepada organisasi tersebut tapi ada orang dalam yang tak puas hati mahu membunuhnya. nak tak nak Akgun terpaksa tinggal dengan Selim.

Yagmur tak sengaja dapat tahu siapa Akgun sebenarnya, dia langsung tak setuju dengan tindakan bapanya sebab boleh membahayakan nyawa keluarga mereka. bila Akgun cakap nak melarikan diri, Yagmur bersetuju untuk menolong Akgun tapi rancangan mereka gagal bila Selim dapat menangkap mereka.


setiap kali Yagmur ditimpa bahaya kerana cuba menolong Akgun, memang teruk Akgun kena marah dengan Selim sebab dia bukan percaya sangat pada Akgun. tapi hubungan Akgun dan Yagmur jadi semakin rapat selepas itu.

Akgun kemudiannya dapat tawaran daripada ketua organisasi mereka untuk membuktikan kesetiaannya dengan mencuri maklumat daripada Selim Kara. adakah Akgun akan terus setia dengan kumpulan dia?


soap drama begini agak complicated juga jalan cerita dia tapi masih menarik untuk ditonton. aku tertengok pun kebetulan terjumpa di youtube terus tersuka tak sengaja terminat pula dengan Akgun (eh banyak pula ter..) sebab dalam ganas dan panas baran dia pun tetap comel bila berdepan dengan Selim dan keluarganya.

setiap kali Selim marah Akgun, boleh saja Akgun ni nak melawan balik tapi dia diam sahaja maybe sebab hormatkan Selim macam mana dia hormat bapa dia. chemistry Akgun dan Yagmur pun comel, itu yang best tengok sebenarnya..haha


drama Son Yaz ada dua musim, ending untuk first season episode 21 agak sedih juga. maybe pelakon yang pegang watak Canan dah tarik diri so diorang terus matikan watak dia di episod tersebut. masuk musim kedua, jalan cerita Son Yaz lebih complicated, lebih beremosi dan lebih drama. Yagmur harus menjadi kuat untuk menjaga adiknya kerana Selim menghilangkan diri selepas kematian ibu mereka dan Akgun pula dipenjara.

Selepas tigas tahun, Akgun dan Selim bertemu kembali dan bersetuju untuk bekerjasama dengan pendakwaraya Sarah untuk menjatuhkan organisasi mafia tersebut dalam masa yang sama, Selim mahu mencari orang yang bertanggungjawab ke atas kematian Canan. Akgun pula bertemu kembali dengan Yagmur dah harus menyelesaikan segala salah faham yang berlaku.

Son Yaz antara siri yang best juga kerana jalan cerita dan watak yang ada juga menarik, lain sikit daripada drama turki yang aku tengok sebelum ini. tapi itulah nak habiskan satu musim pun agak penat juga sebab satu episod pun dah dua jam lebih but overall still menarik untuk ditonton.

Post a Comment

10 Comments

  1. Sampai 2 musim ni mesti best ni kan Kalau dah layan musim 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama turki memang main musim itu yg kadang sampai 50 episode, penat nak tengok semua..haha

      Delete
  2. Lama tak layan drama Turki. Last tengok pun drama Relationship: It’s Complicated kat TV2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tv2 dah lama xtayang drama turki, selalu rajin juga tengok kat situ..hehe

      Delete
  3. jujurnya saya tak pernah tengok drama Turki, tapi baca review ni rasa nak tengok pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau suka telenovela, bolehlah layan drama turki..haha

      Delete
  4. Allah Allah. Mafia lagi ni.. Masih stuck kat Siyah Beyaz Ask lagi ni.

    ReplyDelete
  5. salam kenal.

    sesekali layan drama turki mmg best. dah lah tu pelakon2 hensem2 dan cantik2.

    ReplyDelete