Review Movie | Kongsi Raya (2022)

Review Movie | Kongsi Raya (2022)

Tajuk : Kongsi Raya
Produksi : 555 File Sdn Bhd
Pengarah : Teddy Chin
Siaran : Netflix
Tayangan : 3 Februari 2022
Durasi : 1 jam 40 minit
Pelakon : Qasrina Karim, Wilson Lee, Harith Iskander, Erra Fazira, Chew Kin Wah, Ong Ai Leng, Teddy Chin

Bila tengok tajuk filem Kongsi Raya, ingatkan kisah keluarga kahwin campur menyambut sambutan aidilfitri dan tahun baru cina rupanya sebuah kisah cinta terhalang kerana perbezaan agama dan bangsa.

Kongsi Raya mengisahkan Sharifah (Qasrina Karim) dan Jack (Wilson Lee) yang sudah bahagia berkahwin selama 10 tahun mengimbau kembali kisah percintaan mereka yang bermula pada tahun 2019 ketika ditanya wartawan dalam satu temubual mengenai keluarga mereka.

Review Movie | Kongsi Raya (2022)

Sharifah seorang gadis melayu bercinta dengan Jack seorang chef yang bakal mewarisi perniagaan restoran milik keluarganya. Konflik berlaku apabila hubungan mereka tidak direstui oleh ayah mereka,  Chef Rahim (Harith Iskander) dan Abang Long (Chew Kin Wah).

Keadaan semakin meruncing apabila Chef Rahim mencabar Abang Long untuk bertanding dalam pertandingan masakan untuk menunjukkan kepakaran dan pengalaman masing-masing. Sharifah dan Jack perlu mencari jalan untuk menyelesaikan ketegangan yang berlaku disebabkan mereka.

Review Movie | Kongsi Raya (2022)

Dari segi plot dan jalan cerita, aku rasa ada benda yang kurang dan macam awkward untuk aku betul-betul enjoy dengan kisah cinta antara Sharifah dan Jack. cara mereka berkenalan tu macam awkward sebab bila Jack pertama kali tegur Sharifah terus boleh sembang macam kawan lama, tahulah dah lama usha tapi takkan senang sangat. sis pula yang krik krik kat situ, rasa macam tertinggal bas.

apa yang aku boleh komen flow kisah cinta mereka terlampau mendadak dan dragging dengan benda yang tak penting. ini antara sebab aku tak berapa enjoy dengan jalan cerita filem ini.

Review Movie | Kongsi Raya (2022)

Kongsi Raya sebuah filem romantik komedi, walaupun konflik tentang percintaan yang berbeza agama dan bangsa nampak berat tapi ada beberapa scene menarik yang mungkin boleh buat korang ketawa tapi bagi aku tak cukup padu.

Barisan pelakon dalam Kongsi Raya sangat best dengan menggandingkan pelakon baru dan berpengalaman. watak cameo Ameerul Affendi dengan abang Jack antara yang aku suka.  watak mak-mak yang dilakonkan oleh Erra Fazira dan Ong Ai Leng sangat sporting dan best.

ini pertama kali aku tengok Qasrina Rahim dan Wilson Lee berlakon, bagi aku lakonan mereka agak bagus cuma aku tertanya-tanya juga, Qasrina ni adik Mira Filzah ke sebab gaya dan cara dia bercakap nampak sama.

Review Movie | Kongsi Raya (2022)

Percubaan Teddy Chin untuk membuat filem tentang satu Malaysia yang berbilang agama dan bangsa sangat menarik cuma kena improve lebih lagi pada jalan cerita. but overall, nice movie untuk ditonton secara santai.

Baca juga:

Post a Comment

2 Comments

  1. menarik..ada tengok kt new entry netflix..

    ReplyDelete
  2. Ingatkan pasal raya, rupanya pasal imbaun kisah percintaan ye..

    ReplyDelete