Movie Review | Kapan Kawin? (2015)

Movie | Kapan Kawin? (2015)

Title : Kapan Kawin?
Country : Indonesia
Director : Ody C Harahap
Screenwriter : Monty Tiwa
Release Date : 12 February 2015
Duration : 1 hour 55 minutes
Network : Netflix
Cast : Adinia Wirasti, Reza Rahadian, Adi Kurdi, Feby Febiola, 
Ivanka Suwandi, Erwin Cortez, Ellis Alisha, Firman Ferdiansyah

Kapan Kawin mengisahkan Dinda (Adinia Wirasti) yg sukses dengan kerjaya sebagai pengurus di sebuah hotel ternama. tapi rimas bila selalu sahaja ditanya kapan kawin oleh orang tuanya lagi-lagi bila dah masuk 30 tahun. pokoknya kalau jodoh itu belum tiba bukan urusan kita kan.

Didi gembira bila mendapat mandat untuk menguruskan majlis ulangtahun perkahwinan ibu bapanya  tapi berat juga bila emak dia request suruh bawa balik teman siap buat drama air mata lagi dalam telefon so apa pilihan yg Didi ada?


Didi nekad untuk mencari orang yg boleh berlakon sebagai teman lelakinya. dengan bantuan Eva, Didi bertemu Satrio Maulana (Reza Rahadian), penghibur jalanan yg mempunyai prinsip lakonannya sendiri.

Satrio bersetuju dengan bayaran Didi tetapkan lalu mengikut Didi pulang ke rumah orang tuanya di Jogjakarta. Satrio sekarang adalah Rio, lelaki metroseksual yg bekerja sebagai pakar bedah plastik.

Movie | Kapan Kawin? (2015)

Rio ni annoying juga, lain yg Didi suruh lain pula yg dia buat. bila ditegur katanya Didi tak memahami seni acting. tapi memang kelakar dengan perangai Rio ni.

Didi sebenarnya tak sedar yg orang tuanya dah sediakan ujian untuk lihat sama ada Rio itu pria yg layak untuk dijadikan menantu mereka. apa jadi bila Rio sebenarnya memenuhi ciri-ciri orang tua Rio dan apa jadi bila rahsia Rio terbongkar?

Movie | Kapan Kawin? (2015)

bukan senang jadi Dinda ni sebab sibuk nak bahagiakan hati semua orang tapi hati sendiri tak ada siapa nak jaga. nampak sangat mak bapa dia lebih sayang kakaknya Nadya dan Jerry, menantunya kesayangan mereka yg kaya.

bak kata Rio, tak salah kot kecewakan hati mereka, kecewa itu perkara biasa kerana tak semuanya sempurna. sekali sekala tu kena juga dahulukan diri sendiri sebelum fikirkan orang lain.

Movie | Kapan Kawin? (2015)

memula tengok filem ni rasa macam familiar dengan Adinia Wirasti, baru ingat pernah tengok dia berlakon dalam movie Tentang Dia dan Ada Apa Dengan Cinta. seriusly Adinia nampak makin cantik dan lebih feminin. acting pun awesome dipasangkan pula dengan Reza Rahadian memang meletops, best tengok chemistry mereka.

jalan cerita filem Kapan Kawin nampak agak klise tapi aku terhibur dengan lakonan Reza dan Adinia. mesej yg cuba disampaikan dalam Kapan Kawin pun sangat menarik.

Post a Comment

15 Comments

  1. suka kata-kata kecewa tu perkara biasa kerana kita semua tak sempurna :-)

    ReplyDelete
  2. Baca dari jalan cerita boleh agak dah cliche. Dipaksa kahwin lepas tu suka. tapi okaylah tengok jalan cerita dia berbeza walaupun agak cliche kan :)

    ReplyDelete
  3. walaupun cliche tapi kalau pengarah pandai mengolah jln cerita selain pemilihan pelakon yg bersesuaian, rs nya penonton boleh je terima...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hero dan heroin dia best, itu yg buat cerita makin menarik :)

      Delete
  4. Hahaha best kan Reza jadi Satrio! Sampai sekarang dok teringat scene dia berlakon suara serak tu. Sengal je watak dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..rasa macam nak lempang supaya dia kembali normal. adoi serius sengal betul Rio ni..haha

      Delete
  5. Dah tengok. Suka tengok lakonan Reza Rahadian dalam ni 😊

    ReplyDelete
  6. Jarang sgt kakmim tgk ceta indon.. hehe

    ReplyDelete
  7. mcm best la citer ni. sweet2 gitu

    ReplyDelete
  8. sejak2 ni suka tgk Reza berlakon

    ReplyDelete
  9. Kalo dah Reza yang main, saya sukaaa :D. Tapi LBH suka Ama film2nya yg berbau komedi . Film nih dan ada dlm list sayapun, tapi tak sempat2 nak nonton, kalah waktu Ama Korean drama hahaha

    ReplyDelete