Review Drama | Panthakan Rak (2018)


Title : Panthakan Rak
Another Title : A Bond of Love / Panthakan's Love
Director : Tong Triyuth Kingpakorn
Screenwriter : Apiwat Laosakul
Network : Channel 7
Aired : 30 April 2018 - 12 Jun 2018
Episodes : 14
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Bank Artit, Moon Mookda, Ronnadet Wongsaroj, Nat Nattasha, Libya Nattarin, Tole Pitipon, May Sirin, Pu Montree, Tong Savidtree, Ton Athiwat 


Panthakan Rak mengisahkan Panthakan atau Pan (Bank Artit), anak orang kaya yang kembali ke Thailand selepas beberapa tahun tinggal di luar negara, itupun sebab ada masalah dengan perempuan yang menyebabkan dia terpaksa balik.

Pan mempunyai masalah dengan ayahnya, Khun Saen (Pu Montree) dan membenci ibu tirinya, Khun Chor (Tong Savitree) kerana percaya mereka mempunyai hubungan sulit ketika ibunya masih hidup. Pan menuduh Khun Chor mahu merampas harta keluarganya dan turut membenci anak lelaki Khun Chor iaitu Thong Ek (Ronnadet Wongsaroj).


Prapai (Mook Mookda) pula seorang pelajar universiti dan tinggal sendiri selepas datuknya meninggal dunia. Prapai mewarisi kepakaran datuknya membuat kuih tradisional Thailand tapi tak ramai orang yang meminati kuih tradisional ini menyebabkan Prapai menghadapi kesukaran untuk menyara hidupnya lalu menggunakan platform media sosial untuk menarik ramai pelanggan.

Suatu hari, Prapai dihalau keluar dari rumah datuknya kerana tuan rumah telah menjual rumah tersebut setelah gagal membayar sewa. Sejak hari itu, Prapai tinggal dengan Khun Chor yang merupakan ibu saudaranya tapi hidupnya menghadapi kesukaran apabila Panthakan turut membenci dirinya.


Pan ni nampak macam playboy tapi dia tak percaya pada cinta dan malas nak melayan perempuan walaupun ramai peminatnya. Sehinggal terjumpa Prapai waktu baru sampai ke Thailand, Pan nampak berminat dengan perwatakan Prapai tapi bila tahu Prapai merupakan anak saudara ibu tirinya terus dia benci Prapai.

bagi Pan,  Khun Chor dan keluarganya seperti parasite yang mahu mengambil kesempatan dan menumpang harta keluarganya. Pan mencari jalan supaya Prapai keluar dari rumah ayahnya.

watak Panthakan ini jenis tipikal hero dalam lakorn, penuh dengan salah faham, kata benci tapi dalam hati ada taman. kata nak balas dendam tapi bila heroin menangis atau dalam kesusahan mulalah hati cair.


banyak konflik dalam drama Panthakan Rak. selain masalah Pan dengan ayahnya, ada orang lain yang jadi gunting dalam lipatan iaitu kawan baiknya ayahnya Noppadon (Ton Athiwat) yang mahu merampas syarikat milik Khun Saen dan menggunakan anaknya, Noppachon (Nat Nattasha) untuk dikahwinkan dengan pewaris khun Saen.

Noppachon pula sebenarnya ada masalah mental dan terlalu obsess dengan Pan tapi bila ayahnya tukar suruh si Chon ni goda Thong Ek sebab Khun Saen lebih percayakan anak tirinya berbanding Pan. watak antagonis dalam drama ni agak psiko tapi tak psiko sangat sebab aku pernah jumpa watak yang lagi gila dari si Chon ni.


bagi aku yang selalu juga melayan lakorn, aku boleh komen yang plot dan jalan cerita Pantakan Rak banyak recycle dari lakorn lain sebab dari awal sampai akhir aku boleh teka jalan cerita, siapa baik dan jahat dan tak terkejut pun bila aku boleh teka apa masalah sebenar antara Khun Saen dan isterinya dulu.

yang aku rasa kelakar juga bila dah banyak tengok lakorn korang akan tahu mostly pelakon akan pegang watak yang sama macam Khun Chor dan emak Pan yang  biasanya akan ambil peranan sebagai emak yang baik. memang tak mengejutkan langsung bila pengarah nak twist watak khun Chor sebab aku dah tahu dia tak akan ambil watak jahat.


aku suka bila Mookda bawa peranan sebagai sassy girl dalam drama Panthakan Rak sebab watak macam ni sangat sesuai dengan dia. chemistry Mookda dan Bank Artit pun memang best so harapnya dapat tengok mereka bergandingan lagi.

actually scene antara Panthakan dan Prapai yang best tapi drama ni tak jadi romantik komedi sebab banyak sangat drama dan konflik. aku pun banyak lompat-lompat lepas tu terus tengok episod last sebab plot banyak recycle, rasa tak mencabar langsung jiwa sis ini. setakat nak melayan time bosan bolehlah itupun aku tengok scene hero dan heroin. so overall, tipikal lakorn yang klise.

Baca juga:

Post a Comment

0 Comments