Drama : Teguh
Produksi : Azura Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Faliq Sharif, Zainorhisyam Samudin
Penulis Skrip : Siti Jasmina, Shah Rizal Ejal Mashur
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 5 Januari 2023
Masa : Jumaat-Ahad | 6.45 Petang
Episod : 26
OST/ Lagu Tema : Dingin (Marsha Milan)
Pelakon : Erynne Erynna, Kodi Rasheed, Razak Ahmad, Sherie Merlis, Laila Nasir, Zharif Kamil, Anwar Rusdini, Shamsul Ghau Ghau, Ezzaty Abdullah, Neera Azizi, Fathi Shafie, Chai Zi, Ash Dee, Zee Zainal, Imuda, Amyza Aznan
Sinopsis Drama Teguh
Sebuah kisah dendam seorang anak yang ditinggalkan oleh bapanya semasa kecil. Syed Tahir (Razak Ahmad) dan isterinya, Melissa (Sherie Merlis) pulang ke Malaysia setelah lama menetap di luar negara. Amar (Kodi Rasheed) yang merupakan anak Syed Tahir aktif membantu golongan gelandangan sebagai ketua operasi di Yayasan Teguh milik keluarganya.
Sementara itu, Ain (Erynne Erynna) sibuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan SPM. Ain tinggal bersama abangnya, Izlan (Anwar Rusdini) dan emaknya pula telah hilang tanpa khabar berita. Ain mencari duit dengan menyanyi di kafe milik Razman selepas waktu persekolahan namun Ain sering diganggu Ahlong kerana hutang abangnya.
1 Comments
sedang follow drama ni.. gerammm betul si abg yg bhutang ah long, si adik jd mangsa
ReplyDelete