Arafta (2025) | Turkish Drama

Arafta (2025) | Turkish Drama

Lama juga tak melayan drama turki dan thailand, faktor utama malas nak cari subtitle dan tak rajin juga nak cari illegal website drama sekarang ni. Disebabkan rindu nak tengok drama turki, aku pun mencari kat youtube dan terjumpa drama Arafta ni.

so sepanjang bulan puasa tu aku dok melayan cite ni..itu pon tak habis juga..mampu tengok sampai 20/33 episod pastu tahu-tahu drama ni tengah on-going musim kedua pula total nak dekat 50 episod maybe banyak lagi wei.. aku pon tak tahu bila aku akan habis tengok drama ni maybe tahun depan sekali lagi kot 😂😂

Arafta (2025) | Turkish Drama

Arafta (Bound by Fate) mengisahkan Mercan Yildirim (Ilsu Demirci) berasal dari keluarga kaya tapi masalahnya bisnes bapa dia, Haydar (Erol Yavan) dah nak melingkup so Haydar nak kahwinkan Mercan dengan Nezir (Kaan Arkat). Nezir dah lama sukakan Mercan jadi dia setuju nak langsaikan hutang Haydar dengan syarat Mercan jadi isteri dia.

Mercan pula ada wawasan dan nak berjaya dalam kerjaya dia sebagai arkitek tapi dalam masa yang sama dia tak boleh nak bangkang keputusan bapa dia disebabkan syarikat mereka tak boleh survive kalau hutang tersebut tak settle.

Tonton: Drama Arafta Episod 1 Turkish Series


Dan tiba-tiba muncul Ates Karahan (Emin Gunenc) sebagai penyelamat Mercan. Ates menawarkan diri untuk membantu melangsaikan hutang Haydar dengan syarat Mercan kahwin dengan dia dalam tempoh 182 hari. nampak macam nak tolong tapi macam sesuatu sangat kan si Ates dengan syarat dia tu.

Arafta (2025) | Turkish Drama

Basically drama ni pasal dendam. Flashback zaman kanak-kanak, Ates atau nama sebenarnya Tahir menjadi yatim piatu selepas ibu bapanya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ates dan adiknya, Eylul dibawa tinggal dengan Haydar. time ni sangat sedih sebab mereka kena dera, dikurung pastu tiba-tiba Eylul meninggal. Ates syak Haydar ada kena mengena dengan kematian Eylul.

Ates dijaga dan dibesarkan oleh Muzeyen selepas berjaya melarikan diri dari Haydar. Muzeyyen ni pun nak balas dendam pada Haydar juga. Ates ni nak balas dendam atas kematian adiknya dan bila dari kecil kena brainwash lagi dengan Muzeyyen lagi membaralah api dendam tersebut.

Arafta (2025) | Turkish Drama

Kesian juga dengan Mercan..gara-gara hutang Haydar, dia pula jadi mangsa. Mercan dah buat macam-macam cara termasuk melarikan diri tapi at the end dia terpaksa kahwin juga dengan Ates tapi tak sangka pula Ates ni nak balas dendam pada keluarga dia. Mercan cuba juga nak siasat latar belakang Ates tapi bukan mudah nak korek rahsia Ates bila Ates dah kawal hidupnya.

Bila Ates dan Mercan berkahwin, segala harta termasuk rumah keluarga Haydar jadi milik Ates dalam tempoh tersebut so pendek cakap si Haydar sebenarnya dah jatuh miskin tapi dikawal dan hidup atas ehsan Ates.

Arafta (2025) | Turkish Drama

Dalam drama keluarga kaya turki, mesti ada sorang family member jenis tak guna dan jadi punca masalah. Murat yang merupakan abang si Mercan ni memang jadi punca masalah. punca bagi hutang kat family pastu Mercan nak kena tanggung. 

pastu punca pergi tembak Ates then Mercan pula yang mengaku dia buat. padahal time tu Ates ajak Mercan jumpa sebab nak cancel wedding..dah tak pasal member baran sampai Mercan pula kena tanggung.

banyak lagi benda yang dia sampai tahap bunuh orang pastu keluarga pula tak habis back up. tapi nasiblah watak murat ni sampai episod 3 ke 4 pastu mati kalau tidak angin je aku dok maki tengok perangai sampah masyarakat dia.

Arafta (2025) | Turkish Drama

Rancangan membalas dendam Ates disokong kuat Muzeyyen, Asli dan Cemal. Cemal ni pengikut dan kawan Ates yang paling setia. Dalam drama ni aku paling suka dia sebab dia ni selalu positif, bila Ates mengamuk, dia selalu tenangkan Ates. pendek cakap Cemal ni selalu ada dengan Ates dan tahu segala rahsia Ates.

Berbeza pula dengan dua beranak ni; Muzeyyen dan Asli, tahap menyampah dan benci mereka pada keluarga Haydar sangat kuat. Bila Ates beritahu tentang rancangan dia nak berkahwin dengan Mercan, mereka membantah terutama sekali Asli sebab dia dalam diam dah lama sukakan Ates.

Kalau Ates dan emak dia dok sibuk fikir macam mana nak jatuhkan Haydar tapi Asli ni pula tak habis rancang nak hapuskan Mercan sebab Mercan dah rampas Ates dari dia. kiranya minah ni dia punya suka kat Ates dah tahap obses dan psiko sampai meroyan nak bunuh Mercan.

Arafta (2025) | Turkish Drama

Asli tahu yang Nezir masih lagi tak berputus asa untuk dapatkan Mercan so dalam diam dia bekerjasama dengan Nezir untuk pisah Ates dan Mercan. aku rasa part ni macam bodoh la juga sebab kau tahu Nezir tu musuh utama Ates tapi dalam diam boleh pula kau  buat perjanjian dengan mamat tu.

pastu Asli ni banyak juga bocorkan rahsia Ates pada Nezir contoh macam tender projek yang Ates sepatutnya boleh menang tapi tup-tup dapat kat Nezir. mahu tak mengamuk Ates dan tuduh Mercan pastu bergaduh pula laki bini ni. memang itu motif Asli, selagi dia boleh kenakan Mercan dia akan buat walaupun kena khianat Ates.

Ates dan Cemal memang langsung tak syak si Asli ni sebab mereka betul-betul percayakan Asli tapi siapa sangka sebab cinta tak kesampaian, boleh pula dalam diam orang yang mereka percaya bekerjasama dengan musuh mereka.

Arafta (2025) | Turkish Drama

Mercan dalam dilema untuk percaya Ates atau keluarganya. Mercan dibesarkan dengan kisah yang indah belaka pasal keluarga sebab tu bila satu persatu kejahatan dan kerja kotor bapanya, payah Mercan nak terima kenyataan. tapi at the end Mercan akan percayakan Ates juga sebab Ates tak pernah khianat dia macam mana bapa dan keluarga dia.

Walaupun Ates fikir Mercan tak pernah ingat pasal dia waktu kecil tapi Mercan masih lagi ada memori zaman kanak-kanak yang dia pernah rapat dengan Tahir dan Eylul walaupun persahabatan mereka tu tak lama. Mercan cuba siasat apa yang jadi pada Tahir dan Eylul tapi siapa sangka Tahir tu sebenarnya Ates, yang kini dah jadi suaminya. 

Apa yang akan berlaku apabila Mercan mengetahui rahsia Ates dan motif sebenarnya Ates berkahwin dengannya?

Arafta (2025) | Turkish Drama

Dari benci dan dendam, Ates terjatuh cinta dengan isteri sendiri so time ni dia dalam dilema juga nak teruskan atau lupakan dendam tersebut. Mercan pula walaupun mula-mula menyampah dengan suami sendiri sebab kuat control tapi tetap jatuh hati pada Ates. walaupun luaran nampak beku tapi dalam hati ada taman gituu..

Baca juga: Drama Thailand Husband In Disguise


kadang aku tengok dengan speed paling laju pun still terasa slow, banyak sangat kamera close up itu belum lagi pelakon cakap satu ayat pastu potong dengan background music sampai 1 minit mahu tak sampai 10 minit nak habiskan satu dialog saja, aku rasa drama turki ni macam mengalahkan sinetron dengan drama hindi pula..

bagi aku, plot drama ni menarik plus aku suka cite yang ada tema dendam gitu, hero dan heroin pun best dia punya chemistry tapi itulah drama turki ni slow sangat..benda boleh setel dalam 10 episod tapi dia extend sampai 50 episod.

Post a Comment

0 Comments