Samee Ngoen Phon - Husband In Disguise (2022) | Review Drama Thailand

Review Drama | Samee Ngoen Phon - Husband In Disguise (2022)

Title : Samee Ngoen Phon
English Title : Husband in Disguise
Director : Chatichai Worapiankul, Tik Wasinee Khunanitisarn
Network : VIU
Aired : 2 July 2022 - 
Episodes : 24
Duration : 50 minutes
Genre : Romance
Cast : Kwan Usamanee,  Mai Warit,  Film Rattapoom, Gul Amena,  Yeepun Napat,  Oom Sakaojai


Husband In Disguise mengisahkan Anusaniya/Nut (Kwan Usamanee) yang memegang jawatan CEO selepas ayahnya bersara tapi ramai yang skeptikal dengan kebolehannya hanya kerana Nut seorang wanita. hubungan rapat Nut dengan paciknya, Chaya (Film Rattapom) pula telah disalahertikan sehingga timbul gosip mereka bercinta.

penat juga jadi Nut tak habis dikejar wartawan yang mahu korek cerita peribadinya dan keluarganya pula tak habis mempertikaikan cara kerja dia. Nut ada konflik dengan bapanya juga bila dia merasakan ayahnya masih salahkan dia atas kematian abangnya.

oleh kerana itu, Nut rapat dengan Chaya dan selalu berkongsi rasa sedih dan gembiranya bersama Chaya tapi lama kelamaan Nut nampak diri Chaya yang sebenar yang mahu gunakan dia. waktu tu Nut rasa dikhianati then terima lamaran daripada Dr Sattawat.


Nut bertemu dengan Dr Sattawat (Mai Warit) ketika ayahnya dimasukkan hospital dan selepas itu mereka sering bertemu secara kebetulan apabila Nut ditimpa masalah. walaupun orang lain menyampah dengan perangai Nut yang sombong dan berlagak tapi Sattawat sahaja yang boleh nampak kesedihan dan kebaikan Nut tanpa sedar Sattawat jatuh cinta dengan Nut.

Nak dijadikan cerita, mak Sattawat suka berhutang dan telah berhutang banyak dengan macik Nut. Ayah Nut pula tak suka dengan gosip Nut dengan Chaya. makanya ayah Nut gunakan isu hutang minta Sattawat berkahwin dengan anaknya tapi Sattawat kena buat benda tu smooth tanpa Nut sedar semua itu rancangan ayahnya.

mulanya Sattawat rasa bersalah juga tapi kalau terima tawaran ayah Nut selesailah hutang mak dia. dalam masa yang sama dia dah jatuh cinta dengan Nut juga. banyak juga dilema mamat ni tapi Sattawat tekad juga lamar Nut.

Review Drama | Samee Ngoen Phon - Husband In Disguise (2022)

bisalah dalam lakorn mesti ada watak jahat untuk menambah rencah kepada jalan cerita. first episod nampak Chayakorn seorang lelaki baik tapi makin lama boleh nampak niat jahat Chaya dan emaknya untuk gunakan Nut bagi merampas syarikat keluarga mereka.

sebenarnya Chaya ni adik kepada bapa Nut dan anak tak sah taraf. yang aku tak faham kenapa emak dia bersungguh nak Chaya pikat padahal dah tahu Nut adalah cucu kepada bapa Chaya. tak ada moral betul perangai emak dan si Chaya ni.

Nut langsung tak pernah kisah dengan gosipnya sebab anggap Chaya tu bapa saudaranya tapi Nut paling tak sangka bila kena khianat dengan Chaya, terkejut bila dia tahu Chaya letak dadah dalam minumannya dan cuba buat benda tak senonoh kat dia. lagi rasa dikhianati bila tahu kawan baiknya dalam diam ada hubungan dengan Chaya.

Review Drama | Samee Ngoen Phon - Husband In Disguise (2022)

dan Sommika/Som (Gul Amena) pula dah lama berkawan dengan Sattawat, pernah minta couple tapi Sattawat reject sebab dia ada banyak komitmen dan nak fokus pada kerjaya. masalahnya Som tak pernah faham dan tak habis canang kat semua orang yang Sattawat ni teman lelakinya. bila tahu Sattawat nak kahwin dengan Nut mahu tak mengamuk dia.

Som sebenarnya anak orang kaya juga, bisnes keluarga dia saingan kepada busines family Nut. so dari awal lagi Som tak habis dengki dengan Nut dan tak boleh tengok Nut lebih dari dia. bila Nut kahwin dengan Sattawat lagilah tak habis dendam dia. lalu Som bekerjasama dengan Chaya untuk pisahkan Nut dan Sattawat.

Review Drama | Samee Ngoen Phon - Husband In Disguise (2022)

Selepas berkahwin, hubungan mereka yang awalnya agak kekok kemudian timbullah rasa cinta Nut pada suaminya. dalam masa yang sama Sattawat asyik rasa bersalah sebab tahu Nut kahwin dengan dia sebab percaya yang Sattawat tak akan tipu dan khianat Nut. so apa akan terjadi bila Nut tahu mengenai perjanjian antara Sattawat dan bapanya sebelum kahwin?

Review Drama | Samee Ngoen Phon - Husband In Disguise (2022)

drama ni juga terlalu banyak watak yang jahat dan annoying, seriusly rimas sangat lagi-lagi dengan wartawan yang tak ada etika. watak utama Sattawat pula bagi aku iye sweet tapi masalahnya terlalu baik. watak Sattawat tak nampak cukup kuat untuk lawan anasir jahat dalam cerita ni lagi-lagi dengan Sommika yang selalu melampaui  batas, dengan mak dia yang tak habis berhutang.

bagi aku, Samee Ngoen Phon tipikal lakorn yang jalan ceritanya agak klise dan predictable tapi bila dah start tengok memang terus melekat nak habiskan. tipikal aku juga setiap kali tengok lakorn..haha

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments

  1. Drama thai ni lbh kurang drama turki, byk sgt watak yg annoying, toxic, keserabutan keluarga & kwn2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat. selalu macam itulah tapi nasib baik drama thai ni tak panjang bersambung-sambung macam drama turki..haha

      Delete