Wayla Kammathep - The Love Proposal (2022) | Review Drama Thailand

Review Drama | Wayla Kammathep - The Love Proposal (2022)

Title : Wayla Kammathep
English Title : The Love Proposal/ Cupid Time
Director : Jariwat Uppakharnchaiyaphat
Network : GMM One
Aired : 23 May - 18 May 2022
Episodes : 15
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Fern Nopjira, Tre Porapat, Toy Pathompong, Parn Khomkrit, Yingying Sarucha, Ice Athichanan, Kaew Apiradee, Pym Pympan, Palm Supachai, Jam Rachata


The Love Proposal/ Wayla Kammathep mengisahkan Treenutch (Fern Nopjira) dan Time (Tre Propapat) yang bertemu dalam satu insiden yang akhirnya membuatkan mereka semakin rapat dan saling jatuh cinta.

tapi Time tak nak rushing dan teragak-agak nak declare hubungan mereka sebab dia banyak buat kesilapan dengan hubungannya sebelum ni. hal ini membuatkan Nutch kecewa sebab tak tahu hubungan mereka kawan atau kekasih.

dalam masa yang sama Nutch terpaksa tanggung hutang bapa tirinya. disebabkan keadaan makin terdesak, Nutch decide berpisah dengan Time dan terima lamaran kawan baik emaknya yang mahu langsaikan hutang keluarga mereka dengan syarat Nutch berkahwin dengan anaknya.


Main plot dalam The Love Proposal adalah perebutan harta antara pewaris keluarga Meethephattana. datuk Time mewasiatkan segala harta dan syarikat Meethe Group kepada cucu sulung, Touch (Toy Pathompong) dengan syarat Touch mesti mempunyai anak sebelum usia 30 tahun kalau tidak harta warisan ini akan berpindah kepada cucu keduanya, Chun (Parn Khomkrit).

kalau Chun tak ada pewaris dalam masa dua tahun, hak milik akan berpindah kepada Time. pendek cakap ketiga pewaris ada peluang untuk jadi pewaris yang sah sekiranya mereka ada anak dalam tempoh yang ditetapkan.

Touch seorang ketua yang bagus dalam mentadbir syarikat keluarga dan Time pula selalu support abangnya dari belakang. tapi yang menjadi masalah adalah sepupu mereka iaitu Chun yang tak puas hati kenapa dia tak dapat harta padahal dia dah lama kerja dalam syarikat tersebut sebelum Touchmasuk kerja.

padanla atok diorang tak bagi, kalau kerja Chun ni cuma tahu berjoli dan berjudi. emak dia pun sama naik juga hobinya. kalau semua harta dapat kat dia memang lingkup syarikat. tapi yang atok pun buat wasiat pun bikin huru hara keluarga.


Khun Yada (Kaew Apiradee) paksa Touch berkahwin dengan Nutch sebab dia dah lama kenal dengan emak Nutch dan tahu masalah hutang keluarga mereka. kiranya macam kahwin kontrak juga sebab dia bayar Nutch untuk dapatkan zuriat.

Touch dari awal tak boleh penuhi wasiat tersebut sebab dia gay tapi Touch kahwin juga dengan Nutch untuk penuhi kemahuan emaknya. sebelum kahwin lagi, Touch dan Nutch setuju untuk dapatkan anak guna cara IVF

Time pula yang tengah kecewa patah hati terkejut bila tahu wanita yang abang dia bakal kahwin adalah Nutch. sedih betul dengan Time ni tapi nak buat camna slow sangat nak bertindak so terpaksa terimalah Nutch sebagai kakak iparnya.


perangai si Chun ni memang tak cun langsung, memanjang minta maki. sejenis tamak harta pastu kaki judi dan kaki perempuan. emaknya pun sama naik juga perangai gila harta. kesian juga dengan isteri Chun,  Wadee (YingYing Sarucha) terpaksa layan perangai tak senonoh suaminya.

bila ketamakan menguasai diri, Chun sanggup buat apa sahaja termasuk sabotaj syarikat keluarga dan guna taktik kotor untuk jatuhkan Touch.


kemunculan semula bekas teman wanita Time iaitu Marisa (Ice Athichanan) menambahkan lagi ketegangan yang berlaku. dulu Time berpisah dengan Marisa sebab perempuan ni ikut jantan lain. so waktu tu Time menyesal sebab terlalu rushing sangat buat keputusan sampai bergaduh dengan datuknya tapi last-last tak kemana pun cinta dia.

Time sebenarnya dah boleh move on dari Risa tapi perempuan ni kembali dengan motif tersendiri iaitu untuk dapatkan kembali Time demi harta sebab syarikat bapa dia nak lingkup.

selain Chun, watak Marisa pun sejenis yang minta kena maki juga. stress aku dengan mulut tempayan dia yang huru-harakan keadaan. memang padanlah Marisa dengan Chun tu.


selain daripada pasangan utama, aku suka second couple dalam Wayla Kammathep iaitu Wadee dan Sarut (Jam Rachata). hidup Wadee ni memang kesian juga sebab Chun kahwin dengan dia sebab nak dapat support bapa Wadee tapi bila bapa Wade dah hilang power, si tak Chun ni layan Wadee macam sampah.

bila Wadee kena belasah dengan Chun atau tengah sedih, Sarut yang merupakan orang kanan Chun selalu teman Wadee sampai Sarut last sekali Sarut khianat Chun sebab tak sanggup tengok Wadee menderita dengan perkahwinan.

cuma aku tak support sangat hubungan terlarang diorang sebab walaupun Chun jahat tapi Wadee patut selesaikan penceraian dia dulu pastu ikut suka hati kaulah nak bersama Sarut buat apa pun.


bagi aku, semua masalah yang timbul ni disebabkan wasiat datuk mereka. kalau rasa Touch berkaliber uruskan syarikat kenapa tak jadikan Touch pemilik mutlak. rimas aku dengan wasiat nak kena ada zuriat bagai padahal dari awal pun dah tahu perangai Chun dengan keluarga dia tak semenggah dan kuat joli.

seriusly watak Touch sangat kesian sebab terima tekanan yang kuat daripada emak dia. walaupun aku tak berkenan dengan scene lgbt dalam drama ni tapi Touch ada hak buat pilihanuntuk hidup dengan cara yang buat dia happy dan bahagia.

tapi itulah Touch terlalu baik, dia cuba penuhi impian emaknya dan layan Nutch dengan baik walaupun tak ada perasaan cinta pada Nutch. hubungan Touch dengan Time pun sangat baik, cara mereka support each other memang terbaiklah. tapi pengakhiran Touch sangat menyedihkan.


owh seorang lagi yang patut dikesiankan adalah heronya, nama je Time tapi timing tak pernah kena..haha

kesiannya juga dengan Time sebab terpaksa tengok orang yang dicintai berkahwin dengan abang sendiri. scene Time dengan kawan-kawan dia tak pernah tak kelakar, bagus juga walaupun kawan-kawan Time suka kutuk dia slow tapi mereka juga yang banyak bantu dia selesaikan semua yang berlaku.

sebenarnya ini first time aku tengok drama Tre Propapat tapi seriusly dia punya aura hero tu sangat kuat. sis cair setiap kali tengok renungan mata dia..haha. lakonan dia pun bagus dan pandai pilih watak sebab watak Time nampak sangat sesuai dengan imej dia.

Review Drama | Wayla Kammathep - The Love Proposal (2022)

so overall, walaupun agak klise tapi plot dalam Wayla Kammathep agak menarik, tapi biasalah lakorn tak pernah consistent masuk pertengahan drama, jalan ceritanya agak messy dengan konflik yang makin complicated dan watak jahat yang tak reti nak taubat. ada juga scene yang bagi aku kurang sesuai untuk tontonan umum yang tak ada pun lagi bagus sebab langsung tak mengganggu jalan cerita.

tapi tak boleh deny yang chemistry antara Tre dan Fern adalah kekuatan drama Wayla Kammathep. kita yang tengok ni pun rasa berbunga-bunga bila tengok scene Time dan Nutch bercinta. harapnya dapat tengok Tre dan Fern bergandingan lagi pada masa akan datang.

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments

  1. Kesian Time.. lmbt sgt...hehe..boleh bayangkan keserabutan fikiran tgk drama ni dgn plot sebegini.. byk toxic relationship..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak watak toxic tapi nasib baiklah hero dia hensem walaupun slow..haha

      Delete