Review Drama Korea | Through The Darkness (2022)


Title : Through The Darkness
Director : Park Bo Ram
Screenwriter : Seol Yi Na, Kwon II Yong
Network : SBS
Aired : 14 January 2022 - 12 March 2022
Episodes : 12
Duration : 1 hour 10 minutes
Genre : Thriller, Mystery, Crime
Cast : Kim Nam Gil, Jin Seon Kyu, Kim So Jin, Ryeoun, Lee Dae Yeon, Kim Won Hee

Through The Darkness diadaptasi dari autobiografi yang ditulis oleh profiler korea yang pertama, Kwon II Yong dan penulis Ko Na Moo. kes yang berlaku dalam drama ini juga berdasarkan siri kejadian sebenar yang pernah berlaku semasa Kwon bertugas. 

Drama Through The Darknes berlatarkan akhir tahun  1990-an, masyarakat masih lagi dilanda ketakutan dan kebimbangan selepas selepas siri serangan dan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pembunuh bersiri Red Cap. kemudian berlaku siri serangan misteri yang meniru modus operandi yang sama dengan Red Cap. polis menghadapi kesukaran untuk mengesan suspek apabila mangsa diserang secara rawak tanpa mengetahui motif sebenar.


kebiasaanya polis pada waktu tersebut menangkap suspek yang mempunyai hubungan dengan mangsa dan mengaitkan dengan bukti yang mereka jumpa. lagi teruk apabila suspek yang ditangkap akan dibelasah untuk mengaku kesalahan, ada yang tidak tahan dipukul akhirnya terpaksa mengaku jenayah yang tidak dilakukan mereka.

Song Ha Young (Kim Nam Gil) mempunyai cara pemikiran yang berbeza dengan detektif yang lain. walaupun pihak polis telah menutup kes tersebut, Son Ha Young percaya yang mereka telah menangkap orang yang salah. dia menyiasat semula kes tersebut dalam diam sebab ketua dia sendiri tak suka dengan caranya bekerja.


Kook Young Soo (Jin Seon Kyu) bertugas di unit forensik mempunyai bercita-cita untuk menubuhkan team profiler untuk mengubah cara penyiasatan yang dilakukan oleh polis korea pada waktu itu. tapi ideanya selalu ditolak oleh pihak atasan yang tidak familiar dengan bidang tugas profiler.

Selepas kejayaan Son Ha Young menangkap copycat Red Cap, pasukan polis dikritik dengan hebat  kerana telah menangkap orang yang salah. akhirya orang atasan meluluskan idea Kook Young Soo dengan menubuhkan pasukan Criminal Behavioral Analysis dan merekrut Son Ha Young ke dalam pasukannya.


pada beberapa tahun awal, mereka banyak melawat banduan di penjara untuk mengumpul data mengenai latar belakang, kelakuan dan motif yang boleh menyebabkan penjenayah ini bertindak di luar batas kemanusiaan. 

kemudiannya berlaku satu kes serangan secara rawak yang bertukar kepada pembunuhan bersiri. pihak polis tertekan apabila mereka tidak dapat mengesan suspek dan makin ramai yang menjadi mangsa serangan tersebut. 

Captan Yoon Tae Goo (Kim Soo Jin) yang bertanggungjawab ke atas kes tersebut tidak mahu pasukan Kook Young Soo join penyiasatan mereka tapi dia terpaksa admit laporan Son Ha Young yang sebenarnya banyak pasukan mereka menjejaki penjenayah yang sebenar.


Through The Darkness agak berbeza dengan drama polis yang sebelum ini aku tengok, selalunya kita akan berteka-teka mencari pembunuh berdasarkan klu yang diberi pengarah. tapi dalam drama ni, lebih tunjukkan bidang tugas profiler yang sebenarnya, bagaimana mereka mengumpul data dari kes sebelum ini dan mengkaji data tersebut untuk digunakan dalam kes seterusnya. tugas profiler juga adalah untuk teka tindakan seterusnya yang akan diambil pembunuh bersiri ini.

pada waktu itu, pasukan polis tidak familiar dengan bidang tugas profiler so ramai yang memandang rendah pada usaha yang dilakukan Kook Young Soo dan Son Ha Young. ada yang merasakan mereka ini cuma menyibuk dan menganggu kerja pasukan lain. jadi bukan satu tugas mudah untuk Kook Young Soo mengubah cara penyiasatan yang digunakan pihak polis selama ini.


drama ni bagi aku agak berat, mood dia pun agak berat tapi benda yang menyampah banyak sangat watak annoyying. aku tahu bukan senang nak terima benda baru tapi yang tak faham kenapa ramai sangat geng polis ni yang anti betul dengan Song Ha Young.

macam Kapten Yoon bila jumpa balik Song Ha Young kemain benci dia sound Song Ha Young nak join penyiasatan mereka. bila ada scene flashback balik, tak nampak pun apa salah Song Ha Young cuma dia sangat pendiam dan polis lain tak boleh masuk dengan cara dia kerja. lagipun aku rasa Kapten Yoon ni sepatutnya berterima kasih sebab dia naik pangkat pun sebab Song Ha Young yang bantu dia tapi langsung tak pernah mengungkit bab tersebut.

Selain Kapten Yoon, ada juga seorang lagi detektif yang baru ditukarkan ke balai mereka anti giler dengan Son Ha Young. dah la jadi tali barut bocor maklumat polis kat wartawan, lepas tu semua benda yang Son Ha Young buat tak kena kat mata dia. aku pun tak tahu apa masalah dengan polis kat balai tu. tapi ada juga yang kagum dengan cara kerja Song Ha Young dan minta bantu mereka untuk selesaikan kes.


sebelum dah biasa tengok drama Kim Nam Gil bawa watak komedi tapi lakonan sebagai Song Ha Young sangat mantap. aku suka scene dia soal siasat saspek dalam episod 2, cara dia nampak sangat tenang tapi boleh rasa mood intense tu dan psiko saspek sampai saspek gabra bila tahu tembelang dia sudah pecah. 

aku prefer drama crime investigation yang berteka-teki mencari pembunuh baru rasa segar sikit mata bila tengok tapi dalam drama ni banyak tunjuk proses yang dilakukan oleh profiler dalam menyelesaikan kes pembunuhan bersiri so ada masanya aku hampir tertidur tengok drama ni bila kat scene monolog watak utama lagi pula mood drama ni agak berat.

but overall, konsep yang dibawa dalam Through The Darkness masih menarik untuk ditonton dan jalan ceritanya juga agak berbeza dengan korean drama crime investigation yang lain.

Baca juga:

Post a Comment

2 Comments

  1. Selalu tengok cerita K drama yang jenis penyiasatan gini mesti sangat detail ceritanya.

    ReplyDelete
  2. Tengok cerita ini bagi saya tidak bosan.
    Memang berkesan Kim Nam Gil bawakan watak Song Ha Young. Saya suka penghayatan dia wajtu mendalami tindakan Nam Ki Tae sampai hampir membunuh juga. Itu puncak selepas itu dia tertekan.

    ReplyDelete