Drama Korea | The Good Detective (2020)


Title : The Good Detective
Director : Jo Nam Gook
Screenwriter : Choi Jin Won
Network : JTBC/Netflix
Aired : 6 July 2020 - 25 Aug 2020
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Cast : Son Hyun Joo, Jang Seung Jo, Lee Elijah, Oh Jung Se, Ji Seung Hyun, Jo Hee Bong, Shin Dong Mi, Baek Eun Hye, Jo Jae Yoon, Lee Ha Eun

Pada tahun 2015, berlaku satu kes pembunuhan seorang gadis yg mayatnya dibuang ke dalam sungai. Lee Dae Cheol (Jo Jae Yoon) dituduh sebagai pembunuh dan dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh pelajar kolej dan detektif yg menyiasat kes tersebut.


lima tahun kemudian, Oh Jin Hyuk (Jang Seung Jo) berpindah ke balai polis Seobu dan dipasangkan dengan detektif yg paling senior di situ iaitu Kang Do Chang (Son Hyun Joo).

mereka menerima kes tentang kehilangan gadis bernama Lee Eun Hye (Lee Ha Eun) yg juga anak kepada pembunuh Lee Dae Chul. dalam sibuk mencari gadis tersebut tiba-tiba muncul Park Gun Ho (Lee Hyun Wook) yg menyerah diri kononnya dia telah membunuh Lee Eun Hye.

bila disiasat tentang bila dan di mana mayat Lee Eun Hye, Park Gun Ho cuma jawab tak tahu dan suruh polis siasat sendiri seolah-olah mencabar cara kerja pihak polis.


kemudiannya terbukti yg Lee Eun Hye masih hidup, motif Park Gun Ho ni nak beritahu kat semua pihak yg Lee Dae Chul tak bersalah  dan menuduh pihak polis telah melakukan kesilapan sewaktu siasatan dahulu.

Kang Do Chang yg bertanggungjawab ke atas kes Lee Dae Chul mula tertanya adakah dia melakukan kesilapan dalam siasatan dahulu. dia pun sebenarnya ambil alih kes tersebut selepas detektif yg menyiasat kes tersebut mati dan bukti yg ada semuanya jelas menunjukkan Lee Dae Chul bersalah.

selepas mendengar statement dari Park Gun Ho dan muncul sebuah video yg menjadi alibi Lee Dae Chul, Kang Do Chang mula menyiasat kembali kes tersebut dengan Oh Jin Hyuk sebab dia percaya ada bukti yg telah diubah oleh pihak tertentu. 


waktu ni juga kerajaan nak buat balik hukuman gantung sampai mati setelah dimansuhkan selama 20 tahun dan nama Lee Dae Chul berada dalam senarai banduan yg akan menerima hukuman terebut.
 
Kang Do Chang yakin Lee Dae Chul tak bersalah dengan bukti yg dia jumpa dan dia mahu perbetulkan balik kesilapan yg telah buat dahulu dengan membuat permohonan supaya Lee Dae Chul dibicarakan semula.

masalahnya bukan senang Kang Do Chang nak fight semua benda ni sebab pihak polis dan pendakwaraya akan cuba tutup kes tersebut sebab akan bagi imej yg buruk pada mereka dan kredibiliti organisasi juga akan dipersoal kerana menghukum orang yg salah.


dalam drama The Good Detective ni boleh nampak bila orang yg ada duit ni akan kebal dari segala undang-undang yg ada sebab boleh rasuah semua orang. baik polis, pendakwaraya mahupun wartawan semua ada kerja kotor masing-masing.

Kang Dong Chang dan Oh Ji Hyuk sebenarnya dah jumpa pembunuh sebenar masalahnya bukti yg ada tak cukup kuat untuk sumbat penjenayah sebenar ke dalam penjara. tambahan pula ada orang dalam yg cuba kacau siasatan mereka dengan menyembunyikan dan mengubah bukti yg ada.

banyak juga persoalan dalam drama ni, walaupun dah tahu dari awal pembunuh sebenar pelajar kolej tersebut tapi tertanya juga kenapa detektif yg siasat kes tersebut kena bunuh juga. yg pasti masing-masing ada motif sendiri dan kena tengok sampai penghujung untuk merungkai semua persoalan yg ada.


tengok dua episod awal drama ni tak berapa suka dengan geng polis ni macam Kang Do Chang dari awal asyik warning Oh Jin Hyuk jangan cari masalah sebab tak nak ganggu proses dia naik pangkat. orang bawah Do Chang semua nampak macam loser betul.

tapi bila Kang Do Chang tekad untuk menegak keadilan dan siasat balik kes lama baru nampak teamwork geng ni mantap giler. walaupun orang atas tak habis menganggu dan menghalang kerja mereka tapi semua tu tak patahkan semangat mereka untuk menangkap penjenayah yg sebenar.

Post a Comment

8 Comments

  1. Wuuuu elijah ada lahh! Minat kalau tengok dia berlakon. Eh cerita ni akan ada 2 season kannn?

    ReplyDelete
  2. genre penyiasatan mmg best...yg tak suka bila orang atasan (bos) jahat, rasa kesian kat detektif...elijah lee cantik...suka tengok dia dlm drama chief of staff...

    ReplyDelete
  3. Lee Elijah main actor ke? Lama tak layan drama penyiasatan.

    ReplyDelete
  4. Selamat menonton dan moga bermanfaat.

    ReplyDelete
  5. Kesiannya dia kena hukum sebab pihak polis buat silap. Korea sekarang tengah approach balik hukuman mati ni sebab banyak betul drama letak mesej yang sama

    ReplyDelete
  6. Okay... Ni kena ajak husband layan. Dia sibuk dok tengok tamil jee.

    ReplyDelete
  7. Best ni police series. Rasuah tu dah macam perkara biasa untuk orang kebal undang undang. Dan biasanya orang atasan tak telus buat kerja. huhu

    ReplyDelete
  8. I watched this a few times. For me best sbb dye tak heavy sgt.

    ReplyDelete