Review Drama | Jark Sadtroo Soo Hua Jai - From Enemy To The Heart (2020)


Title : Jark Sadtroo Soo Hua Jai
Another Title : From Enemy To The Heart
Network : Channel 7
Aired : 30 October 2020 - 11 December 2020
Episodes : 19
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Aum Patcharapa, Mik Thongraya, Pete Thongchua, Big Thongpoom, Don Kanin, Pym Pympan, Wit Putharit, Sa Anisa, Boo Trairatana 

Jett is a handsome man forced to become a hired gunman because of his dark past and problems. And one day, he is hired to kill a woman. It was suppose to be a simple job, however, it is complicated by the fact that his target, Sophita, is his ex-girlfriend's sister. This leaves him with only two options. To either protect Sophita or to kill her. What will he choose?

lakorn ni aku tengok dari tahun lepas tak habis lagi sebab subtitle dia pending lama sangat. kebetulan hari tu teringat terus check subtitle dah complete dan habiskan satu siri. yang buat sis excited dengan lakorn ni ialah sebab heronya Mik Thongraya.


Jark Sadtroo Soo Hua Jai mengisahkan Sophita atau Ta (Aum Patcharapa) yang diculik oleh Jett (Mik Thongraya) dan kemudiannya dia dapat tahu orang yang mengupah Jett untuk membunuhnya adalah Kritha (Pete Thongchua) orang kuat bapanya.

Kritha sudah lama bekerja dengan bapa Sophita iaitu khun Phokin (Wit Putharit) dan dalam diam Kritha telah menggunakan kilang perabot milik khun Phokin untuk menyeludup dadah. Dia merasakan Sophita satu ancaman kepada kegiatan haramnya apabila wanita tersebut menjumpai dadah di situ lalu mengupah orang untuk menghapuskan Sophita.

Jett pula menerima kerja tersebut adalah untuk menyelamatkan Sophita kerana wanita tersebut merupakan kakak kepada bekas teman wanitanya. Mereka menjadi pelarian untuk mengelakkan daripada ditangkap orang Kritha.


Sepanjang Sophita dan Jett bersama menjadi pelarian, mereka selalu bergaduh kerana salah faham yang berlaku. Sophita dari dulu tidak suka hubungan Jett dengan adiknya, Rin kerana latar belakang lelaki itu yang pernah menjadi hitman. Apabila Rin keguguran dan meninggal dunia, Sophita menyalahkan Jett sepenuhnya.

Padahal Jett sendiri tak tahu yang Rin mengandung sebab dia sendiri tak pernah sentuh Rin. dalam masa yang sama Jett juga salah faham kerana menyangka Sophita menghantar orang untuk membakar kedainya dan menyebabkan dia dipenjara.

Selain daripada melindungi Sophita, Jett juga mempunyai misi baru iaitu untuk menyiasat siapa sebenarnya lelaki yang pernah menjadi kekasih Rin dan menyebabkan kematian Rin?


khun Phonin jatuh sakit apabila mendapat tahu anaknya diculik lalu menyerahkan segala urusan pejabat kepada tunang Sophita iaitu Rawin (Big Thongpoom). waktu ini Phonin tak sedar yang Kritha dan Rawin sebenarnya bersaing untuk merampas syarikatnya.

Apabila khun Phonin secara tak sengaja dapat tahu teman wanitanya, Supatra mempunyai hubungan sulit dengan Kritha baru dia sedar yang orang kepercayaannya selama ini mempunyai niat lain. khun Phonin bangkit untuk mempertahankan haknya dan melindungi anaknya.


Jett curi masuk kedalam rumah Phonin untuk mencari diari milik Rin yang mungkin ada klu dalang di sebalik kematian Rin. waktu itu, Jett ternampak Phonin cuba membunuh diri dan menyelamatkan Phonin.

Jett memberitahu kedudukan Sophita yang sebenar dan tidak mahu menghubungi sesiapapun kerana tidak mahu mengancam nyawa Phonin. Jett berjanji akan membawa pulang Sophita dengan selamat.

Walaupun Phonin tidak tahu siapa sebenarnya Jett tapi dia sangat mempercayai Jett. apabila Sophita pulang, Phonin mengupah Jett untuk menjadi bodyguard Sophita bagi melindungi Sophita daripada ancaman bahaya.


Apabila Sophita kembali semua dan mengambil alih urusan syarikat, sudah tentu geng jahat ini semua tak senang duduk. kerja Jett sebagai bodyguard semakin sibuk apabila setiap masa ada sahaja yang mengancam nyawa Sophita. Walaupun mereka tahu tentang kerja jahat Kritha tapi mereka tiada bukti untuk menyumbat lelaki itu ke penjara.

Sophita tahu yang Kritha adalah dalang penculikannya tapi dia tak tahu tunangnya Rawin pun dua kali lima juga. walaupun Jett dah bagi amaran tentang Rawin, Sophita tetap juga masih percaya dan mempertahankan Rawin.

Walaupun pada mulanya Sophita benci dengan Jett dan selalu bergaduh tapi lama kelamaan hati pun mulalah berputik bunga-bunga cinta.


Aum ni aku tengok dia berlakon dari zaman sekolah lagi rasanya dah 40 tahun umur dia tapi still maintain awet muda, outfit dia dalam drama ni pun cantik sesuai dengan imej matang dan wanita bekerjaya.

aku suka dengan lakorn ni sebab chemistry antara Aum dan Mik sangat mantap. time bergaduh pun alahai sweetnya lahai..haha. tapi lakonan mereka berdua memang best. 

jalan cerita Jark Sadtroo Soo Hua Jai macam old style lakorn, plot dia menarik tapi terlalu dragging dengan banyak benda yang tak penting. so overall bolehlah nak layan kalau suka Mik Thongraya dan Aum Patcharapa.

Baca juga:

Post a Comment

1 Comments