Review Movie | London Sweeties (2019)

 

Title : London Sweeties (2019)
Country : Thailand
Director : Kittikorn Liawsirikun
Screenwriter : Peerasak Saksiri
Release Date : 31 January 2019
Duration : 1 hour 32 minutes
Cast : Bow Maylada, Freud Chatphong, Best Nathasit, Aerin Sireeporn, Achira Detter, Kellen James

London Sweeties sebuah filem romantik komedi mengisahkan Pron (Bow Maylada), Bo (Freud) dan Chut (Best Nathasit) yang pergi ke London atas tujuan tertentu namun mereka tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris.

Pron, Bo dan Chut bertemu di kota London semasa menghadiri kelas bahasa inggeris untuk membantu improve skill berkomunikasi mereka.


Pron pergi ke London untuk menghadiri majlis perkahwinan kakaknya, Pen (Aerin Sireeporn) dan Michael. sejak awal lagi, Pron keberatan untuk ke sana dan takut untuk bertemu dengan bakal iparnya kerana  perbezaan bahasa antara mereka.

hal ini menimbulkan salah kepada Michael yang menyangka Pron tidak suka dengannya kerana Pron selalu mengelak daripada bertemu. sementara berada di London, Pen mencadangkan Pron mengambil kelas bahasa inggeris.


Bo bekerja sebagai mekanik, dia menjual rumahnya dan pergi ke London untuk bertemu kekasihnya, Four yang sedang belajar di situ. Bo menghadapi kesukaran berkomunikasi dalam bahasa inggeris, setiap kali orang bertanya soalan dia cuma tahu balas Yes atau No.

manakala Chut pula kena cabar dengan kawan-kawannya lalu di mahu buktikan yang dia boleh speaking london hakikatnya sama saja mereka bertiga ni, buat-buat faham padahal tak faham langsung. di London, Chut bekerja di sebuah restoran lalu jatuh hati dengan gadis London yang bekerja di situ.


selain Bo dan Chut, Pron juga berkenalan dengan Aung Tuan yang berasal dari Perancis. Aung Tuan dari awal jatuh hati pada Pron dan tanpa segan silu meluahkan perasaanya pada Pron tapi itulah masalah bahasa menyebabkan Pron mengelak dan lari dari lelaki ni.

scene mereka dating memang kelakar sebab bersembang macam ayam dan itik. seorang bercakap dalam bahasa thai, seorang lagi bahasa Perancis. aduh masalahnya mereka sembang benda berbeza tapi confident je macam faham member sebelah.


plot dan jalan cerita filem London Sweeties sangat simple, kelakar juga mereka bertiga ini survive di London dengan masalah bahasa. konflik pun kat hujung-hujung bila mereka miscommunication dengan pasangan masing-masing. overall, menghiburkan untuk tontonan santai.

Baca juga:

Post a Comment

1 Comments

  1. Citer ni ada kat netflix dh ke? Bc sinopsis nmpk menarik.. Suka jalan citer yg simple n lawak camni.. Ok bole msk list ni

    ReplyDelete