Drama Thailand | To Me, It's Simply You (2021)


Title : Mon Ruk Nong Pak Ka Yan
Another Title : To Me, It's Simply You
Director : Au Tanakorn, Off Pongpat
Network : Channel 3 / WeTV
Aired : 14 May 2021 - 11 Jun 2021
Episodes : 13
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Nadech Kugimiya, Bow Maylada, Danny Luciano, Pusin Warinruk, Nubtung Nunnapas, Preaw Anusara, Lita Kaliya, Namfon Sruangsuda, Yeong Lookyee


To Me It's Simply You sebuah drama komedi mengisahkan Kiew (Nadech Kugimiya) yg pulang ke kampung selepas bertahun tinggal di Bangkok setelah kecewa ditipu kekasihnya.

Kiew seorang pengarah drama yg dalam diam bercinta dengan heroinnya, Alice dan telah membeli rumah sebagai hadiah perkahwinan mereka. tapi lepas tu memang kecewa gila bila dapat tahu Alice bertunang dengan orang lain lagi sedih bila rumah yg dia beli pun hilang sebab dah letak atas nama Alice.

Kiew punya kecewa sampai tak boleh nak kerja last kena buang kerja terpaksalah pulang ke kampung bila duit pun tak ada nak hidup kat bandar.


walaupun berasal dari kampung, Kiew sebenarnya tak suka mengaku dari kampung dan tak pernah balik kampung sejak bersekolah di bandar. kira macam lupa daratan juga.

Kiew kemudiannya terdengar orang kampung bercakap tentang tanah neneknya yg bernilai 30 million so dia merancang nak jual tanah tersebut dan balik semula ke Bangkok. tapi rancangan agak sukar bila dapat tahu yg nenek dia bagi pada Chompoo (Bow Maylada) usahakan tanah tersebut sebagai kawasan pertanian organik tanpa kenakan sebarang bayaran.

Kiew dan Chompoo berkawan baik waktu kecil dulu dan keluarga mereka pun sangat rapat tapi bila dah besar pantang jumpa mesti bergaduh je diorang dua ni.


untuk dapatkan balik tanah tersebut, Kiew terpaksa bersetuju untuk belajar selok belok pertanian dalam masa 7 bulan. kalau lulus semua ujian yg diberikan baru Chompoo bersetuju bagi balik tanah tersebut.

pada awalnya Kiew tak berminat pun nak belajar semua benda ni tapi lepas buat satu kesilapan sampai Chompoo mengamuk barulah Kiew mula serius dengan kerja dia.

daripada benci mulalah Kiew bertambah suka dengan kerja-kerja ladang, paling happy bila dapat tengok tanaman yg dia jaga dan tanam mula berbuah hasil. daripada berlagak macam budak bandar dah boleh bergaul dengan orang kampung dan berkawan baik dengan Yod dan cikgu Richie.


plot drama ni memang simple, banyak tunjuk Kiew yg belajar tentang pertanian daripada tanam padi, berkebun sampailah dapat hasil padi tersebut. 

yg best juga dapat tengok suasana kampung dan penduduk saling membantu. sebenarnya ladang tersebut hasil usaha Chompoo tapi ramai orang kampung yg datang membantu. hasil yg dapat akan dibahagikan kepada penduduk kampung dan selebihnya dijual.

best kot duduk kampung ni, walaupun tak banyak harta tapi makan semua cukup, hati pun senang. habis bekerja boleh duduk melepak sambil makan dan bergosip untuk hilangkan penat. banyak kot scene makan dan festival dalam drama ni.


Chompoo sebenarnya dah lama suka pada Kiew tapi Kiew ni berlagak sangat sampai lupa diri bila duduk bandar. bila bertemu kembali masing-masing memang tak ngam pantang berjumpa mesti bergaduh.

watak Chompoo jenis ganas dan tahu boxing dan Kiew pula jenis lembik sikit dan anak manja. memang kelakar bila tengok diorang dua ni, ada scene Chompoo mengamuk, kesian pula tengok Kiew kena belasah.

bila masing-masing mula berbaik, kelakar pula tengok dorang dok flirt each other. tiap-tiap malam pula tu dating dekat tingkap bilik Chompoo. nasiblah family sporting, kalau duduk kat malaysia dah lama kena tangkap basah..haha


bila tengok trailer To Me, It's Simply You dah tahu drama ni drama komedi tapi tak sangka cerita dia kelakar habis, memang asyik tergelak saja tengok masing-masing punya perangai yg bodoh-bodoh sengal ni

konflik pun tak banyak sangat sebenarnya, yg ada kat hujung-hujung bila tiba-tiba kekasih lama Kiew muncul semula dan terjadi salah faham pula pada Chompoo. nak tahu ending dia macam mana sama ada Kiew akan stay kampung atau balik ke Bangkok kena lah tengok sendiri drama ni.

walaupun jalan cerita dia agak simple tapi sebenarnya banyak mesej menarik yg disampaikan secara santai dalam drama ni.

Post a Comment

6 Comments

  1. Mesti best layan cerita kelakar macam ni. kesian dia kena tipu dan hilang rumah. Balik kampung kena buat benda baru.

    ReplyDelete
  2. ala sweet je dating kat tepi tingkap..heheh okeh masuk wishlist

    ReplyDelete
  3. macam pernah tengok la hero dia. Bersih betul muka supporting cast tu macam ye tak ye je kerja ladang haha

    ReplyDelete
  4. macam best je niiii... nak try tengok jugkla

    ReplyDelete