Review Drama | The Hotel (2021)


Drama : The Hotel
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
Pengarah : Helmi Yusof
Penulis Skrip : Nadia Khan, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan, Michelle Yoon
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 15 September 2021
Episod : 24
Durasi : 45 minit
Pelakon : Mira Filzah, MK K-Clique, Sean Lee, Natasha Elyzza, Farah Ahmad, Eina Azman, Yasmin Hani, Daler Yusof, Alif Hadi, Azhar Amir, Asha Merican, Nabil Aqil, Faha Azhar, Amir Nafis, Uqasha Senrose, Dini Schatzman


The Hotel mengisahkan Raisa (Mira Filzah) yang tinggal bersama ibunya, Maya (Yasmin Hani) di unit penthouse the hotel. Maya selalu sibuk dengan perniagaan butiknya di samping itu selalu meluang masa dengan teman lelaki menyebabkan Raisa kesunyian di rumah.

Raisa rapat dengan Umar (Sean Lee) dan Umairah (Natasha Elyzza) yang juga merupakan anak kawan baik Maya yang juga jiran mereka, Sharifah Hanisa (Farah Ahmad). Umar merupakan sepupu Umairah dan juga anak angkat keluarga Umairah, walaupun mereka berdua rapat seperti adik beradik tapi Raisa tahu yang Umar menyimpan perasaan kepada Umaira.

Suatu hari, muncul penghuni baru bernama Sean (MK KClique) yang memperkenalkan dirinya sebagai pakar bedah dan mampu menjana pendapatan yang lumayan sehingga mampu membeli penthouse di situ. Namun Raisa tidak pernah percaya dengan cerita tersebut tapi tertarik untuk rapat dengan Sean kerana lelaki itu pembohong patologi.


bisnes bapa Umaira mempunyai masalah dan memerlukan pelabur baru untuk menyelamatkan perniagaan keluarga mereka. hal ini juga menyebabkan hubungan Sharifah Hanisa dan Maya renggang apabila Maya tidak dapat membantu. Sharifah Hanisa meminta bantuan Julia (Eina Azma) janda kaya yang baru berpindah ke situ lalu diperkenalkan dengan Tengku Arif.

namun satu persatu masalah menimpa keluarga Umaira apabila ayahnya jatuh sakit, Tengku Arif yang pada mula berjanji untuk melabur mula mengubah fikiran apabila tahu ayah Umaira sakit.

penghuni di situ kemudiannya dikejutkan dengan berita kematian Tengku Arif dan tak lama selepas itu Razul yang merupakan kekasih gelap Maya pula mati lemas di kolam renang hotel tersebut. khabar angin tersebar mengatakan Sean adalah pembunuhnya.


konsep penthouse the hotel nampak tak realistik sebab orang yang tinggal kat situ semuanya keturunan orang kaya ataupun ada kerja dengan gaji yang masyuk, dua darjat sangat hotel ni. kalau aku kan jadi orang kaya, aku tak beli rumah kat situ. dah la tak ada privasi, jiran pula kepochi pastu pekerja hotel pula tak professional langsung.

macam kes Sean, semua orang syak dia adalah pembunuh terus pekerja di situ halang dia guna kemudahan yang ada di situ. apa barang bayar mahal tapi bad service yang kau dapat. pekerja kat situ membawang boleh pula bila customer mengamuk terus nak panggil security. fail betul service kau.

sebenarnya dari awal lagi dah boleh tahu yang Raisa adalah pembunuhnya tapi dia pandai manipulate keadaan. aku tengok drama ni sebab psiko betul watak Raisa kadang curious juga apa benda lagi yang Raisa plan nak buat. walaupun dah bunuh orang tapi Raisa ni boleh relaks buat tak kisah sebab langsung tak ada empati dalam dirinya.


actually pembunuhan yang dibuat oleh Raisa sangat perfect sebab dia pandai merancang dan buat pembunuhan tersebut nampak seperti kemalangan. macam Tengku Arif meninggal kerana serangan asma dan Razul terjatuh dalam kolam renang. so boleh terima alasan kalau polis tak nak teruskan siasatan cuma tak faham kenapa private investigator yang sibuk nak menyiasat kes tersebut.

kes ini boleh je senyap tapi private investigator yang poyo ni, langsung tak ada etika kerja. menyiasat secara terbuka lepas tu soal selidik orang macam menyibuk hal orang. terus tersebar khabar angin ada pembunuh di situ. drama ni bukan drama polis detektif tapi semua orang sibuk nak jadi detektif dan buat teori siapa pembunuhnya.

kalau semua penghuni kat situ tak senang duduk tapi Raisa pula enjoy dengan situasi tersebut. walaupun semua pandang serong pada Sean tapi Raisa makin rapat dengan Sean dan beritahu Sean yang dia adalah pembunuhnya. alasan Raisa simple je sebab mereka berdua menjadi ancaman kepadanya, macam Tengku Arif buat Raisa jadi annoying sebab mengungkit pasal ayah dia dan Razul pula dah nampak bukti penting dan cuba beritahu kepada Maya.

walaupun dah tahu pembunuh sebenar, Sean menyimpan rahsia Raisa dan menasihatkan Raisa supaya behenti melakukan jenayah. Namun kehadiran Tengku Adam (Amir Nafis) menggangu Raisa apabila mengetahui Tengku Adam mahu menyiasat kematian adiknya, Tengku Arif. Tengku Adam semakin rapat dengan Maya dan memberitahu Raisa mungkin saspek utama. hal ini menyebabkan Raisa mula membuat rancangan untuk membunuh Maya dan Tengku Adam.

 
lakonan MK not bad tapi belum cukup bagus untuk bawa utama sebab peranan sebagai kaki kelentong tak cukup menyakinkan. bila buat watak Sean yang pathology liar yang sanggup buat apa sahaja demi cinta termasuk melindungi Raisa oh please lah kau sanggup butakan hati padahal dah tahu orang tu dah bunuh ramai orang. tak risau ke akan ada lagi mangsa Raisa selepas itu.

bila tengok drama ni rasa macam undang-undang tak wujud sebab tak ada siapa pun nak report polis walaupun dah tahu siapa pembunuhnya. Tengku Adam yang dah upah penyiasatan cari pembunuh tapi tak serahkan bukti kat balai polis end up nak balas dendam sendiri. seriusly aku stress giler melayan drama ni dengan plot yang dragging memang penat juga nak habiskan 24 episode. empat episode akhir sebenarnya pengenalan kepada Dr Firhani (Uqasha Senrose) yang menjadi watak baru untuk The Hotel 2: Jiwa Yang Kau Puja.

drama ni sebenarnya nak mengangkat tentang isu kesedaran mental tentang psiko yang wujud dalam kalangan kita tapi apa penyelesaiannya kepada isu mental Raisa. biarkan sahaja dia menggila dengan membunuh dan terbunuh atau temukan cinta sejati dengan Sean?

overall, banyak kelemahan pada jalan cerita drama ni tapi tak nafikan tarikan utama drama The Hotel adalah watak Raisa yang psiko dan watak ni juga sangat strong bukan tipikal drama melayu punya heroin, lakonan Mira Filzah sebagai Raisa sangat mantap. ending dia tak tahu nak cakap unpredictable ke tidak sebab aku dah ternampak spoiler dia so tak terkejut sangat bila berakhir begitu.

tak tahu nak tengok ke tidak yang musim kedua sebab yang first ni pun aku rasa macam nak menggila sekali tengok perangai orang psiko dalam drama ni..

Post a Comment

9 Comments

  1. Rasa macam serabut kalau tengok.

    ReplyDelete
  2. Ingatkan hotel del luna versi melayu

    ReplyDelete
  3. patut orang kata macam campuran k-drama hotel del luna dan penthouse. tema pasal penyakit mental ni menarik dan ada potensi sbb kesedaran kita pasal tu makin tinggi sekarang. tp plot cerita boleh dimantapkan lagi tu. pening juga baca alirannya dari pengalaman TS. kalau saya tengok mau drop terus 😅

    ReplyDelete
  4. 24 episod...dgn plot dragging..letih minda..

    ReplyDelete
  5. tengok trailer macam tak menarik tambah pulak bila Mira Filzah yang jadi heroin sebab dalam trailer pun dia nampak canggung

    ReplyDelete
  6. pelakon best2 boleh la tgk nanti

    ReplyDelete
  7. wahh rajinn review drama the hotel nih.,. ingtkan cerita hantu .,. hehehe

    ReplyDelete
  8. Drama best tak cliche tapi macam ada yang kurang kemas. Layan je, musim 2 baru layan 1 episode. Lagi haru tengok musim 2 ni.

    ReplyDelete