Review Movie | Midnight (2021)


Title : Midnight
Director : Kwon Oh Seung
Screenwriter : Kwon Oh Seung
Network : iQiyi
Release Date : 30 June 2021
Duration : 1 hour 43 minutes
Cast : Jin Ki Joo, Wi Ha Joo, Park Hoon, Kil Hae Yeon, Kim Hye Yoon


Midnight mengisahkan dua beranak yang kurang upaya menjadi target pembunuh bersiri yang psiko.


Kyung Mi (Jin Ki Joo) bekerja di bahagian call center dan tinggal dengan emaknya (Kil Hae Yoen), mereka berdua berkomunikasi dengan bahasa insyarat sebab tidak dapat mendengar dan bercakap tapi Kyung Mi boleh faham dengan baca bibir orang.

Suatu malam sewaktu pulang dari kerja, Kyung Mi drop emaknya di tepi jalan sementara mencari tempat letak kereta. waktu nak pergi ke tempat emak dia menunggu, Kyung Mi terjumpa So Jung (Kim Hye Yoon) yang cedera parah tapi belum sempat membantu, Kyung Mi terpaksa lari menyelamatkan diri kerana dikejar pembunuh tersebut.


modus operasi pembunuh ni mudah sahaja, mencari mangsa di kawasan yang sunyi tapi yang menakutkan apabila pembunuhnya talam dua muka. selepas melakukan pembunuhan, Do Shik (Wi Ha Joon) akan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis dan berlakon seolah-olah dia orang pertama menemui mangsa pembunuhan tersebut.

dalam kes dua beranak ini, Do Shik sebenarnya target mak Kyung Mi tapi So Jung kebetulan muncul di kawasan tersebut jadi Do Shik menyerang So Jung terlebih dahulu tapi belum sempat nak bergerak ke mangsa seterusnya, Kyung Mi sudah muncul dan menganggu rancangannya.


apa yang menakutkan apabila Kyung Mi dan emaknya membuat laporan polis, Do Shik tiba-tiba muncul beritahu tengah mencari adiknya yang hilang. Kyung Mi pun percaya yang gadis dia jumpa tu adik Do Shik tapi bila polis periksa tempat kejadian langsung tak jumpa mangsa.

dalam keadaan panik tak bolehkan salah Kyung Mi juga bila pembunuh yang kejar dia pakai mask tapi mak Kyung Mi punya instinct dari awal lagi sangat kuat. bila ternampak telefon milik gadis tersebut, mak dia cuba beritahu Kyung Mi menggunakan bahasa insyarat. Do Shik macam tahu saja rahsia dia dah terbongkar terus dia ugut mak Kyung Mi. apa yang menakutkan benda ni terjadi dalam balai polis.


filem Midnight sebenarnya nak highlight tentang orang kurang upaya yang menjadi mangsa diskriminasi dan suara mereka tidak dihiraukan, benda ni mungkin realitinya berlaku  tapi dalam movie aku rasa macam nak maki dengan sistem polis yang terlampau lemah.

pihak polis dalam ni macam tak ambil serius handle kes ini dan mereka pun tak percaya dengan Kyung Mi sebab tak jumpa mangsa kejadian. polis lebih sibuk pasal orang mabuk sampai tak perasan Do Shik curi tengok alamat tempat tinggal Kyung Mi dan langsung tak sedar Kyung Mi dan emaknya kena ugut dalam balai.


durasi filem ni agak panjang bagi aku sebab yang banyak scene Kyung Mi dikejar pembunuh. disebabkan pengarah sibuk nak higlight tentang suara orang kurang yang tidak dihiraukan, banyak lah benda yang aku menyampah dan rasa macam bodoh sangat dalam cerita ni. takkan dalam ramai manusia yang Kyung Mi bertembung waktu lari dari Do Shik, seorang pun tak boleh baca dan pelik dengan situasi tersebut.

tapi point yang bagus, mood filem ni betul-betul thrill habis sampai tak senang duduk dari awal sampai habis, kalau ada kat tempat Kyung Mi pun boleh rasa frust giler dengan perangai manusia yang ada. 

lakonan Wi Ha Joo pun sangat bagus, kalau dalam Squid Game bukan main ramai suka dengan watak dia tapi dalam filem Midnight ni sangat menakutkan, sudahlah bunuh orang lepas tu boleh pula tayang muka innocent pula depan orang.

Post a Comment

5 Comments

  1. menyampah kan bila masuk second half tapi gigil bila saiko tu pergi rumah diorang. Nasib baik la ada sound detector tu untuk bantu Kyung Mi.

    ReplyDelete
  2. takotnya nak tgk...emosi habis tgk cerita ni..kne tgk waktu siang la haha

    ReplyDelete
  3. Movie Korea kalau kisah pembunuhan dan penyiasatan ni menarik. Tapi ending kadang spoil. Tu yang malas tengok tu kadang. Tapi tengok juga kalau dah best. Baik, nak bookmark nanti boleh tengok. Movie ni laju sikit mood nak tengok.

    ReplyDelete
  4. realiti mmg ada. diskriminasi terhadap OKU ada di mana2. bagus usaha pengarah ni sbb mengenangahkan kisah sebegini

    ReplyDelete