Legend of the Female General (2025) | Review Chinese Drama

 Legend of the Female General (2025) | Revew Chinese Drama

Title : Legend of the Female General
Director: Jeffrey Chiang
Screenwriter: Chang Ye, Feng Shu Wen
Genres: Historical, Romance
Episode : 36
Duration : 40 minutes
Cast : Zhou Ye, Ryan Cheng, Zhang Ka Le, Zhang Miao Yi, Li Qing, Bai Shu

To protect her family's noble title, He Yan, the eldest daughter of the He family, is forced to don a mask and pose as the family's eldest son, "He Ru Fei." As a young girl, He Yan first meets the brilliant scholar Xiao Jue at Xianchang Academy. Determined to escape her family's fate, she leaves the academy and heads to the battlefield. Years later, He Yan returns home as a celebrated hero, only to be betrayed by her family when her brother He Ru Fei reappears. Surviving the treachery, He Yan assumes a new identity as He Yan, the daughter of a city gate officer, and disguises herself as a man to join the military in Yezhou, vowing to reclaim everything that was taken from her.

Legend of the Female General (2025) | Review Chinese Drama

Dari kecil lagi, He Yan (Zhao Ye) dipaksa untuk menggantikan tempat abang tirinya, He Ru Fei yang sakit dan dikatakan takde harapan demi menjaga nama dan maruah keluarga bangsawan mereka. He Yan dipaksa untuk memakai topeng untuk menyembunyikan identitinya. Dengan usaha dan kerja kerasnya, He Yan berjaya menjadi panglima perang yang hebat dan mendapat gelaran General Fei Hong.

Namun dalam sekelip mata dia hilang semuanya apabila abang tirinya tiba-tiba muncul dan mahu mengambil semula tempatnya. He Ru Fei ni memang kejam, dia racun He Yan sampai buta pastu upah orang bunuh He Yan supaya rahsianya tidak terbongkar.

Tapi He Yan dapat menyelamatkan diri, bila dah pulih dia join tentera Xiao Jue dengan misi tersendiri iaitu untuk bantu Xiao Jue bersihkan nama keluarganya dan seterusnya jadi panglima perang dan claim balik hak dia dari He Ru Fei.

Legend of the Female General (2025) | Review Chinese Drama

Xiao Jue atau General Feng Yun (Ryan Chen) belajar di akademi yang sama dengan He Ru Fei dan mereka juga rakan seguru sebab Ru Fei ni berguru dengan bapa dia. Konflik terjadi apabila bapa Ru Fei terkorban dan satu peperangan, Xiao Jue pula menyalahkan Ru Fei sebab lambat datang beri bantuan. 

pastu semua pembesar berkomplot jatuhkan bapa dia kononnya bapa dia gila perang sampai sanggup korbankan bala tentera sendiri. Ru Fei (time ni abang tiri He Yan) bagi statement yang tak menyebelah bapa dia so Xiao Jue memang berdendam habis dengan Ru Fei sebab tak sangka Ru Fui khianat guru sendiri tanpa tahu identiti sebenar Ru Fei. Untuk membersihkan nama keluarganya, Xiao Jue rela dihukum di hantar ke sempadan dengan kuasa dan tentera yang terhad menyebabkan dia terpaksa rekrut tentera baru.

Dalam tentera baru, Xiao Jue curiga dengan He Yan sebab dia boleh nampak He Yan ada skill berlawan yang bagus dan macam pernah jadi tentera sebelum ni. Sampailah satu tahap dia dapat tahu He Yan ni sebenarnya perempuan so dia makin curious apa motif dan rahsia perempuan ni.

Hubungan Xiao Jue dan He Yan makin lama makin baik dan Xiao Jue mula percayakan He Yan. tapi apa yang berlaku bila Xiao Jue dapat tahu yang He Yan ni adalah He Ru Fei.

Legend of the Female General (2025) | Review Chinese Drama

Orang jahat dalam drama ni sebenarnya Perdana Menteri Xu Jing Fu, kalau ada orang lain yang ada pengaruh kuat dan bagi ancaman kat dia so dia akan hapuskan individu tersebut. 

Zi Lan (Zhang Ka Le) anak murid Xu Jing Fu, dia akan buat apa sahaja untuk kipas tok guru. Zi Lan tahu semua kerja jahat Xu Jing Fu dalam masa yang sama dia kumpul bukti juga untuk perlindungan pada masa depan.  Zi Lan secara tak sengaja bertemu He Yan ketika He Yan merantau nak pergi rekrut jadi tentera Xiau Jue pastu dia dapat tahu yang He Yan ni perempuan. pastu terjatuh hati dengan He Yan.

Watak Zi Lan kadang nampak macam baik kadang nampak macam jahat, dia ni sebenarnya jenis yang nampak mana ada keuntungan, dia akan ambil peluang tersebut. gitulah..

Legend of the Female General (2025) | Review Chinese Drama

He Ru Fei jenis yang bangsat juga. He Yan dari kecil didera dan dipaksa untuk mengambil alih tempat dia sebagai anak lelaki, bayangkan macam mana He Yan bekerja keras dari bawah sampailah berjaya jadi panglima perang yang hebat tup-tup mamat ni muncul nak claim semua benda yang atas nama dia. senang betul kerja.

Sebelum munculkan diri, Ru Fei mula berhubung dan bekerjasama dengan Xu Jing Fu untuk hapuskan bapa Xiao Ju dan He Yan. tapi itulah kalau jenis yang fake memang fake juga..

Legend of the Female General (2025) | Review Chinese Drama

Plot dan jalan cerita Legend of The Female General menarik dan yang best lagi bila watak utama dia sangat strong dan ada chemistry yang bagus. kat hujung-hujung tu macam sedih juga sebab banyak juga halangan untuk mereka berdua bersama tapi last sekali happy ending.

Post a Comment

0 Comments