Pantaskah Aku Berhijab (2024) | Review Movie

Pantaskah Aku Berhijab (2024) | Review Movie

Title : Pantaskah Aku Berhijab
Director : Hadrah Daeng Ratu
Writer : Cassandra Massardi
Release Date : 21 November 2024
Cast : Nadya Arina, Bryan Domani, Nadzira Shafa, Dini Aminarti, Tike Priatnakusumah, Cakrawala Airawan

Growing up without a father figure makes Sofi's life lose direction. She is trapped in a toxic relationship and faces the bitter reality that made her career fall apart. But she has to keep fighting for herself and her family.

Pantaskah Aku Berhijab (2024) | Review Movie

Sofi terpaksa melepaskan impiannya menjadi seorang model apabila disahkan mengandung, yang lebih pedih bila kekasihnya, Guntur tidak mahu bertanggungjawab. Sofi hampir sahaja hilang kewarasan menggugurkan kandungannya namun ibunya menghalang perkara tersebut.

Walaupun ibunya memberi sokongan untuk dirinya, Sofi sedar yang dia perlu keluar mencari kerja untuk menanggung keluarganya.

Pantaskah Aku Berhijab (2024) | Review Movie

Sofi diterima bekerja di sebuah butik hijab kerana Mirna, anak kepada pemilik butik tersebut, Ibu Tika terhutang budi pada Sofi kerana Mirna dapat menjadi model gara-gara Sofi menarik diri di saat akhir.

Dengan idea bernas Sofi untuk menggunakan platform media sosial sebagai marketing, bisnes Bu Tika semakin maju dan laku keras. Bu Tika meminta Sofi untuk memakai hijab dan menjaga imej butiknya padahal time ni Sofi serba salah serba terpaksa menyembunyikan kandungannya. Sofi setuju dengan syarat tersebut walaupun pada mulanya dia rasa berat hati untuk mengenakan hijab secara terus.

Kalau Bu Tika mengetahui siapa sebenarnya Sofi, adakah mereka dapat menerima dirinya?

Pantaskah Aku Berhijab (2024) | Review Movie

Suatu hari, Sofi diperkenalkan kepada Bahar, supplier Bu Tika yang nampak sangat tertarik nak berkenalan dengan Sofi. Baru je kenal tiba-tiba Bahar melamar Sofi. Sofi pun terus terima sebab memikirkan anak dalam kandungannya.

Ingatkan boleh bahagia rupa-rupanya Bahar ni pun jenis tak guna. dah la time kahwin tu boleh cakap suruh nikah dulu tanpa dokumen then kantoi bila bini datang serang sampai viral kes Sofi ni.

Baca juga:

Pantaskah Aku Berhijab (2024) | Review Movie

Kesian juga dengan Sofi, mudah sangat percaya dengan janji lelaki sampai tergadai body. pergi mengadu kat bapa sendiri ingatkan boleh protect dirinya tapi sama juga, bapa pun jenis tak guna. tapi itulah yang baik ada depan mata pergi friendzone pula.

Actually Sofi ni beruntung sebab ibu dan kawan, Aqsa (Bryan Domani) yang sentiasa ada disisinya ketika susah dan senang. Aqsa tak pernah tinggalkan Sofi dan selalu protect Sofi tapi itulah Sofi ni selalu buat keputusan yang salah. yang depan mata yang baik tu tak nampak, yang jahat juga kau pilih. Kesimpulannya, hargailah orang yang menghargai diri kau.

Post a Comment

0 Comments