Movie | A Perfect Fit (2021)


Movie : A Perfect Fit

Country : Indonesia
Director : Hadrah Daeng Ratu
Network : Netflix
Release Date : 15 July 2021
Duration : 1 hour 52 minutes
Cast : Nadya Arina, Refal Hady, Giorgino Abraham, Anggika Bolsterli, Laura Theux


A Perfect Fit mengisahkan Saski (Nadya Arina) seorang fashion blogger  yang akan melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Deni (Giorgino Abraham), anak hartawan di Bali.

Suatu hari, ada fortune teller (Christine Hakim) memberitahu Saskia yang dia akan berjumpa jalan baru dan kawan baiknya, Andra (Laura Theux) yang akan menjaga jalan hidupnya.


atas desakan Andra, Saskia mencuba juga saranan fortune teller tersebut lalu membawa dia ke sebuah kedai kasut milik Rio (Refal Hady). kebetulan pula Saskia tengah mencari kasut untuk dipakai ke majlis hari jadi Deni pada malam itu.

Saskia mengalami nasib malang pada hari tersebut apabila Rio tertukar kasut yang dibelinya, Saskia terpaksa patah balik tapi bajunya pula kotor bila tersimbah cat. dah sampai majlis Deni, kena marah pula lepas tu Deni tak habis tuduh Saskia curang di depan orang ramai.


Keluarga Deni dan Saskia berpegang kuat pada adat Bali, dari awal dah banyak hint yang beritahu mereka bukan pasangan serasi lepas tu dengan perangai Deni yang panas baran. jenuhlah nak cari 118 sumber air asli dari tempat yang berbeza nak bagi tarikh lahir mereka matching.

Hidup itu banyak pilihan tapi Saskia asyik cakap dia tiada pilihan bila banyak terhutang budi pada keluarga Deni yg membayar kos perubatan ibunya. takkan sebab terhutang budi sanggup nak telah sahaja semua perangai buruk Deni, itu sebelum kahwin kalau selepas kahwin tak tahu apa lagi si Deni boleh buat.


boleh nampak yang Saskia sangat selesa berkawan dengan Rio sejak pertama kali mereka berjumpa, mereka juga minat yang sama pada fashion dan kasut.

lagipun Rio ni sangatlah gentleman, susah nak tengok dia marah walaupun Saskia datang serang dia sampai masuk hospital dan buat dia tertunggu seharian. siapa yang tak jatuh cinta dengan lelaki macam Rio.


chemistry antara Saskia dan Rio sangat bagus dalam movie ni tapi itu tak cukup bagus untuk jalan cerita yg aku rasa sangat flat, tak sampai half tonton movie dah rasa bosan dan watak Rio tak dikembang dengan baik.

permulaan cerita nampak Rio lelaki yg perfect untuk Saskia, masalahnya tak faham kenapa Rio terima lamaran Tiara (Anggika Bolsterli). adakah keranan ibunya mendesak atau kecewa bila Saskia memilih Deni? walaupun perangai Tiara sangat annoying tapi betul juga cakap Tiara kenapa Rio tak cakap apa-apa dan bersetuju dengan perancangan keluarga mereka.


dengan durasi dua jam tu terasa sangat panjang untuk habiskan movie ni dengan jalan cerita yang agak hambar. tapi satu tarikan movi A Perfect Fit bila banyak tunjuk adat dan kebudayaan yang masih lagi dikekalkan di Bali selain daripada pemandangan yang cantik di sekitar Bali.

Post a Comment

3 Comments

  1. ada tgk iklan filem ni.. cute je hahaha tp blm smpt tgk lagi.. soon insyallah :)

    ReplyDelete
  2. Tengok poster saya ingatkan Thailand rupanya Indo. Happy ending ni seperti tajuknya perfect :)

    ReplyDelete
  3. Baru tengok trailer kat Netflix. Tapi tak menarik minat pulak nak tengok. Hehe

    ReplyDelete