Title : The Best Thing
Director : Randy Che
Network : iQiyi
Episodes : 28
Duration : 45 minutes
Cast : Zhang Ling He, Xu Ruo Han, Caesar Wu, Wang You Jun, Huang Can Can
SINOPSIS:
Hotel manager Shen Xi Fan, a workaholic suffering from insomnia and migraines, seeks help from Chinese medicine doctor He Su Ye. Despite her forgetfulness in taking medicine, their interactions grow beyond a doctor-patient relationship when they realize they live in the same community. Both scarred by past love, they slowly open their hearts. As He Su Ye rediscovers love, his dedication to medicine helps Shen Xi Fan find herself and her true match.
The Best Thing mengisahkan Shen Xi Fan (Xu Ruo Han) yang mengalami imsonia cuba mendapatkan rawatan chinese traditional dengan Doktor He Su Ye (Zhang Ling He).
Shen Xi Fan sangat sibuk dengan kerjayanya sebagai front dest manager di sebuah hotel terkemuka selain mempunyai masalah dengan teman lelakinya yang banyak menganggu masalah tidurnya.
Hubungan Shen Xi Fan dan He Su Ye pada mulanya sekadar doktor dan pesakit tapi kemudiannya mereka semakin rapat apabila sering bertemu kerana tinggal di kawasan perumahan yang sama.
Shen Xi Fan berkenalan dengan Yan Heng (Caesar Wu) dari universiti dan bercinta selama 7 tahun. Mereka bercinta jarak jauh sebab kerjaya masing-masing tapi Shen Xi Fan banyak menderita dalam hubungan tersebut
Yan Heng ni agak selfish juga sebab dia langsung tak support kerjaya Shen Xi Fan pastu bila Shen Xifan cakap nak sambung balajar pun dia bangkang suruh duduk rumah je lepas kahwin. Pastu tak ada angin tak ribut terus senyap then tiba-tiba cakap nak putus melalui mesej dan palau Xi Fan tanpa sebarang penjelasan.
Dalam tempoh tersebut, Shen Xi Fan sangat kecewa bila Yan Hen cakap nak putus pastu terus tak dapat dihubungi untuk dia dapatkan penjelasan. tapi slowly Xi Fan berjaya juga untuk move on tapi itulah bila dah move on tiba-tiba mamat ni muncul balik cakap nak kahwin, bila Xi Fan tak layan dia buat perangai gila dia..hurmmm..
He Su Ye dari pertama kali bertemu Shen Xi Fan dah terjatuh cinta dengan gadis tersebut. Pastu kawan frust juga bila tahu Xi fan dah ada boyfriend tapi bila tahu Xi Fan putus, dialah yang paling happy dan cuba mengorat Xi Fan.
At first, Xi Fan takut nak terima Su Ye sebab dia ada impian nak sambung belajar so dia takut Su Ye tak boleh tunggu dia plus Xi Fan agak trauma dengan hubungan cinta jarak jauh. tapi lepas tu baru dia sedar dia bahagia bila Su Ye ada di sisinya. Lagipun Su Ye sentiasa support semua impian Xi Fan.
drama ni macam healing juga walaupun romance dia macam slow sikit nak tunggu mereka bercinta tapi comel je tengok mereka berkenalan, berkawan then bercinta.
drama ni banyak fokus pada kerjaya He Su Ye sebagai doktor traditional chinese medicine dan modernn dan juga Shen Xi Fan sebgai pengurus di sebuah hotel ternama. Walaupun sibuk dengan kerjaya masing-masing tapi yang paling penting semua benda akan jadi smooth bila dapat pasangan yang memahami dan sentiasa bagi sokongan dengan kerjaya dan impian pasangan mereka.
0 Comments