Marry My Husband (2025) | Review Drama

 Marry My Husband (2025) | Review Japanese Drama

Title : Watashi no Otto to Kekkon Shite
English Title : Marry My Husband
Director : Ahn Gil Ho
Network : Prime Video
Release Date : 27 June 2025
Episodes : 10
Duration : 60 minutes
Cast : Fuka Koshiba, Takeru Satoh, Yu Yokoyama, Sei Shiraishi, Tomoko Tabata, Reina Kurosaki, Ryuya Shimekake

The protagonist Kanbe Misa, who has always lived a life of a "supporting character" because she is too kind and always puts others first, believes in her best friend and husband and continues to do her best, but she loses her life due to their betrayal. However, she suddenly realizes that she has traveled back in time to 10 years ago. Misa plans revenge to ruin her former best friend and husband, but her encounter with Suzuki Wataru, a department manager with whom she had no connection in her first life, brings about a new change in Misa's heart as she seeks revenge...


Marry My Husband (2025) | Review Japanese Drama

Diadaptasi dari webtoon terkenal 'Marry My Husband' mengisahkan Misa Kanbe (Fuka Koshiba) yang menghidap kanser tahap akhir dapat tangkap suaminya, Tomoya Hirano (Yu Yokoyama) curang dengan kawan baiknya, Reina Esaka (Sei Shiraishi). Paling sadis bila dia mati ditangan mereka berdua.

Misa dapat menggembara ke masa lalu, 10 tahun yang lepas, di mana dia belum lagi berkahwin dengan Tomoya. Misa menggunakan peluang kedua untuk mengubah takdirnya supaya tidak terjebak lagi dengan perkahwinan yang penuh toksik.

Apa yang berlaku tetap berlaku, Misa sedar tak mudah untuk dia mengubah apa yang berlaku pada masa lalunya kecuali kalau ada seseorang yang menggantikan tempat dia. So, Misa dapat idea untuk satukan Tomoya dengan Reina lagi pula si Tomoya ni pun curang dengan Reina so apa salahnya Reina yang mengambil tempat dia dan menjadi isteri kepada lelaki tak guna ni.

Marry My Husband (2025) | Review Japanese Drama

Misa dan Reina berkawan dari kecil lagi. Reina ni jenis tak boleh tengok Misa lebih daripada dia dan Misa pula jenis yang naif lagilah senang dia nak membuli.

Stok teman lelaki dia sume yang kaya so Tomoya ni bukan masuk dalam list dia. Dia pernah cuba nak mengorat Wataru Suzuki (Takeru Satoh) sebab nampak Misa rapat dengan Suzuki tapi kena reject terus member bengang. pastu dia tak puas hati tengok Misa happy dan bila tahu Tomoya ada buat pelaburan yang besar terus dia tertarik nak sondol Tomoya dari Misa.

Marry My Husband (2025) | Review Japanese Drama

Tomoya sejenis lelaki tak guna, dia couple dengan Misa pun sebab Misa ni naif so senang dia nak control everything. lagi satu sebab Misa jadi sumber kewangan dia juga sebab mamat ni suka main saham, untung takde hutang je banyak.

Marry My Husband (2025) | Review Japanese Drama

Suzuki pula crush dengan Misa dari universiti lagi tapi Misa tak pernah perasan pun kewujudan dia. pastu mereka bertemu semula apabila Misa bekerja di syarikat keluarga dia.

Suzuki ni pun time travel dari masa depan, dia melihat sendiri Misa mati depan mata dia dan menyesal sebab tak pernah ada keberanian untuk tegur Misa sebelum ni. Jadi bila dapat kembali ke 10 tahun yang lalu, Suzuki mengambil peluang untuk rapat dengan Misa dan melindungi Misa dari sebarang ancaman bahaya.

Adakah Misa dan Suzuki berjaya mengubah takdir mereka?

Marry My Husband (2025) | Review Japanese Drama

Aku dah tengok versi korea punya tapi tengok sekerat je dan tak tahu ending dia macam mana. apa yang boleh komen versi korea dan jepun ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Dari segi casting, paling suka versi jepun sebab hero dia Takeru Satoh kot wajiblah tengok dan cast yang lain pun best tapi yang korea ni aku tak boleh nak masuk tengok Na In Woo dan Yi Kyung berlakon pastu muncul pula Boa yang hurmm entahlah rasanya Boa ni patut stay sebagai penyanyi je. aku pun tak tahu macam mana Boa boleh tersesat dalam drama ni pula.

Marry My Husband (2025) | Review Japanese Drama

jalan cerita Marry My Husband versi jepun ni pun best dan tak meleret tapi in term of revenge rasanya tak sampai sebab baik sangat. kalau tengok scene revenge yang korea punya tu serius kau rasa puas giler bila heroin balas dendam part Reunion dengan wedding tu. 

tapi yang ni setakat dia reveal je apa yang si Reina tu buat takde kawan-kawan diorang nak balas ke apa pastu last-last Reina pula menggila nak balas dendam dekat Misa. so kesimpulan versi ni lebih kepada balas dendam cara sopan dan baik.

Baca juga:

Marry My Husband (2025) | Review Japanese Drama

yang versi korea aku tak tengok habis so curious juga dengan ending sebab takut ending dia sedih. sis trauma sikit dengan ending drama jepun ni..haha

tapi toward the end agak stress juga sebab tengok Tomoya dan Reina menggila. hurmm diri sendiri yang problem nak salahkan orang pula. kesian juga sebab mereka dua ni dok target Misa tapi Suzuki cuba selesaikan dengan cara tersendiri. part ni macam sedih juga nasib baik Misa tahu apa yang Suzuki nak buat dan dah tentu dia cuba menghalang. ending cite ni tak cringe dan sangat comel.

kesimpulannya, nak buat baik tu biar bertempat sebab ada orang yang suka menggunakan kebaikan diberi dengan mengambil kesempatan so adakalanya kita kena jadi selfish juga dan bahagia dengan pilihan yang kita buat. 

Post a Comment

0 Comments