Kapten Shiraz, Callsign: Robot by Suri Mohamad | Ebook Review

 Kapten Shiraz, Callsign: Robot by Suri Mohamad | Ebook Review

Tajuk : Kapten Shiraz, Callsign: Robot
Penulis : Suri Mohamad
Mukasurat : 401
Penebit : Raisyas Azliey Publication
Terbitan : 2025

Fatima dan Shiraz dah kenal dari kecil lagi sebab bapa mereka sepupu. Fatima ni agak manja, anak bongsu kan, bapa pula kaya memang sangat protective habis dengan anak perempuan. Dari kecil Fatima selalu nak berkepit dengan Shiraz tapi Shiraz malas nak layan budak kecil ni.

Apabila dewasa, mereka bertemu semula dan Shiraz ikut sahaja permintaan ibunya yang nak dia berkahwin dan Fatima yang menjadi calon pilihan ibunya. Mereka pun berkahwin.

Walaupun Fatima ni masih muda tapi banyak benda yang dia cuba belajar plus belajar buat kerja rumah dan memasak untuk Shiraz sebab sebelum ni dia tak pernah buat semua itu sebab ada bibik kan. nampak matang tang situ tapi ada kalanya Fatima ni manja dah nak perhatian lebih dari Shiraz. Shiraz ni pun melayan je perangai isterinya yang comel dan manja ni.

Biasalah dalam perkahwinan ada je pasang surut tapi konflik yang berlaku merapatkan lagi hubungan mereka. aku pun tak tahu nak komen apa lagi ebook ni sebab cerita dia simple dan pendek je. Kalau nak baca cerita yang santai bolehlah try baca Kapten Shiraz.

**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐/5 **



Kapten Shiraz, juruterbang tempur dengan callsign Robot. Gelaran untuk dia yang susah nak tunjuk perasaan, bukan kerana canggih macam teknologi. Nak suruh dia pandang perempuan pun payah, apatah lagi nak bercinta.

Bagi dia, lebih senang uruskan simulator dan misi udara dari berdepan dengan emosi manusia. Sampai lah ibu, Puan Shazia terpaksa carikan dia jodoh. Mana tak nya, nombor telefon kawan perempuan pun tak ada. Yang ada cuma cik kerani, senang nak update cuti.

Fatima, si gadis manja. Bahasakan diri pun ‘kita’. Pertemuan dengan Fatima, di hari terbuka tentera udara, adalah detik ulangan. Tapi itulah, Kapten Robot ni mana punya perasaan, jadi dia langsung tak ingat siapa Fatima.

“Awak duduk diam-diam. Jangan sentuh throttle tu.” - KAPTEN SHIRAZ

“Yang ni ke? Ooopss!” - FATIMA

Bila dijodohkan, Shiraz reda. Fatima pula terlebih teruja, dia dah simpan Shiraz dalam hati sejak zaman sekolah lagi. Walau dia tahu, dia bukan calon isteri sempurna.

“Okey, kita nak buat pengakuan. Kita tak pandai masak, tak biasa buat kerja rumah, kita tak tahu banyak benda dari tahu.” - FATIMA

“Ya, dah boleh agak.” - KAPTEN SHIRAZ

Namun, Shiraz tetap melayan. Lebih-lebih lagi bila Fatima tunjuk usaha untuk menjadi isteri yang terbaik. Tanpa sedar, si Kapten Robot ni makin lama makin… ‘rosak’!

“Seriuslah Kapten Robot bagi arahan tu dekat Fatima? Aih, kita pulak blushing.” - JAY; RAKAN SEPASUKAN

Menjadi isteri seorang pegawai tentera mungkin nampak gah, tapi hakikatnya tak semuanya indah.
Fatima harap Kapten Shiraz faham yang dia sunyi bila kerap kena tinggal. Kapten Shiraz pula mahu Fatima mengerti yang tugas dia perlu utamakan negara lebih dari yang lain.

Mampukah mereka untuk saling mengerti dan memahami? Atau tegar untuk mengalah hingga menggores ego sendiri?

Post a Comment

0 Comments