Thariq Ridzuwan: His Treasure (Astro) | Sinopsis Drama

Thariq Ridzuwan: His Treasure (Astro) | Sinopsis Drama

Thariq Ridzuwan: His Treasure merupakan drama romantik yang mengangkat tema cinta, kesetiaan dan penebusan. Ia mengisahkan seorang anggota elit yang kembali demi menyelamatkan cinta pertamanya daripada perkahwinan paksa, mencetuskan konflik emosi dan ancaman dari masa silam. 

Diadaptasi daripada sensasi online dengan lebih 10 juta bacaan dan novel laris, drama ini dibintangi Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes dan ramai lagi. 

Lebih istimewa, ia turut menampilkan ALPHA, kumpulan lelaki pertama Astro, menerusi runut bunyi rasmi bertajuk ‘P.Ramlee dan Saloma’ dan juga Hael Husaini yang bertajuk ‘Alangkah’.

Thariq Ridzuwan: His Treasure (Astro) | Sinopsis Drama

Produksi : MIG Production Sdn Bhd
Pengarah : Eyra Rahman
Info siaran : Bermula 23 Julai 2025, setiap Rabu & Khamis, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104)

SINOPSIS THARIQ RIDZUWAN: HIS TREASURE

Thariq, seorang ejen elit, sanggup mempertaruhkan segalanya demi menyelamatkan Radwa, bekas kekasihnya yang dipaksa berkahwin oleh ibunya sendiri. Mereka akhirnya bersatu namun hubungan mereka diuji dengan cemburu, trauma silam, tekanan keluarga dan tragedi yang hampir meragut segalanya. 

Saat Radwa disahkan hamil, harapan kembali menyinar tetapi kemunculan lelaki misteri dari masa lalunya sekali lagi menguji cinta mereka. Dalam perjuangan melawan masa silam dan ancaman baharu, Thariq dan Radwa berpegang pada cinta demi melindungi keluarga mereka.

Post a Comment

0 Comments