Tajuk : Sweet Sour
Penulis : Nasz
Penerbit : Idea Kreatif Publication
Mukasurat : 658
Terbitan : 2024
Dari tahun lepas lagi nak beli novel ni tapi tahun ni baru dapat beli. actually aku lagi suka cover softcover dia tapi time nak beli haritu yang hardcover ni ada offer lagi murah so terbeli lah versi hardcover hitam yang tebal mcam kamus ni. Novel Sweet Sour diterbitkan pada tahun 2010, yang ini versi revamp tapi aku tak baca versi lama so tak tahu ada beza ke tidak versi lama dan baru ni.
Sweet Sour mengisahkan Alia yang berkawan dengan Zarul dari zaman universiti. Tujuh tahun susah senang bersama tapi masalahnya tak pernah declare mereka ni sekadar sahabat atau kekasih tapi masing-masing ada perasaan gitu so macam teman tapi mesra. tak ada angin dan ribut tup-tup Zarul bagi kad kahwin nak kahwin dengan sepupu dia, Suraya.
ahh sakit dan kecewanya Alia waktu tu tapi terpaksa berlakon yang dia ok je depan keluarga dan kawan-kawan padahal semua tahu betapa rapatnya Alia dengan Zarul ni. Dalam tengah kecewa itulah Zarul pinangkan Alia untuk abangnya, Faizul@Joe dan Alia pun terima.
Dalam tempoh Alia berkawan dengan Zarul tu, dia langsung tak pernah jumpa dengan Joe tapi Alia dan Joe pernah terserempak beberapa kali. Joe ni macam frust juga Alia tak pernah ingat muka dia dan dia pun terjatuh cinta pada Lia tanpa kenal siapa Alia then baru tahu Alia ni kekasih adik dia sendiri.
watak Joe @Faizul sangat misteri sebab banyak persoalan dan rahsia dengan Joe ni. plus Joe dan Zarul walaupun adik-beradik tapi perbezaan mereka ni macam langit dan bumi. Zarul ni life dia humble giler sampai Lia pun mula-mula tak tahu Zarul ni anak tan sri sebab tu Alia boleh terjatuh, tersuka dengan Zarul. tapi Joe pula sejenis anak orang kaya yang sosial dengan perangai playboy lagi sebab tu dari awal Lia pangkah dia.
Alia cuba menerima dan mengenali Joe sebagai suaminya, hubungan mereka ada kalanya macam kawan, kadang dingin tapi masalanya bila Zarul wujud antara mereka berdua. Dan bila Alia dah buka hatinya untuk Joe tiba-tiba dia dapat tahu rahsia yang disimpan Joe selama ni. Adakah Alia dapat memaafkan Joe?
buku ni agak tebal juga selain romance, penulis banyak fokus pada latar pekerjaan Alia dan Joe, agak menarik tapi aku tak faham sangat profesion diorang ni..haha
aku suka dengan plot dan jalan ceritanya selain gaya penulisan penulis yang sangat menarik. cumanya tak suka sangat bila penulis guna pov1 sebab kita tak nampak apa sebenarnya yang berlaku pada watak Joe dan Zarul sebab buku ni pain kot kalau ada pov watak lain maybe kita lagi sakit hati dengan Joe dan Zarul ni.
apa yang aku boleh buat kesimpulan watak Joe ni sangat gila tahu sebenarnya, sebab cinta dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan Alia, rampas Alia dari adik sendiri. tak tahu nak marah ke tidak sebab depan Alia dia tersangatlah baik dan nampak greeen je tau.
dari nak geram dengan Joe, aku lagi geram dengan Alia dan Zarul sebab lepas kahwin pun dok rapat mesra lagi, Zarul pun kadang macam terlupa batas dia dengan Alia yang dah jadi kakak ipar, yang Alia pun melayan juga, kalau aku jadi Joe pun aku bengang dengan dua orang ni tapi Joe boleh relaks je. eh geram pula aku tapi macam aku cakap Joe ni gila so dalam diam ada je benda yang dia buat untuk pisahkan dua orang ni.
so kesimpulannya, macam tajuk dia juga Sweet Sour. dalam keperitan dan kesakitan tu ada kemanisanya juga di akhir cerita.
**RATING: ⭐⭐⭐⭐/5**
A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.“What?” aku terjerit di situ.“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!* * *Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?
0 Comments