Dia Bukan Syurga (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Dia Bukan Syurga (Astro Ria)

Dia Bukan Syurga membawa kisah getir tentang seorang wanita yang terperangkap dalam hubungan toksik dan akhirnya memilih untuk bangkit demi dirinya sendiri. Dibintangi tiga pelakon berbakat besar, Ezzany Jasny, Niezam Zaidi dan Nazim Othman, drama ini akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).


Dia Bukan Syurga merupakan adaptasi daripada karya novelis pemenang anugerah, Rissa Ahdiya, iaitu penulis disebalik kejayaan fenomena drama no. 1 Malaysia, Andai Tiada Dia. Penceritaan sebanyak 32 episod ini mengetengahkan pertarungan antara cinta toksik dan cinta sejati, diarahkan oleh pengarah prolifik, Rashid Sibir, dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Penyanyi dan pelakon Amira Othman turut meminjamkan suara sebagai penyanyi runut bunyi rasmi drama ini yang bertajuk “Dalam Sujudku”.

Dia Bukan Syurga (Astro Ria)

‘Dia Bukan Syurga’ mengisahkan Nuha (Ezzany Jasni), seorang wanita lemah lembut yang mengimpikan perkahwinan bahagia bersama suaminya, Tajul (Niezam Zaidi). Namun, impian itu musnah apabila Tajul mula menunjukkan sikap panas baran, cemburu buta dan mengongkong kehidupannya. Nuha terperangkap dalam perkahwinan toksik yang dipenuhi penderaan emosi dan fizikal, walaupun pada awalnya dia percaya bahawa perkahwinan ini mampu merubah suaminya. 

Satu-satunya cahaya dalam hidupnya adalah Arham (Nazim Othman), abang iparnya yang sering cuba melindunginya. Namun, nasihat Arham hanya membakar lagi kemarahan Tajul. Harapan Nuha kembali bersinar apabila dia hamil, tetapi segalanya musnah apabila Tajul bertindak ganas sehingga menyebabkan keguguran. Insiden tragis ini menyedarkan Nuha bahawa dia tidak boleh terus menderita. Dengan kekuatan terakhir, dia nekad meninggalkan Tajul dan mencari perlindungan di rumah keluarganya. Namun, luka yang ditinggalkan tidak hanya fizikal, tetapi juga menghantui jiwanya.

Post a Comment

0 Comments