Ya Maktub by Elvroseth | Review Novel

Ya Maktub by Elvroseth | Review Novel

Tajuk : Ya Maktub
Penulis : Elvroseth
Mukasurat : 901
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : 2026

Kisah Tengku Adam Ghazali seorang doktor tentera yang menjadi pelindung keluarganya. Adam bertunang dengan sepupunya atas wasiat arwah neneknya padahal yang sepatutnya bertunang abangnya tapi disebabkan abangnya protes menolak wasiat tersebut, Adam menggantikan tempat abangnya demi menjaga hubungan keluarga mereka yang hampir terputus.

Selama tiga tahun bertunang, Adam keliru sama ada untuk meneruskan pertunangan tersebut atau tidak jadi di ke pergi menunaikan umrah untuk mencari jawapan. Semasa di Mekah, Adam bertemu Hawa dan berlaku beberapa pertemuan antara mereka. Dalam diam, mereka saling menyimpan perasaan tapi bila Hawa dapat tahu Adam dah bertunang terus dia rasa kecewa dan pilih untuk melupakan Adam dan semua kenangan antara merea.

Setahun kemudian, Hawa seorang doktor pelatih bertemu kembali dengan Adam. so Adam pernah cakap kalau dia jumpa Hawa sekali lagi, dia takkan lepaskan Hawa lagi so gigihlah Adam mendapatkan cinta Hawa.

Bagi aku, watak Adam dan Hawa ni menarik juga sebab chemistry dorang ngam kadang tu watak ni macam masuk air sikit. tapi si Adam ni bila dengan Hawa macam terlebih gedik pula tapi aku enjoy je dengan watak dua orang ni.

Ni pertama kali aku baca karya Elvroseth, aku boleh cakap yang aku enjoy dan suka dengan plot dan gaya penulisan penulis tapi pace buku ni selowww sangat. at first aku ingatkan buku ni ada konflik yang berat tapi sebenarnya cite dia tak berat pon, tapi ada part yang aku rasa meleret-leret sampai aku skip je sebab penat betul nak jumpa perkataan tamat.

Ya Maktub ni nak bagitahu,  jodoh pertemuan semuanya dah termaktub dan tertulis untuk kita so sebagai hamba kita kena redha dengan takdir yang termaktub untuk kita. Selain itu, Ya Maktub nak sampaikan tentang ketabahan seorang isteri tentera yang terpaksa berjauhan bila suami pergi bertugas demi negara.


TENGKU ADAM GHAZALI

Lelaki berkarisma yang sentiasa menjadi cahaya di mana sahaja dia berada. Seorang anak yang taat, adik yang pelindung dan insan yang meletakkan keluarga melebihi segalanya. Dibentuk untuk menjadi sehebat idolanya, abahnya sendiri, Adam membesar dengan senyuman, namun tanpa sedar, jiwanya kosong. Dalam kesempurnaan yang orang lihat, dia hanyalah cebisan jigsaw yang belum lengkap.

Sehinggalah dia bertemu NUR HAWA ORKID.

Gadis aneh yang ceria, selamba dan penuh kejutan. Comot tapi comel, pendiam dengan orang asing namun manja bila sudah selesa. Lajunya seperti pelesit, beraninya mengejar sehingga ke hujung dunia. Hawa bukan sekadar hadir dalam hidup Adam, dia mengusik, mencabar dan perlahan-lahan menyembuhkan sunyi yang Adam simpan sejak sekian lama.

Pertemuan mereka di Tanah Haramain menjadikan segalanya lebih bermakna. Penuh dialog nakal, tawa spontan dan perasaan yang tidak terduga.

Namun, ini bukan sekadar kisah cinta komedi.
Ini kisah tentang cinta yang lebih luas daripada dua hati.

Tentang maktub, doa, takdir dan Cinta paling agung, Cinta-Nya.

Sebuah hikayat yang menghangatkan jiwa dan mengingatkan bahawa setiap pertemuan, telah lama tertulis.

Post a Comment

0 Comments