My Sweet Mobster (2024) | Review Drama Korea

My Sweet Mobster (2024) | Review Drama Korea

Title : My Sweet Mobster
Director : Kim Woo Hyun, Kim Young Hwan
Screenwriter : Na Kyung
Network : JTBC
Release Date : 12 June 2024
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Genre : Romance, Comedy
Cast : Uhm Tae Goo, Han Sun Hwa, Kwon Yul, Kim Hyun Jin, Yang Hyun Min, Lee Yoo Joon, Moon Dong Hyuk, Park Jae Chan, Moon Ji In, Im Chul Soo, Kim Hyun Joon

My Sweet Mobster (2024) | Review Drama Korea

Mengisahkan Seo Ji Hwan (Uhm Tae Goo), bekas gangster terkenal yang membuka syarikat sendiri, Thirsty Deer selepas cuci tangan dari dunia kongsi gelap. Suatu hari, Seo Ji Hwan bertemu dengan Go Eun Ha (Han Sun Hwa) seorang content creator kanak-kanak yang dikenali sebagai Minni Unnie dalam satu insiden.

Banyak salah faham yang berlaku di awal pertemuan mereka, kemuncaknya Seo Ji Hwan ingatkan Eun Ha upload video anak buah dia bergaduh dalam satu festival makanan rupa-rupanya Eun Ha punya CEO yang buat untuk naikkan view channel Eun Ha yang sendu.

pastu Ji Hwan dapat tahu, Eun Ha kena tendang dari company dan rumah dia so Ji Hwan tawarkan rumahnya untuk Eun Ha tinggal dan dari situlah hubungan mereka menjadi rapat.

My Sweet Mobster (2024) | Review Drama Korea

Jang Hyun Woo (Kwon Yul) seorang pendakwaraya yang dalam diam merupakan peminat Eun Ha. Mereka bertemu apabila Eun Ha dipanggil sebagai saksi dalam satu kes pergaduhan. Eun Ha pula mencari kawan baik sewaktu dia kecil dulu bernama Hyun Woo so dia menyangka Jang Hyun Woo adalah orang yang dicarinya dan hubungan mereka menjadi rapat.

Jang Hyun Woo sangat anti dengan Seo Ji Hwan disebabkan satu insiden yang berlaku beberapa tahun yang lepas so bila tahu Eun Ha rapat dengan Seo Ji Hwan, Hyun Woo tak suka dan warning Eun Ha yang Ji Hwan seorang yang sangat bahaya. Dalam masa yang sama, Jang Hyun Woo menyimpan perasaan pada Eun Ha.

My Sweet Mobster (2024) | Review Drama Korea

Walaupun dah bersara dari dunia kongsi gelap tapi masih lagi ada musuh lama yang tak puas hati dan mencari Seo Ji Hwan terutama sekali Ko Yang Hee (Im Chul Soo) dari geng Meow Kitty. Ko Yang Hee dah lama nak gantikan tempat ayah Seo Ji Hwan iaitu Seo Tae Pyung tapi Seo Tae Pyung nak anak dia mengambil alih tempat dia.

selepas Seo Tae Pyung keluar penjara lagi huru hara hidup Seo Ji Hwan sebab Ko Yang Hee tak puas hati dan target Eun Ha untuk balas dendam padanya.

My Sweet Mobster (2024) | Review Drama Korea

drama ni jadi lagi best dan kelakar bila ada scene anak buah Seo Ji Hwan iaitu Ju Il Yong, Jae Soo, Man Ho, Hong Gi dan Dong Hui. Mereka ni sangat setia dengan Seo Ji Hwan dan tinggal serumah dengan Seo Ji Hwan.

awal tu masing-masing agak anti dengan Eun Ha disebabkan bos diorang cedera angkara Eun Ha tapi lepas tu masing-masing dah boleh terima Eun Ha sebagai teman istimewa boss mereka. kalau scene Jae Soo dan Hong Gi yang paling kelakar, part yang sedih boleh tergelak disebabkan perangai mereka ni.

My Sweet Mobster (2024) | Review Drama Korea

Il Yong antara watak yang aku suka juga dalam drama ni sebab dia sangat comel dan cool, dan dialah juga yang banyak selesaikan masalah boss dia yang agak noob bab hati dan perempuan. 

selain main lead, second couple iaitu Il Yong dan Mi Ho sangatlah comel. daripada tolong bos dan kawan sendiri tiba-tiba masing-masing tersangkut.

My Sweet Mobster (2024) | Review Drama Korea

Kang Ye Na seorang content creator kanak-kanak yang sangat terkenal, dia dah lama crush dengan Seo Ji Hwan. bila bertemu semula dengan Seo Ji Hwan gigihlah kejar tapi kesian member tak layan.

watak ni agak annoying sebab aku pun tak faham kenapa dia macam tak puas hati dengan Eun Ha dan tuduh Eun Ha macam tak ambil serius kerja dia sebagai content creator. pastu bila tahu Ji Hwan suka kat Eun Ha lagilah dia tak puas hati dengan Eun Ha. aku rasa kat penghujung tu ok lah dia sedar diri juga dan rasanya dia lebih sesuai dengan Hong Gi.

My Sweet Mobster (2024) | Review Drama Korea

Uhm Tae Goo dah lama berlakon tapi tak pernah perasan pun dia sebelum ni. rasanya lepas berlakon rom-com lagi memuncaklah dia punya populariti. aku tersangkut tengok drama ni pun sebab suka tengok lakonan Uhm Tae Goo dan dia punya chemistry dengan Eun Ha pun sangat best.

My Sweet Mobster sebuah drama yang ringan dan menghiburkan, ada mesej yang menarik juga cuba disampaikan iaitu semua orang berhak mendapat peluang kedua kalau dia betul-betul nak berubah ke arah kebaikan.

Post a Comment

1 Comments