She by Lollysnow | Review Novel

She by Lollysnow | Review Novel

Novel : She
Penulis : Lollysnow
Mukasurat : 742
Penerbit : Fajar Pakeer
Terbitan : Mei 2024

She karya Lollysnow mengisahkan Qaled Zavian a.k.a Qal seorang usahawan muda yang ditangkap basah dan terpaksa berkahwin dengan gadis geladangan yang tidak mempunyai identiti. Qal menamakan gadis itu Shefrin atau She.  Walaupun perkahwinan tersebut untuk mengelakkan nama Qal menjadi buruk, Qal sebolehnya mahu menjaga She dan tidak benarkan She kembali ke jalanan andai kata mereka berpisah kelak. Dari tiada perasaan cinta, Qal mula jatuh cinta dengan isteri sendiri.

Konlik dalam hubungan Qal dan She wujud disebabkan kawan-kawan rapat Qal yang tidak sukakan She dan memandang rendah She yang berasal dari jalanan dan tidak mempunyai identiti terutama Melina yang dah lama menyimpan perasaan pada Qal.

Ini pertama kali aku baca buku Lollysnow, terbeli buku ni pun sebab ramai yang recommend. bagi aku plot dan jalan ceritanya menarik sebab dari awal kita tertanya siapa sebenarnya She dan apa yang menyebabkan dia hilang ingatan dan kehidupannya berakhir di jalanan. Jalan cerita semakin menarik apabila She menghilangkan diri disebabkan fitnah rakan-rakan Qal kemudian muncul sebagai Misha Kailani, pewaris tunggal Casamia.

sejujurnya aku excited pada first half buku ni, bila sampai separuh buku aku dah start rasa penat sangat nak habiskan sebab buku ni agak tebal dan konflik dia lebih tertumpu pada hubungan She dan Qal, dan orang sekeliling mereka yang cuba memisahkan mereka berdua. padahal kalau penulis fokus pada konspirasi keluarga Misha dan tunjuk bagaimana She handle keluarga tiri yang cuba menghapuskan dia maybe menarik sikit sebab bila terlalu tumpu pada hubungan She dan Qal rasa meleret-leret je.

paling annoying banyak sangat watak yang cuba memisahkan Qal dan She, baik dari keluarga Qal sendiri termasuk kawan baik dia sendiri. pendek cakap banyak sangat halangan untuk mereka bersama. kat hujung ni aku terhibur dengan kehadiran Jamila, anak mereka berdua. mostly kat belakang ni lebih kepada extra episod watak tambahan lain.

overall, walaupun penat nak habiskan tapi plot dan jalan cerita menarik, dan suka character watak utama walaupun banyak main tarik tali. selain itu, best juga gaya penulisan penulis, permulaan cerita rasa kesakitan yang cuba disampaikan melalui watak She cumanya aku agak lost bila terlalu banyak sangat watak yang cuba membuat onar.

**MY RATING: 3.5 /5**

Tentang jiwa yang abadi dalam bait aksara, tentang tempat yang menjadi kenangan dan tentang bahagia yang harus menelan luka.

Bahagia? Bahagia dengan rasa yang tidak layak itu sebenarnya menyakitkan kerana bahagia itu soal rasa, bukan semata-mata bersama.

Niat tulus ingin memberi bantuan malah disalah erti menyebabkan seorang gelandangan perempuan yang tiada identiti dikahwinkan dengan seorang jejaka yang sempurna hidupnya.

Qaled Zavian, dalam marah dan syak wasangka terhadap gadis asing itu, tetap ada secebis simpati. Lantas Qal reda menerima gadis gelandangan itu.

Shefrin, itulah nama yang Qal berikan. Tak dinafikan, Qal beri Shefrin rasa nyaman yang Shefrin sendiri takut andai suatu hari dia mula mendambakan kasih sayang sementara itu. Ditambah lagi, kata-kata dan perbuatan Qal bagai satu harapan menghiris hati kecilnya.

“Tak pernah saya rasa hujan boleh membahagiakan saya macam hari ini.” – Shefrin

“Tiap kali hujan, ingatlah aku. Aku akan buat kau bahagia.” – Qaled Zavian

Namun, semanis apa pun Qaled Zavian, Shefrin tetaplah orang luar.

“Saya tak buat... Saya tak tolak dia... Saya bukan pembunuh tu…” – Sherfin

Akibat tidak tahan terus-terusan dijadikan mangsa, Shefrin menghilang. Jauh daripada kehidupan Qal yang penuh racun itu. Kehilangan yang membuatkan Qal hilang arah mencari Shefrin seperti orang tiada akal.

Hinggalah Misha Kailani, pewaris Casamia muncul memberi tamparan kepada semua insan yang pernah membuli dan menghina Shefrin dahulu. Namun, Qal masih mencari …

“Aku rindukan Shefrin! Bukannya Misha!” – Qaled Zavian

Siapakah Misha dan ke mana perginya Shefrin? Dapatkah rindu itu menemui pemiliknya?

Benarkah seseorang itu akan terasa kehadirannya, ketika ia telah tiada?

Tak mati tapi dirindui. Tak hilang tapi dicari.

“Kita terlalu tamak memiliki, tapi kita lupa siapa PEMILIK kita.”

Post a Comment

3 Comments

  1. wah memang best betul dapat baca novel

    ReplyDelete
  2. Tebal mana pun novel ni end the end kena habiskan juga sbb nak tahu penamat kesudahan cerita tu kan ..

    ReplyDelete
  3. kalau tebal sangat tapi meleret pun tak syok juga..

    ReplyDelete