Perempuan Paling Merana (Tonton) | Review Telefilem

Perempuan Paling Merana (Tonton) | Review Telefilem

Telefilem : Perempuan Paling Merana
Produksi : Ano Films
Pengarah : Syed Fariz
Penulis Skrip : Anomalous Writers
Siaran : Tonton
Tayangan : 5 Jun 2024
Durasi : 1 jam 28 minit
Pelakon : Mimi Lana, Fikry Ibrahim, Zamarul Hisham, Puteri Rayyana Rayqa, Zariana Zainuddin, Husna Mustafa, Omar Abullah

Perempuan Paling Merana (Tonton) | Review Telefilem

Perempuan Paling Merana mengisahkan Saleha (Mimi Lana) yang pernah menjadi escort girl kelas atasan berhijrah mencari agama dan kemudiannya berkahwin dengan Amir (Fikry Ibrahim). Kehidupan mereka bahagia dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Ain (Puteri Rayyana Rayqa).

Saleha kini bekerja sebagai guru mengaji secara online dalam masa yang sama turut aktif dalam NGO membantu perempuan malam yang ingin berhijrah.

Kehidupan yang tenang kini mula terganggu apabila Pak De (Zamarul Hisham), adik angkat kepada ayah Amir yang sudah menetap 10 tahun di luar negara pulang ke Malaysia. Pak De pernah melanggan Saleha dahulu mengganggu dan meminta Saleha tidur dengannya.

Perempuan Paling Merana (Tonton) | Review Telefilem

Disebabkan tak tahan diganggu Pak De, Saleha memilih untuk berterus terang kepada Amir tentang kehidupannya sebelum berhijrah dan bertemu Amir, dan apa kaitan dirinya dengan Pak De.

kesian juga dengan Saleha ni sebab lepas cerita tu Amir macam geli dengan dirinya pastu Amir pula rapat dengan Pak De then Pak De cerita yang dia kononnya tak bersalah so last-last nampak macam Saleha tu yang jahat.

apabila keluarga Amir tahu lagilah emaknya mendesak Amir bercerai sebab tak sanggup nak terima menantu bekas pelacur. Amir pula berbelah bagi untuk membuat keputusan.

Perempuan Paling Merana (Tonton) | Review Telefilem

Zamarul Hisham kalau berlakon jadi baik atau watak malang, kesian je tengok tapi kalau jadi lelaki gatal dan obsess macam watak Pak De, geli wei rasa nak hempuk je dengan cawan tu.

jalan cerita Perempuan Paling Merana kisah mengenai seorang yang pernah melalui masa gelap penuh dosa mahu bertaubat dan menjadi insan yang lebih baik tapi kesian juga dengan Saleha masih lagi dihantui oleh kisah lalu disebabkan Pak De. lagi pula siapalah kita nak judgge masa lalunya bila dia sudah berubah dan mempersoalkan tentang taubatnya sama ada diterima tuhan atau tidak. 

Overall, kisah yang menarik dan penuh dengan pengajaran.

Post a Comment

2 Comments