Agak Laen (2024) | Review Movie

Agak Laen (2024) | Review Movie

Title : Agak Laen
Director : Muhadkly Acho
Network : Netflix
Release Date : 1 Februari 2024
Duration : 1 hour 59 minutes
Genre : Comedy
Cast : Bene Dion Rajagukguk, Oki Rengga, Indra Jegel, Boris Bokir, Tissa Biani Azzahra, Indah Permatasari, Arie Kriting, Sadana Agung Sulistya, Bukie B. Mansyur,  Anggi Marito, Arief Didu

Agak Laen (2024) | Review Movie

Mengisahkan Oki seorang bekas banduan meminta bantuan rakannya; Bene, Jegel dan Boris yang menguruskan rumah hantu di sebuah funfair untuk bekerja di situ. Mereka bertiga tidak mampu mengambil Oki bekerja kerana masing-masing mempunyai masalah kewangan dan rumah hantu pula tidak mendapat sambutan daripada pengunjung funfair.

Oki tekad untuk menjual tanah milik ibunya untuk membeli ubat ibunya dan selebihnya dilaburkan untuk proses pengubahsuaian rumah hantu tersebut supaya konsepnya lebih seram dan menakutkan.

Nak dijadikan pada hari pertama rumah tersebut dibuka semula, Pak Basuki yang datang ke situ untuk dating dengan kekasih gelapnya, Intan panik bila ternampak isterinya ada di funfair tersebut. Pak Basuki lari ke rumah hantu tersebut malangnya mati terkejut akibat sakit jantung dalam rumah hantu itu.

Agak Laen (2024) | Review Movie

Masing-masing kaget dengan situasi tersebut dan takut untuk melaporkan kes tersebut pada pihak polis lalu mereka berempat membuat keputusan untuk menanam mayat Pak Basuki dalam rumah hantu itu.

Tak lama selepas itu, rumah hantu mereka viral tiktok gara-gara ada pengunjung yang upload video merasa pengalaman seram di situ. terus masing-masing tak menang tangan dan berjaya mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

Malangnya satu-persatu masalah mula timbul apabila pihak polis menyiasat kes kehilangan Pak Basuki yang merupakan seorang ahli politik dan dapat mengesan lokasi terakhir di funfair tersebut. Adakah rahsia mereka akan terbongkar?

Agak Laen (2024) | Review Movie

jalan cerita Agak Laen sebenarnya simple je daripada masalah kecil jadi besar disebabkan takut dan terkejut punya pasal. tapi jujur cakap aku terhibur dengan lakonan dan dialog masing-masing, berdekah juga layan filem ni. overall, sebuah filem yang menarik dan menghiburkan untuk tontonan santai.

Post a Comment

0 Comments