Bercakap Dengan Jun (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Bercakap Dengan Jun (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Bercakap Dengan Jun

Produksi : Ano Films
Pengarah : Kye Fariz, Fairul Nizam Ablah
Penulis Skrip : Mamu Vies, Baizura Kahar, Amar Amir, Fatin Amirah Syazwani, Ainul Farihah, Fairul Nizam Ablah
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 1 Mei 2024
Masa : Rabu-Khamis | 9.00 Malam
Episod : 10
OST/ Lagu Tema : Gelap (Satwo), Aku Mahu (Satwo)
Pelakon : Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Musyi Mokhtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Fikry Ibrahim, Emelda Rosemila, Sairish Elaria, Azhar Sulaiman, Nadiya Nisaa, Ken Redzuan


Sinopsis Drama Bercakap Dengan Jun

Bercakap Dengan Jun sebuah drama adaptasi novel karya Hasrul Rizwan mengisahkan Jun (Dini Schatzmann) yang menghabiskan masanya dengan membaca dan menyeluk saku untuk menyara hidup. Jun hidup bersendirian di sebuah rumah lama yang terpinggir ditemani seekor anjing jalanan.

Bercakap Dengan Jun (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Nasib tidak menyebelahi Jun apabila dua kali kantoi mencuri dihadapan Lily (Qistina Rania). Lily seorang pelajar yang tidak mempunyai kawan kerana hidupnya dikongkong oleh ibunya. Sebagai balasan Lily mahu berkawan dengan Jun dan Jun terpaksa bersetuju kerana tidak mahu Lily melaporkan dirinya kepada polis.

Bercakap Dengan Jun (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Konflik berlaku apabila Sam (Fikry Ibrahim) yang menjaga kawasan tersebut tidak berpuas hati dengan hasil yang dikutip anak buahnya berkurangan dan mereka menyalahkan Jun yang mengganggu periuk nasi mereka di situ.

Namun, Luth (Kahoe Hon) yang merupakan kawan lama Jun memberi jaminan kepada Sam yang Jun bukan satu ancaman pada aktiviti haram mereka tapi anak buah mereka yang tidak cekap membuat kerja.

Bercakap Dengan Jun (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Suatu malam, Jun dikejutkan dengan kehadiran seorang gadis yang sarat sakit mahu bersalin. Jun membantu menyambut kelahiran bayi tersebut namun pada keesokannya harinya, gadis tersebut menghilangkan diri tanpa membawa bayi itu.

Jun dalam dilema kerana hidupnya sendiri terumbang-ambing namun Jun kemudiannya berubah fikiran dan tekad menjaga dan membesarkan bayi tersebut yang diberi nama Ranum dengan kudrat, darah dan air matanya, dia berkorban untuk menjadi ayah yang terbaik. Sehinggalah titik hitam yang mengubah segalanya.

Baca juga : 


Mampukah Jun membuat pengorbanan yang besar untuk menjadi ayah yang terbaik buat Ranum? Saksikan kesudahannya dalam drama Bercakap dengan Jun pada setiap hari rabu dan khamis jam 9.00 malam di Astro Ria.

Post a Comment

0 Comments