Crush Pilihan Mama (Astro Ria) | Review Telefilem

Crush Pilihan Mama (Astro Ria) | Review Telefilem

Telefilem : Crush Pilihan Mama
Produksi : Ariz Capital Sdn Bhd
Pengarah : Noorsyahida Mohd Radzali 
Penulis Skrip : Farah Bani
Siaran : Astro Ria 104
Tayangan : 26 Januari 2024
Durasi : 1 jam 33 minit
Pelakon : Hariz Hamdan, Qistina Rania, Fazlina Ahmad Daud, Evertts Gomes, Aiman Ameer, Nick Naim, Zulkifli Sudin, Ena Pak Wan, Rara Azri

SINOPSIS:
Setelah mengetahui ibunya berhasrat untuk dia berkahwin dengan pilihan ibu sendiri, Nadia meminta Kyle untuk menyakinkan ibunya bahawa Kyle berminat dan bersungguh untuk mengahwini Nadia.

Crush Pilihan Mama (Astro Ria) | Review Telefilem

Alkisahnya Nadia (Qistina Rania) mahu berjaya dalam perniagaan butiknya tapi diseru pulang oleh mamanya, Halimah (Fazlina Ahmad Daud) untuk dijodohkan dengan jiran sebelah rumahnya.

Nadia tak pernah fikir soal jodoh meminta Khai (Hariz Hamdan) yang merupakan pekerjanya untuk berlakon sebagai teman lelakinya dan mengikutnya pulang ke kampung. Nadia memberitahu 7 perkara yang menjadi kesukaan mamanya dan Khai perlu melakukannya untuk mengambil hati Halimah.

Tapi bila tiba di kampung lain pula jadinya, Nadia tetiba terjatuh hati pula pada Omar (Evertts Gomes) padahal sebelum ini dia tak setuju dengan rancangan emaknya kerana Omar waktu kecil dulu agak nakal. Kesian pula dengan Khai gigih mengambil hati Halimah tapi si Nadia pula boleh keluar dating dengan Omar. 

Crush Pilihan Mama sebuah telefilem komedi, terhibur juga dengan lakonan Fazlina Ahmad Daud dan Hariz Hamdan tapi agak terganggu dengan watak Nadia yang tak consistent dan tak fikir panjang dalam membuat sesuatu keputusan.

Post a Comment

0 Comments