Aku Bukan Ustazah (TV3) | Sinopsis Drama

Aku Bukan Ustazah (TV3) | Sinopsis Drama
Sumber: Instagram Tontonmy

Slot Akasia kembali dengan siri terbaru, Aku Bukan Ustazah diadaptasi dari novel Aku Bukan Ustazah karya Lyna Masud yang memulakan tayangan pada 3 Mei 2024 bagi menggantikan drama Wanita Syurga.

Aku Bukan Ustazah sebuah drama arahan sutradara Idora Abd Rahman dan skrip ditulis oleh Ayuni Zamani di bawah terbitan Global Station Sdn Bhd. Menampilkan barisan pelakon baru dan lama seperti Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim, Husna Mustafa dan ramai lagi.

Aku Bukan Ustazah (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Aku Bukan Ustazah

Mengisahkan Aminah seorang gadis berniqab yang membesarkan di sebuah madrasah di Muar, Johor. Aminah mempunyai impian yang tinggi dan  kemudiannya menyambung pelajaran di Kuala Lumpur. 

Berlaku beberapa siri pertemuan antara Aminah dan Adam secara tidak sengaja yang berakhir dengan pergaduhan kerana sikap Adam yang stereotaip pada wanita berpurdah atau berniqab.

Pada suatu malam, Adam telah cedera diserang oleh perompak dan Aminah yang kebetulan berada di tempat kejadian cuba membantu. Oleh kerana keadaan terdesak, Aminah membuka kain niqabnya untuk membalut luka Adam sebelum menghantar lelaki itu ke hospital.

Adam meminta satu lagi pertolongan terakhir daripada Aminah untuk menghantarnya pulang namun tanpa disangka, Aminah telah ditangkap khalwat berdua-duaan dengan Adam di dalam kereta. Insiden ini telah memberi perubahan besar pada kehidupan mereka berdua.

Aku Bukan Ustazah (TV3) | Sinopsis Drama

Barisan Pelakon dan Watak

Aku Bukan Ustazah dibintangi oleh Erysha Emyra yang memegang watak sebagai Aminah, MK K-Clique sebagai Adam dan Zahiril Adzim sebagai Omar sebagai teraju utama.

Dibantu oleh:
  • Husna Mustafa sebagai Zahirah
  • Shaza Bae sebagai Sam
  • Haneesya Hanee sebagai Sally
  • Qistina Khaled sebagai Zaza
  • Azhar Sulaiman sebagai Tuan Hamid
  • Mas Anizan sebagai Puan Habibah
  • Razak Ahmad sebagai Ustaz Ahmad
  • Syad Mutalib sebagai Haziqah
  • Ahmad Syafiq sebagai Azhar
  • Fikhree Bakar sebagai Aslam
  • Danial Dashuki sebagai Anas
  • Fadilah Mansor sebagai Ustazah Fatimah

Aku Bukan Ustazah (TV3) | Sinopsis Drama

Review Episod Pertama Aku Bukan Ustazah

kisah seorang gadis yang berusaha untuk berniqah tapi bukan mudah untuknya beristiqamah kerana banyak pandangan negatif yang dilemparkan oleh masyarakat sekeliling. Kemuncaknya Aminah berubah kerana fitnah manusia menyebabkan dia tekad membawa haluan sendiri dan hampir terjerumus ke lubang noda.

ada mesej dan pengajaran yang cuba disampaikan melalui watak Aminah dan Adam pemilik kelab malam yang digilai ramai wanita tapi sejujurnya sis kurang berminat dengan lakonan MK. 

Baca juga:

Adam dan Omar, dua pemuda yang mempunyai cara hidup berbeza berusaha mendapatkan cinta Aminah. Adam pemilik kelab malam manakala Omar seorang doktor perubatan lulusan universiti di Mesir dan sangat menjaga agamanya. Apakah kesudahan kisah mereka?

Saksikan drama Aku Bukan Ustazah yang bersiaran mulai 3 mei 2024, pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7.00 malam di slot Akasia TV3 atau strim melalui Tonton.

Post a Comment

1 Comments