Chinta Wrong Direction Raya (Astro Ria) | Review Telefilem

Chinta Wrong Direction Raya (Astro Ria) | Review Telefilem

Telefilem : Chinta Wrong Direction Raya
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
Pengarah : Hadith Omar
Penulis Skrip : Hadith Omar, Rehal Nuharis
Siaran : Astro Ria
Tayangan : 11 April 2024
Durasi : 1 jam 35 minit
Pelakon : Hun Haqeem, Erysha Emyra, Kimberly Chuah, Hilal Azman, Nurel Baharin, Ikhwan Khairudin

SINOPSIS:
Akid kembali alah kepada Chinta selepas beberapa bulan melayari bahtera perkahwinan. Mereka kini harus mencari cara lain untuk menyelesaikan masalah Akid demi kebaikan semua!

Chinta Wrong Direction Raya (Astro Ria) | Review Telefilem

Kesinambungan dari drama Chinta Wrong Direction, mengisahkan perkahwinan Akid (Hun Haqeem) dan Chinta (Erysha Emyra) yang baru terbina bahagia walaupun hal anak dibangkitkan namun Akid tidak kisah jika rezeki masih belum menyebelahi mereka.

Keadaan menjadi kelam kabut apabila Akid mengalami alahan, Chinta beranggapan penyakit lama Akid kembali semula tanpa menyedari dirinya sedang hamil.

Konflik berlaku apabila Rokiah atau Manja (Nurel Baharin) selalu menjadi orang ketiga yang mengganggu hubungan Akid dan Chinta. Dalam masa yang sama kemunculan semula Rodin (Ikhwan Khairudin) mengejutkan Chinta. Chinta marah kerana ayahnya masih boleh menerima Rodin setelah apa yang berlaku.

Chinta Wrong Direction Raya (Astro Ria) | Review Telefilem

Konflik dalam telefilem Chinta Wrong Direction Raya tak berat sangat cumanya jadi salah faham bila si Rokiah menggedik syok kat Akid pastu menyibuk dengan hal rumahtangga Akid dan Chinta, siap bagi tips kat Akid untuk dapat anak. gelilah tengok perangai orang bujang menyibuk jaga tepi kain orang yang dah kahwin.

Chinta Wrong Direction ni best juga layan sebab lakonan Hun Haqeeem dan terhibur dengan watak Candy lakonan Kimberly Chuah tapi dalam telefilem tak banyak sangat scene Candy. Overall nice story untuk tontonan santai.

Post a Comment

0 Comments