Ya Cikgu! (TV3) | Sinopsis Drama

Ya Cikgu! (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Ya, Cikgu!
Produksi : Quiara One Production
Pengarah : Khir Rahman
Penulis Skrip : MF Kencana & Azal Ezreen
Siaran : TV3
Tayangan : 10 April 2024
Masa : Raya Pertama-Raya Kelima | 10.30 Pagi
Episod : 5
Pelakon : Fadhli Masoot, Khir Rahman, Trisha Ooi, Afifah Nasir, Amyza Aznan, Ku Fridah, Iman Zulkarnain, Bohari Ibrahim, Muhsin Nadzli

Ya Cikgu! (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Ya, Cikgu!

Mengisahkan Cikgu Zaman (Khir Rahman) seorang guru sekolah mengikut jejak langkah ibunya dan oleh kerana itu, Cikgu Zaman mahu anaknya, Amin (Fadhli Masoot) meneruskan legasi keluarga berkhidmat sebagai guru dan berbakti kepada anak bangsa.

Malangnya Amin lebih suka bidang seni dan tidak berminat mengikut jejak langkah bapanya dan hal ini sering menimbulkan perbalahan antara dua beranak ini.

Sahabat baik Amin, Medina (Trisha Ooi) juga bersependapat dengan Cikgu Zaman kerana Medina adalah guru praktikal di kampung itu. Amin tetap meronta-ronta untuk menceburi bidang seni dan sering menghadiri uji bakat lakonan. Amin kemudiannya membuat kejutan kepada Cikgu Zaman apabila berjaya menjadi seorang guru di sebuah sekolah memandu. 

Selain itu, Dahlia (Afifah Nasir) yang menetap di Kuala Lumpur kembali semula ke kampung telah lama menyimpan pada Amin sekolah kini berusaha mendapatkan perhatian Amin. Dalam masa yang sama, Haikal (Iman Zulkarnain) yang kononnya mempunyai pengalaman mengajar di luar negara menmpunyai motif tersendiri dengan mendekati Medina.

Bagaimanakah penerimaan Cikgu Zaman terhadap kerjaya Amin? Adakah Amin akan berjaya dengan kerjaya dan cinta?

Saksikan drama Ya, Cikgu lakonan Fahli Masoot, Trishaa Ooi dan Khir Rahman pada hari raya pertama, jam 10.30 malam di TV3.

Post a Comment

0 Comments