Syawal Untuk Semah (TV3) | Sinopsis Telefilem

Syawal Untuk Semah (TV3) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Syawal Untuk Semah
Produksi : Rashbir Media Sdn Bhd
Pengarah : Rashid Sibir
Penulis Skrip : Basri Musa
Siaran : TV3
Tayangan : 13 April 2024
Masa : Sabtu | 11.30 Pagi
Pelakon : Norlia Ghani, Fauziah Nawi, Fahrin Ahmad, Nabila Huda, Syazuwan Hasan, Qiu Qatina, Hamidah Wahab

Syawal Untuk Semah (TV3) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Syawal Untuk Semah

Mengisahkan Syawal (Fahrin Ahmad) yang terlalu dimanjakan oleh emaknya, Semah (Norlia Ghani). Syawal semakin lupa diri apabila bekerja di bandar dan berkahwin dengan Tina (Qiu Qatina) sehingga sanggup menjual tanah pusaka milik emaknya untuk menanggung perniagaan miliknya.

Hubungan Semah dan kakaknya, Mak Timah (Fauziah Nawi) yang sebelum ini sangat rapat juga terputus gara-gara Mak Timah menghalang dan memarahi Syawal menjual tanah tersebut. Semah kemudiannya tinggal bersama Syawal di bandar.

Namun kehidupan Semah bersama anak menantunya tidak bahagia. Semah kurang senang melihat Tina tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik. Semah kembali ke kampung dan tinggal bersama Timah kerana bergaduh besar selepas menegur Tina yang bersikap kurang ajar.

Hubungan Semah dan Mak Timah pulih semula, Mak Timah berasa ralat kerana dia mahu menjodohkan anaknya, Ika (Nabila Huda) dengan Syawal untuk merapatkan hubungan mereka sekeluarga. Namun, Ika sudah jatuh hati dengan Fazreen (Syazuwan Hassan) yang sudah lama menyimpan perasaan kepadanya.

Baca juga:

Pelbagai masalah mula timbul dalam kehidupan Syawal selepas apa yang dilakukannya terhadap Mak Semah. Masihkah ada peluang untuk Syawal memohon keampunan daripada Semah?

Post a Comment

0 Comments