Filem : Sumpahan Malam Rayan
Produksi : Veedu Production, MGE Production
Pengarah : A Razak Mohaideen
Penulis Skrip : Azlan Syah Rashid
Network : Netflix
Tayangan : 22 April 2023
Durasi : 1 jam 51 minit
Genre : Komedi
Pelakon : Atu Zero, Danial Zaini, Reen Rahim, Nora Danish, Dato' Yusry Abd. Halim, Ropie, Megat Terawis, Vanidah Imran, Lisa Surihani, Prof. Madya Dr. Soo Wincci, Saiful Apek, Yassin Senario, Rita Rudaini, Bell Ngasri, Denes Kumar
SINOPSIS:
Syawal, Tania, Adam dan Misha yang mengusahakan sebuah homestay berhantu dengan pelbagai kejadian pelik yang berlaku menjelang Hari Raya dan mereka semua cuba merungkaikan misteri tersebut satu-persatu.
Mengisahkan Syawal (Atu Zero) yang diugut oleh ketua gengster, Ayah Malik (Ropie) selepas ubat kuat viral jualannya tak menjadi. Syawal kemudiannya dapat tahu dia mewarisi banglo milik arwah bapanya yang terletak di Pulau Carey.
Syawal dan kekasihnya, Tania (Reen Rahim) membuat keputusan melarikan dan menjadikan banglo tersebut sebagai motel dengan dibantu Adam (Danial Zaini) dan adiknya, Misha (Nora Danish) yang telah menjadi penjaga banglo pusaka tersebut sejak 5 tahun yang lalu.
Kejadian misteri mula berlaku apabila tetamu yang menginap di situ ditemui mati pada keesokan harinya. Mereka tidak melaporkan kematian yang berlaku sebaliknya menanam mayat tersebut di belakang banglo tersebut.
Keadaan semakin huru hara apabila muncul seorang lelaki tua dan kumpulan ayah Malik menjumpai mereka.
filem Sumpahan Malam Raya ada ramai cameo pelakon yang hebat tapi keseluruhan jalan ceritanya hurmm serabut, aku tak tahu apa benda dan pengajaran yang cuba disampaikan.
sudahlah jalan ceritanya pun sendu, watak yang ada pun tak cerdik. Amir (Yusry Abdul Halim), adik kepada Ayah Malik kena tipu dengan Syawal dan Tania sampai tiga kali, maintain erkkk bodoh watak ni sampai ke hujung. lepas tu kau nak buat si Tania dan Misha tak habis bergaduh berebutkan Syawal apa ke hal lainlah kalau si Syawal tu Tom Cruise ke Lee Min Ho ke, berbaloilah juga.
aku tak faham yang mak bidan ayah Syawal tu panggil hantu ke orang. apahal bidan psiko jadi hantu dok claim syawal anak dia. ada apa dengan Sumpahan Malam Raya?? apa bendalah cite ni wei?? pastu hantu pun langsung tak nampak seram. nak kata kelakar pun macam lebih kepada lawak bodoh yang hambar. lepas habis tengok baru tahu pengarah dia A. Razak Mohaideen so tak hairan idea pun lapuk.
kalau korang nak tengok cerita ni sebab pelakon oklah tapi tak rekomen sangat untuk bazirkan masa dengan filem macam ni.
0 Comments