Kasihnya Angah (TV3) | Review Telefilem

Kasihnya Angah (TV3) | Review Telefilem

Telefilem : Kasihnya Angah
Produksi : FJ Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Puovin, Tommy Loh
Siaran : TV3
Tayangan : 10 April 2024
Pelakon : Siti Elizad, Syazwan Zulkifly, Sahronizam Noor, Lan Zailan, Kuna Muzani, Iman Zulkarnain, Jay Iswazir, Annie Mosha, Shamielya Shamsul, Airil Hafiz, Faizal Dollah

SINOPSIS:
Shida seorang wanita solehah, taat dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga kerana mahu ditempatkan di syurga, redha melalui semua ketidakdilan dan kesukaran hidup akibat perbuatan ibu bapa, adik bongsu dan suaminya. Dia hanya dapat merasai kasih sayang sejati daripada adik lelakinya, Angah yang merupakan golongan orang kurang upaya.

Kasihnya Angah (TV3) | Review Telefilem

Kasihnya Angah mengisahkan Shida atau Along (Siti Elizad), anak sulung dalam keluarga yang begitu taat dengan ibu dan ayahnya. Along dipaksa kahwin dengan Pak Akob (Sahronizam Noor), duda kaya yang gatai dalam kampung tersebut kerana Pak Akob dah janji untuk membayar pinjaman rumah adik bongsunya, Adt yang mahu membeli rumah baru.

kiranya emak dan ayahnya pilih kasih sebab melebihkan anak bongsu mereka kononnya anak tersebut boleh beri kebahagiaan kepada keluarga mereka sampai sanggup gadai anak perempuan. tiada siapa yang peduli dengan nasib Along kecuali Angah (Syazwan Zulkifly) anak OKU yang begitu sayang dengan Along.

tengok cerita ni kesian juga dengan nasib Along. dapat emak bapa pun jenis mata duitan, suami pula jenis panas baran dan nafsu binatang pastu anak tiri pula kurang ajar. eh eh pendek cakap memang bangsat perangai sekor-sekor manusia dalam telefilem ni.

Kasihnya Angah (TV3) | Review Telefilem

hidup Along ni memang sadis tapi sampai satu tahap aku tak tahu nak cakap watak ni kesian atau bodoh sebab terlalu pasrah dengan hidup dan taat tak bertempat.

sadis wei bila bapa dia cakap sekali kau keluar dari rumah ni kau jangan balik, walaupun aku mati aku tak izin kau tengok mayat aku!. perghh aku yang panas hati dengar dialog ni. nak label anak derhaka tapi sebenarnya emak bapa yang derhaka pada anak. pastu bila Adt dan isterinya tak layan dengan baik, dah jatuh sakit barulah nak menyesal minta anak yang kau maki tu jaga kau.

Pengakhirannya, masing-masing menerima balasan atas perbuatan mereka. paling sadis Along pun terus menderita sebab penyakit barah payu dara. Kasihnya Angah sampai sanggup menjaga anak Along walaupun dirinya tak sempurna.

jalan cerita dia memang sedih tapi sakit hati betul aku tengok cerita macam ni! apa-apa pun lakonan Siti Elizad dan Syazwan Zulkifly sangat mantap.

Post a Comment

0 Comments